Utusan Online - Hiburan
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Hiburan |
Lima hari di pawagam, Abang Long Fadil kutip lebih RM2 juta Posted: 03 Jun 2014 09:54 PM PDT KUALA LUMPUR 4 Jun - Filem genre aksi dan komedi, Abang Long Fadil berjaya mengutip jualan tiket melebihi RM2 juta selepas hari kelima ditayangkan walaupun diklasifikasikan sebagai 18PL. Pengarahnya, Syafiq Yusof ketika dihubungi berkata, beliau amat gembira dengan berita tersebut dan percaya ada hikmah di sebalik kontroversi yang berlaku sebelum ini. ``Saya bersyukur dengan kutipan yang diperoleh menerusi filem ini walaupun pengklasifikasian yang dibuat oleh LPF (Lembaga Penapisan Filem) tersebut disifatkan tidak relevan dan melampau. ``Apa pun, saya berterima kasih kepada orang ramai yang senantiasa menyokong karya saya dan berjanji akan terus berbakti kepada industri dengan menghasilkan filem-filem berkualiti,'' katanya. - UTUSAN ONLINE |
Posted: 03 Jun 2014 10:37 PM PDT Oleh Aida Rizmariza Kamaruddin SALEHA selesa dikenali sebagai artis yang kurang kontroversi. ENGGAN mendedahkan nama sebenar kekasihnya, jelas pelakon ini prinsipnya mudah selagi dia sudah berterus terang itu lebih baik dari menipu peminat. Jelas Siti Saleha sejak dari dahulu lagi dia bukan seorang yang suka meletakkan kisah peribadinya mendahului pencapaian dalam karier. Bercerita serba sedikit mengenai buah hatinya yang berasal dari Portugal itu jelas Saleha atau nama sebenarnya Siti Saleha Mohd. Baharum, 24, dia percaya hubungan selama 11 bulan ini dibina atas dasar kepercayaan. Tidak menolak masih meletakkan ayahnya yang kini berusia 64 tahu sebagai lelaki yang paling disayangi. Saleha juga percaya sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga kebajikan lelaki nombor satu dalam hatinya itu. Bagaimanapun timbul persoalan, bagaimana jika suatu hari nanti jika dia sudah berkahwin adakah Malaysia kekal menjadi lokasi tempat tinggal pilihan memandangkan kekasihnya kini bukan berasal dari negara ini. Hanya ketawa ketika menjawab, jelas Saleha masih terlalu awal untuk berfikir soal itu. Ayah saya seorang sekarang, tapi kalau saya kahwin kemungkinan saya mahu dia berpindah dan duduk dengan saya. Adik saya juga bakal melanjutkan pengajiannya ke United Kingdom tidak lama lagi, dan Sam pula agak sibuk dengan urusan kerjayanya. Jadi memang saya seorang sahaja yang akan memikul tanggungjawab untuk menjaga ayah," katanya. Percaya dengan umurnya kini dia masih terlalu muda untuk berfikir soal kahwin. Saleha menjelaskan masih belum tahu sama ada keputusan ini turut dipersetujui bakal suaminya kelak. Walaupun ayah saya sudah tua, tetapi dia sangat aktif, setiap tahun dia nampak lebih muda (ketawa). Jujurnya sebab saya masih di sini adalah kerana ayah. Saya tidak tahu soal itu, jauh sangat mahu berfikir. Saya juga masih banyak benda yang mahu dikecapi buat masa sekarang," katanya jujur. Bercerita perihal cinta pula, Saleha ada cerita tersendiri mengenai teman lelakinya itu. Mengakui sedang hangat bercinta dengan seorang lelaki yang pemalu, balas Saleha dia mahu memberi pendedahan terbaik buat teman lelakinya itu mengenai budaya di sini. Pertama kali dia bertanya soal kerjaya saya, apa yang bermain difikirannya adalah teater. Sebab saya hanya menjelaskan terlibat dalam bidang seni. Secara perlahan-lahan saya jelaskan bukan itu sahaja, jujur dia ambil masa untuk mengetahui tentang populariti yang dikecapi saya. Sebab dia juga seorang yang biasa sahaja," katanya. Pernah mengejutkan peminatnya dengan penyebaran beberapa keping gambar dia dan bekas kekasihnya sebelum ini. Ujar Saleha ada pengajaran dari kisah dahulu yang mula diambil serius kini. Dalam soal itu saya fikir ia adalah perbuatan yang kurang ajar, gambar itu sepatutnya menjadi hak peribadi dan bukan untuk tontonan semua. Saya sehingga kini masih mempunyai kehidupan biasa, sama seperti orang lain jadi tidak salah rasanya untuk saya memuat naik gambar kehidupan saya sebagai orang biasa. Sebenarnya sejak dari dahulu lagi saya berhati-hati, dan kini lebih berhati-hati. Maksud saya kini saya akan tapis dahulu siapa yang akan berkawan dengan saya di laman sosial," katanya. Kemenangan dipertikai Mengungguli dua kategori dalam sebuah majlis anugerah baru-baru ini ada yang berpendapat, Saleha tidak layak. Nyata terkejut dengan pandangan itu, kata Saleha dia hanya akur dengan pilihan peminat. Ini kali pertama saya ditanya soal itu, sebab sebelum ini saya lihat semua yang saya jumpa rata-rata percaya saya layak. Mungkin saya tidak baca blog, jadi saya tidak tahu apa yang dibincangkan mereka. Sebenarnya saya juga tidak meletakkan apa-apa harapan pada malam itu. Bila nama saya dipanggil memang saya terkejut. Kemenangan ini saya percaya adalah kerana sokongan tidak berbelah bahagi peminat saya semua,"katanya. Bebas kontroversi selain jarang namanya dipalit dengan apa-apa cerita tidak enak, itu dilihatnya sebagai pencapaian terbaik diri. Mungkin juga ada sesuatu yang mahu ditunjukkan Saleha bahawa tidak semestinya kontroversi mampu melonjakkan nama seseorang. Saya minta maaf saya tiada apa-apa yang hangat. Saya lebih selesa begini, walaupun ada yang kata saya lambat dikenali tetapi saya tidak lihat apa-apa kesalahan mengenai itu. Bila ada yang memuji kemenangan ini dengan keadaan saya yang bebas gosip, saya tidak tahu mahu jawab apa," katanya tersenyum bangga. Memasuki bidang ini sejak empat tahun lalu, Saleha akui ada waktu sukar untuk dirinya sendiri. Malah dia tidak menolak, susah payahnya untuk mengenali apa itu lakonan yang baik dilakukannya dirinya tanpa henti sehingga sekarang. Mula-mula memasuki bidang ini saya hanya sendiri, saya dapat sokongan penuh keluarga tetapi apa yang saya maksudkan bimbingan dalam bidang lakonan. Mengenali beberapa pelakon hebat, saya tahu tiada istilah malu untuk menimba ilmu dari mereka. Jujur tahun pertama bergelar sebagai pelakon memang menjadi tahun paling perit. Segala percubaan saya mendapat tentangan, contohnya dari segi lakonan, malah percakapan juga. Tetapi itu saya anggap sebagai satu pengalaman hebat kini," katanya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |