{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Johor

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Johor


Waspada simpang masuk Kg. Sg. Gatom

Posted: 02 Jun 2014 12:30 PM PDT

SIMPANG masuk ke Kampung Sungai Gatom yang terlalu dekat dengan jambatan boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya yang melalui kawasan tersebut. - UTUSAN/MOHAMED SAARI

Saudara Pengarang,

SAYA ingin mengutarakan masalah yang dihadapi oleh pemandu yang menggunakan Jalan Labis-Yong Peng berhampiran simpang Kampung Sungai Gatom kerana jarak untuk memasuki laluan dua lorong dari empat lorong terlalu dekat terutamanya semasa memasuki lorong kiri sekiranya terdapat kenderaan yang ingin membelok ke kanan untuk ke kampung itu.

Kenderaan yang menghala ke Chaah dari Labis dan berada di belakang kenderaan yang ingin membelok ke Kampung Sungai Gatom pasti mengalami masalah sekiranya mereka memasuki lorong kiri dan berisiko merempuh pagar jambatan di Sungai Labis berikutan jaraknya dari pagar jambatan hanya beberapa meter sahaja.

Keadaan lebih bahaya berikutan kedudukan simpang ke Kampung Sungai Gatom terlalu hampir dengan jambatan tersebut menyebabkan jarak untuk memasuki dua lorong di jambatan tersebut dari empat lorong terlalu dekat.

Sehubungan itu, pemandu yang jarang yang melalui kawasan tersebut agar berhati-hati dan memperlahankan kenderaan sebaik sahaja melepasi lampu isyarat di hadapan Balai Polis Labis kerana dikhuatiri mereka tidak dapat mengawal kenderaan ketika memasuki lorong kiri bagi mengelak kenderaan yang ingin membelok ke kampung tersebut.

Bagi mengatasi masalah tersebut, saya ingin mencadangkan agar pihak berkenaan sama ada menggantikan jambatan tersebut dengan jambatan baharu yang boleh memuatkan empat lorong atau menukar kawasan empat lorong kepada dua lorong lebih awal iaitu di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Labis bagi memberi ruang dan jarak yang mencukupi kepada pemandu memasuki lorong kanan.

Sepatutnya keadaan tersebut telah difikirkan ketika kerja-kerja menaik taraf jalan Segamat-Air Hitam beberapa tahun lalu dengan membesarkan jambatan tersebut seperti jambatan lain yang terdapat di sepanjang laluan tersebut.

Saya berharap pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Segamat memandang serius perkara ini dan memikirkan pendekatan yang sesuai dengan segera bagi mengatasi masalah tersebut dalam usaha memberi keselesaan serta menjamin keselamatan pengguna jalan raya.

Mungkin setakat ini belum berlaku tragedi yang meragut nyawa, namun penduduk di sini sedia maklum sering berlaku kemalangan kecil di kawasan tersebut dan tidak mustahil keadaan itu boleh mengundang padah kepada pengguna pada masa akan datang.

Adalah lebih baik bertindak awal sebelum berlaku sebarang kejadian tidak diingin daripada sibuk menuding jari saling menyalahkan antara satu sama lain sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku nanti.

PENDUDUK PRIHATIN

Labis

Hentikan vandalisme, ambil tindakan segera

Posted: 02 Jun 2014 12:30 PM PDT

KOTAK milik TNB yang diconteng pihak tidak bertanggungjawab di Jalan Tongkang Pechah, Batu Pahat.

Saudara Pengarang,

MASALAH vandalisme bukan perkara baharu, namun kegiatan tidak bermoral itu seperti tiada 'ubat' untuk menanganinya kerana ada golongan yang 'gemar' merosakkan harta benda awam.

Menconteng infrastruktur yang disediakan pihak berkuasa dengan menggunakan cat juga bukan sahaja merosakkan peralatan berkenaan, malah menyakitkan hati serta mencemarkan pemandangan.

Baru-baru ini, saya melalui Jalan Tongkang Pechah, Batu Pahat kerana ada urusan di sebuah pejabat kerajaan di situ dan apa yang menyedihkan ketika menunggu lampu isyarat bertukar hijau, saya terpandang sebuah peralatan mungkin milik Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Apa yang menyakitkan hati, sebuah kotak yang terdapat di situ diconteng dengan cat berwarna merah dengan tulisan ala-ala kreatif.

Pada pendapat saya, orang yang 'kreatif' tidak bertempat ini mungkin tidak tahu menghargai apa yang telah disediakan dan pasti marah kalau barangan mereka dikotorkan atau membuat sepah di dalam rumah mereka.

Saya tidak mahu menyalahkan pihak berkuasa 100 peratus kerana mereka telah menjalankan tugas yang diberikan, tetapi mungkin tidak dilakukan sepenuhnya.

Justeru, diharapkan semua pihak agar terus bersama-sama menegakkan undang-undang, jangan terkena batang hidung sendiri baru nak bertindak.

Ahmad Yaakob Abu Kassim

Batu Pahat

Penswastaan beri lebih RM171 juta

Posted: 02 Jun 2014 12:30 PM PDT

Oleh HANIZA HASSAN
utusanjohor@utusan.com.my

NUSAJAYA 2 Jun - Sebanyak 71 projek penswastaan ditandatangani antara kerajaan negeri dengan pihak swasta sejak 1996 dengan melibatkan pulangan tunai berjumlah RM171.70 juta.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, dalam tempoh tersebut hingga kini, hanya RM1.2 juta atau 0.69 peratus merupakan pulangan tunai yang masih tertunggak.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga menerima pulangan berbentuk in-kind sebanyak RM2.8 bilion melibatkan projek pembangunan bercampur, perumahan, perdagangan dan prasarana.

"Pulangan 'in-kind' yang masih tertunggak pula mencatatkan jumlah sebanyak RM65.9 juta atau 2.35 peratus.

"Kerajaan negeri menerusi Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) sentiasa memantau pulangan projek penswastaan bagi memastikan pulangan tunai dijelaskan dan in-kind dilaksanakan seperti yang termaktub dalam perjanjian," katanya menjawab soalan Tan Chen Choon (DAP-Jementah) tentang senarai projek penswastaan, kos dan kedudukannya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Menteri Besar berkata, pemantauan tersebut sedikit sebanyak memberi kesan apabila tahun lalu berlaku penurunan tunggakan hasil kerajaan negeri sebanyak 35 peratus.

Beliau berkata, sebagai langkah memastikan pulangan kepada kerajaan dapat direalisasikan, kerajaan negeri mengambil keputusan supaya pulangan bagi projek penswastaan yang baharu dan akan datang adalah secara tunai bagi menangani masalah tunggakan pulangan in-kind.

"Sejak Dasar Penswastaan Negeri diwujudkan, pihak berkuasa tempatan (PBT) yang terbabit hingga kini hanyalah Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dengan 10 projek dalam kawasan pentadbiran PBT berkenaan.

"Kebanyakan projek penswastaan yang terlibat menerusi MBJB ini membabitkan penyewaan tapak tanah milik PBT berkenaan," katanya.

Bagaimanapun menurut Mohamed Khaled, terdapat satu projek penswastaan di kawasan berkenaan melibatkan pembinaan rumah mampu milik sebanyak 500 unit dan dijangka memberi pulangan kepada kerajaan negeri sebanyak RM56.55 juta.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat