{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Jenayah

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Jenayah


Pemandu, kelindan treler maut

Posted: 02 Jun 2014 06:23 PM PDT

GOPENG 3 Jun - Seorang pemandu treler dan kelindannya maut apabila kenderaan yang mereka naiki terbabas dan terjunam ke dalam sebuah gaung di Kilometer 300.2, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala utara berhampiran Gua Tempurung dekat sini malam tadi.

Dalam nahas pukul 10.15 malam itu, pemandu treler, Mohd. Mustafa Syafie, 36, yang mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan meninggal dunia semasa dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.

Seorang rakannya yang masih belum dikenal pasti identitinya itu pula turut mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kampar, Supritendan Ng Kong Soon berkata, semasa kejadian, treler jenis Volvo muatan barangan alat ganti kenderaan bermotor itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Ipoh.

Katanya, sebaik tiba di tempat kejadian, kenderaan tersebut hilang kawalan, lalu terbabas sebelum terjunam ke dalam sebuah gaung di sebelah kiri jalan. - UTUSAN ONLINE

Kanak-kanak terjun kereta selamatkan diri

Posted: 02 Jun 2014 12:30 PM PDT

KUALA LUMPUR 2 Jun - Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun bertindak nekad terjun keluar daripada trak pikap yang sedang bergerak, semasa kenderaan itu dilarikan penjenayah di Jalan Au3/1, Keramat di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu berlaku ketika mangsa mengikut bapanya ke sebuah bengkel kenderaan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairuldin Saad berkata, bapanya kemudian turun tanpa mematikan enjin dan kesempatan itu digunakan seorang penjenayah berusia 30-an untuk melarikan pikap itu.

"Namun semasa dilarikan dalam jarak sejauh 700 meter, mangsa nekad membuka pintu lalu terjun untuk menyelamatkan diri. Dia yang cedera di bahagian pinggang, tangan, kaki dan punggung kemudian diselamatkan orang awam," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah Khairuldin, pihaknya memburu suspek serta kenderaan yang dilarikan untuk siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata dan berkumpulan.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak meninggalkan ahli keluarga dan kenderaan mereka dalam keadaan enjin dihidupkan kerana memberi peluang berlakunya jenayah.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat