{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Luar Negara

Posted by Admin

Utusan Online - Luar Negara


MH370: Pakar Australia kesan bunyi hentaman "sesuatu" dengan permukaan laut

Posted: 04 Jun 2014 11:57 AM PDT

SYDNEY 5 Jun - Para penyelidik di Australia semalam menyatakan mereka telah mengesan satu bunyi bising berfrekuensi rendah di dalam air di hujung selatan India pada masa yang sama dengan pesawat Malaysia Airlines MH370 hilang secara misteri.

Para penyelidik itu mengesan bunyi bising tersebut yang berkemungkinan datang daripada kesan impak hentaman pesawat ke permukaan laut, yang dirakam oleh dua alat pengesan dasar laut di Lautan Hindi pada masa pesawat Boeing 777 itu terhenti transmisi satelitnya dan hilang pada 8 Mac dengan 239 penumpang dan anak kapal di atas kapal.

Para penyelidik itu juga telah mengeluarkan satu rakaman audio bunyi bawah air yang mereka katakan mungkin mempunyai kaitan dengan saat-saat akhir Boeing 777 itu hilang. - Agensi

Ukraine: Pasukan keselamatan tinggalkan pangkalan kerana kehabisan peluru

Posted: 04 Jun 2014 11:52 AM PDT

LUHANSK, Ukraine 5 Jun - Pasukan Keselamatan Nasional Ukraine menyatakan bahawa pihaknya telah meninggalkan sebuah pangkalan tentera di timur bandar Luhansk selepas kehabisan peluru dalam satu pertempuran bersama kumpulan pemisah pro-Rusia yang mengambil masa 10 jam kelmarin.

Para pegawai berkata dalam satu kenyataan bahawa kira-kira enam anggota pemisah terkorban dan tiga anggota keselamatan Ukraine cedera dalam pertempuran sepanjang malam itu.

Sementara itu, kumpulan pemisah juga didakwa berjaya merampas sebuah pangkalan pengawal sempadan di pinggir bandar Luhansk berikut pertempuran yang mengambil tempoh masa hampir dua hari. - AP

Leave a Reply

Raja Alias

G. Musang

J. Bahru

Terengganu

A. Setar