{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Varia

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Varia


Rasa autentik Melayu Pangkin

Posted:

Rasa autentik Melayu Pangkin

Rasa autentik Melayu Pangkin

Oleh ALIF ABU BAKAR
alif.abubakar@kosmo.com.my

PEMILIK Pangkin Cafe, Zaylan (kiri) dan Ishak menekankan servis layanan kelas pertama kepada setiap pengunjung.


MENCARI restoran dengan sajian Melayu asli di ibu kota hari ini agak susah. Kalau adapun, harganya mahal tetapi rasanya ala kadar. Justeru, ramai hilang kepercayaan terhadap 'janji' pengusaha kedai makan yang beria-ia mempromosikan lauk-pauk Melayu.

Tidak hairanlah masyarakat bandar sekarang lebih gemar memilih makanan orang Siam seperti tom yam yang bersepah di warung-warung tepi jalan.

Begitupun, masih wujud restoran berkonsep sajian Melayu autentik di lubuk kesibukan Lembah Klang. Pangkin Cafe (Pangkin) antaranya, destinasi terbaharu buat pencinta masakan Melayu asli yang tidak menghampakan.

Ditampilkan dalam dekorasi minimum berserta ruang makan yang luas, Pangkin berjaya menambat selera pelbagai lapisan kaum dalam tempoh tiga bulan operasinya di deretan perkedaian komersial Jalan Radin Bagus, Sri Petaling, Kuala Lumpur.


SETIAP sajian di Pangkin mengetengahkan konsep makanan orang Malaysia.


Pecahan menu klasik berupa nasi kerabu ayam percik, mi kari pangkin dan nasi dagang ulik mayang menjadi tarikan berulang dalam kalangan pengunjungnya.

Konsep 'selera orang kita' yang diketengahkan turut membolehkan orang ramai menikmati keenakan pembuka selera seperti paduan roti jala dan kari ayam, keropok lekor Kelantan, cucur udang dan pulut kelapa ikan masin.

Sebagai penyempurna sesi makan-makan anda di Pangkin, variasi pencuci mulut yang terdiri daripada cendol, ais batu campur, pulut mangga dan sago durian dijamin memberi kepuasan penuh kepada pengalaman gastronomi peribadi anda.


DEKORASI minimum memberikan kelapangan ruang buat pengunjung.


Dibuka setiap hari Isnin hingga Sabtu bermula pukul 11 pagi hingga 9 malam, Pangkin bagaimanapun tidak menyediakan nasi campur. Namun mereka yang datang pada waktu siang akan disajikan bersama empat pilihan set makan tengah hari.

Set berharga RM10.90++ itu didatangkan dalam seleksi nasi putih dan ikan pari bakar bersama air asam, ikan kembung masak lemak cili padi rebung, masak lemak cili padi daging salai, tom yam makanan laut atau asam pedas ikan pari.

Utama kualiti

Demi mengekalkan kualiti rasa setiap juadah mereka, Pangkin menggunakan tukang masak yang juga berbangsa Melayu. Para pekerja mereka pula orang tempatan agar perkhidmatan yang ditawarkan berjalan lebih lancar.


SET makan tengah hari di Pangkin dibahagikan kepada empat pilihan.


Pemilik bersama Pangkin, Muhamad Ishak Said dan Zaylan Abdul Manaf kemudiannya bertindak sebagai pelayan yang mengambil dan menghantar pesanan ke setiap meja pelanggan.

"Sekarang banyak restoran yang tidak menjaga servis layanan mereka. Ramai pengusaha kurang menekankan aspek komunikasi dan hubungan dua hala antara pemilik kedai dan pelanggan.

"Dengan cara ini, kami dapat menerima pandangan, komen, pujian atau teguran secara langsung bagi memudahkan penambahbaikan dilakukan," kongsi Ishak yang merupakan bekas pramugara Etihad Airways bersama-sama Zaylan.

Berkenaan kuantiti setiap hidangan, ujar Zaylan, Pangkin cuba mengimbangi nilai kuantiti dan kualiti makanan mereka. Namun sejujurnya, mereka memberatkan ciri kuantiti kerana pada akhirnya, rasa makanan itu yang bakal dinilai secara keseluruhan.

Mampu memuatkan 60 orang dalam satu-satu masa untuk ruang dalam dan luar, setiap sajian utama Pangkin dijual pada harga RM10 ke bawah manakala menu lain ditetapkan pada harga bermula RM6.90 sehingga RM10.

Cat eksklusif terbaharu Jotun

Posted:

Cat eksklusif terbaharu Jotun

Cat eksklusif terbaharu Jotun


DARI kiri: Vincent, Kristine dan Lee Siong di pelancaran Jotun Majestic True Beauty di Kuala Lumpur baru-baru ini.


KEDIAMAN merupakan lokasi yang amat penting bagi setiap insan. Kehidupan seharian yang sibuk terhenti seketika apabila berehat di kediaman masing-masing.

Menyedari keadaan itu, Jotun Malaysia (Jotun) memperkenalkan rangkaian cat baharu iaitu Jotun Majestic True Beauty.

Diadun dengan kemasan warna yang lebih menonjol membuatkan sentuhan warna cat pada dinding kediaman mampu mengubah mood penghuninya sepanjang berada di rumah.

Terdiri dalam dua varian iaitu matte dan sheen, ia memakan tempoh selama dua tahun untuk pasukan penyelidik Jotun memperkenalkan cat baharu tersebut.

Pengarah Asia Tenggara dan Pasifik Jotun, Kristine Anvil Leach dalam pembentangannya berkata, Majestic True Beauty merupakan produk premium dengan formula unik daripada bahan berkualiti untuk memastikan warna yang berkekalan.

"Apabila berbicara mengenai kediaman, ia melibatkan dua perkara iaitu hiasan dalaman dan luaran. Selain perabot, warna dinding juga memainkan peranan yang amat penting.

"Pemilihan cat yang tepat harus dititikberatkan para pengguna untuk memastikan cat tahan lama dan tidak luntur disebabkan cuaca persekitaran atau perbuatan menconteng," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Jotun Majestic True Beauty di Kuala Lumpur baru-baru ini.


CAT terbaharu Jotun menjadikan ruang dalam rumah lebih luas.


Turut hadir, Pengurus Bahagian Jualan & Pemasaran (Cat Hiasan) Jotun Malaysia, Chen Lee Siong dan Pengurus Besar Jotun Malaysia, Vincent Tan.

Mengulas lanjut, Kristine berkata, pengalaman Jotun sebagai pelopor kepada pembuatan cat selama 90 tahun membuatkan syarikat itu melakukan pelbagai kajian dan pembangunan demi menghasilkan produk berkualiti.

"Majestic True Beauty dicipta dengan rangkaian partikel halus tetapi kukuh. Mahupun diconteng, sesuatu tertumpah pada dinding dan kesan gincu mampu dicuci dengan mudah.

"Apa yang penting, ia sedikitpun tidak melunturkan warna dan permukaan dinding seperti baru dicat walaupun selepas dilap beberapa kali.

Sementara itu, Lee Siong berkata, rangkaian Majestic True Beauty mengekalkan Teknologi True Color eksklusif selain mesra alam.

"Rangkaian cat eksklusif ini tidak mempunyai campuran seperti formaldehid dan logam berat. Ia juga tidak menghasilkan bau yang kurang enak," katanya.

Lee Siong berkata, Majestic True Beauty boleh didapati di seluruh 600 outlet Jotun di seluruh negara.

Dalam perkembangan lain, Vincent Tan berkata, pihaknya membelanjakan kira-kira RM100 juta untuk membina kilang baharu di Nilai, Negeri Sembilan dan dijangka beroperasi pada tahun depan. – AHMAD ISYAFIQ MAD. DESA

Luahan emosi jadi tema karya

Posted:

Luahan emosi jadi tema karya

Luahan emosi jadi tema karya

Oleh KASANABILAH KAMARUL ZAMAN

FADILAH bergambar bersama lukisan Man and His Guilt.




DECENA bersama karyanya, Ode to the Fragile.


HOM ART TRANS melakar satu sejarah dengan menganjurkan pameran seni lukisan yang melibatkan kerjasama pelukis dari Malaysia dan Filipina.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat