{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Utara

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Utara


USM raih tiga lagi anugerah khas

Posted: 03 Jun 2014 12:51 PM PDT

Oleh NOR RAFIZAH MD. ZAIN
utusanpenang@utusan.com.my

PULAU PINANG 3 Jun - Universiti Sains Malaysia (USM) meneruskan kecemerlangan dalam Pameran Rekacipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa (ITEX) ke-25 dengan meraih tiga lagi anugerah khas.

Timbalan Dekan Institut Pengajian Siswazah yang juga pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam, Prof. Dr. Fauziah Ahmad dianugerahkan Vifotec Award For The best Women Inventer melalui perisian untuk analisis kecerunan yang dinamakan USlopeM-An Innovative Slope Stability Software.

Menurut Fauziah, beliau bersyukur kerana terpilih menerima anugerah daripada Vietnam tersebut.

Katanya, USlopeM lebih mudah dan lebih tepat digunakan berbanding analisis secara manual walaupun para pelajar dikehendaki mempelajari kaedah manual semasa sesi pembelajaran.

"Ini adalah kali keenam saya menerima anugerah khas melalui pelbagai kajian yang telah saya jalankan iaitu empat anugerah daripada Korea, masing-masing satu daripada Vietnam dan Sweden," katanya.

Beliau ditemui dalam malam penganugerahan pingat emas dan khas yang disampaikan kepada penyelidik di Malam Budaya Cipta yang turut dihadiri Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah di sini baru-baru ini.

USM juga menerima pingat perak untuk kategori reka bentuk ruang pameran terbaik bagi ITEX 2014.

Turut menerima anugerah khas ialah pensyarah Teknologi Industri, Prof. Dr. Ir. Mohd. Omar Ab. Kadir yang menghasilkan tepung sawit atau Sawit Flour daripada hampas kelapa sawit.

Beliau menerima JIPA Award for Best Invention in Biotechnology melalui produk tersebut yang dihasilkan daripada bahan buangan yang masih mempunyai fiber, protein dan Vitamin E.

Tepung itu juga langsung tidak mempunyai rasa kelapa sawit namun masih boleh digunakan untuk membuat biskut setelah dicampur bahan asas lain seperti mentega dan telur.

Sementara itu, Dekan Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral, Prof. Dr. Hanafi Ismail menerima Anugerah Khas daripada Asia Invention Association melalui produk Eco-Rubfoam:A Mulfuctional Engineering Foam From Various Rubber Waste.

160 pelajar MRSM sertai Klinik Matematik Tambahan

Posted: 03 Jun 2014 12:51 PM PDT

ALOR SETAR 3 Jun - Seramai 160 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kubang Pasu berpeluang menyertai Klinik Matematik Tambahan bersama mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) baru-baru ini.

Klinik sehari yang dianjurkan bersama Mahasiswa Persatuan MAYC UUM itu diketuai oleh Muhammad Aiman Hamdi Abdul Rashid dengan bantuan 26 pelajar universiti itu.

Muhammad Aiman Hamdi berkata, klinik tersebut lebih berkesan berbanding program motivasi.

"Saya dan rakan-rakan berpendapat program yang berkonsepkan klinik yang menghendaki pelajar menyelesaikan soalan dalam kumpulan yang dibahagikan memberi impak yang lebih kerana bukan sahaja mereka cuba menjawab dengan rakan malah dibimbing cara mendapatkan jawapan," katanya.

Sementara itu, Pengetua MRSM Kubang Pasu, Nik Zainun Nik Abu Bakar berkata, jalinan hubungan dengan mahasiswa UUM dalam penganjuran seperti Klinik Matematik Tambahan ini memberi ruang baharu kepada pihaknya dan pelajar.

"Konsep yang diperkenalkan ini merupakan langkah yang amat baik termasuk slot Pegawai Hal Ehwal Islam, Mohd. Yusnaidi Md. Sabri yang memberi penekanan bahawa pembelajaran yang mereka lalui ini juga kerana Allah," ujarnya.

Dalam pada itu, beberapa pelajar yang ditemui melahirkan rasa gembira kerana konsep perbincangan dalam kumpulan yang diperkenalkan itu memberi pengajaran baharu kepada mereka selain dapat berinteraksi dengan mahasiswa UUM.

Puteri Nadzirah Mohtar berkata, klinik itu memudahkannya untuk memahami kerana bukan sahaja rakan-rakan dapat membantu malah mahasiswa UUM juga menolong untuk mendapatkan jawapan dengan cara pengiraan yang mudah.

Muhammad Saniy Samsudin dari Kelas Empat Ibnu Sina pula yakin klinik seperti itu dapat membantu mereka yang kurang mahir dalam Matematik Tambahan menjawab soalan dengan lebih yakin.

"Saya harap pihak UUM dapat menganjurkan program seperti ini dengan lebih kerap kerana ia banyak membantu kami," jelasnya.

UPSI meterai MoU bangun portal pembelajaran

Posted: 03 Jun 2014 12:51 PM PDT

Noraini Idris (dua dari kiri) berjabat tangan dan bertukar dokumen dengan James Kellett dalam majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara kedua-dua pihak itu di UPSI, Tanjung Malim, baru-baru ini.

TANJUNG MALIM 3 Jun - Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) baru-baru ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama KNeoWORLD Inc. (KNeoWORLD) bagi membangunkan portal pembelajaran berasaskan permainan digital.

Kerjasama itu turut membabitkan penganjuran pembelajaran menggunakan aplikasi sama kepada guru dan pelajar yang mengikuti program di bawah Sekolah Bitara dan Sekolah Makmal UPSI.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPSI, Prof. Datuk. Dr. Noraini Idris berkata, langkah proaktif berkenaan sekali gus berupaya meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap permainan digital berasaskan sains dan teknologi menerusi penyelidikan, latihan dan penerbitan.

"Selain itu, kita berhasrat untuk menerokai potensi pengkomersialan produk KNeoWORLD dalam sistem pendidikan Malaysia yang boleh membawa faedah kepada kedua-dua pihak," katanya dalam majlis menandatangani MoU tersebut di UPSI di sini baru-baru ini.

KNeoWORLD ialah sebuah syarikat penerbitan permainan untuk pendidikan di bawah Entellect Limited, Australia yang bertapak di San Francisco bagi menerokai potensi pembelajaran berasaskan permainan di Silicon Valley, California, Amerika Syarikat.

Dalam majlis tersebut, UPSI diwakili oleh Noraini sementara KNeoWORLD diwakili oleh Ketua Pengawai Eksekutifnya, James Kellett dan Michael Hynes merangkap Pegawai Kewangan Korporat.

Noraini berkata, perjanjian itu dimeterai lanjutan pelantikan Timbalan Pengarah Makmal Penyelidikan Pendidikan UPSI, Dr. Tan Wee Hoe sebagai perunding dalam bidang pembelajaran berasaskan permainan kepada KNeoWORLD sejak November 2011.

Beliau berkata, pelantikan itu sekali gus merupakan satu pengiktirafan kepada UPSI yang menjadi salah satu peneraju kepada pusat pengajian permainan berasaskan pendidikan di rantau ini.

"Sebenarnya, ini merupakan kali kedua UPSI menandatangani MoU dengan syarikat permainan antarabangsa selepas bersama Codemasters Studios pada tahun lepas," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat