Utusan Online - Selatan
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Selatan |
- Dua pelan atasi masalah air
- MB jadi mentor DPMM Negeri Sembilan
- Cemerlang akademik, sahsiah diri wajar ada dalam bina insan
Posted: 04 Jun 2014 12:44 PM PDT OlehMOHAMMAD YASIR JAAFAR SEREMBAN 4 Jun - Sebanyak RM80 juta bakal dibelanjakan dalam melaksanakan dua pelan kontingensi bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan air bagi daerah Tampin dan Rembau. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, inisiatif itu bertujuan bagi mengelakkan kebergantungan pengambilan bekalan air mentah daripada Empangan Gemencheh yang kini menjadi sumber utama bagi kegunaan pengguna di dua daerah berkenaan. Pelan pertama kita adalah untuk membina paip bagi menyalurkan air sungai Jelai untuk dipamkan ke empangan tersebut. Projek ini meliputi pembinaan paip sejauh 7.5 kilometer yang bakal menelan kos sebanyak RM50 juta dan melalui usaha ini kita berupaya memperoleh hampir 0.17 juta liter air sehari," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Wisma Negeri di sini hari ini. Mohamad berkata, bagi pelan kedua, kerajaan negeri bercadang untuk membina Loji Gemencheh yang bakal menelan belanja hampir RM30 juta. Namun ini adalah pelan jangka masa panjang dan pembinaan loji ini akan mengambil masa selama dua setengah tahun," kata beliau. Menurutnya, kedua-dua pelan itu akan mengatasi masalah bekalan serta paras air yang berkurangan di empangan Gemencheh berikutan beberapa faktor. Walaupun kini sudah mula musim hujan namun paras air di empangan ini masih berada di tahap minimum. Ini disebabkan oleh faktor kawasan tadahan yang tidak besar selain empangan itu dikelilingi oleh ladang kelapa sawit. Ini secara tidak langsung menyebabkan air di dua anak sungai berhampiran turut menjadi kering kerana air telah diserap oleh tanaman di estet berdekatan," katanya. |
MB jadi mentor DPMM Negeri Sembilan Posted: 04 Jun 2014 12:44 PM PDT Abdul Rahman Yaakub (depan, dua kiri) menyampaikan cenderamata kepada Mohamad Hasan selepas mengadakan pertemuan sewaktu majlis minum petang ahli jawatankuasa DPMM NS bersama Menteri Besar di Seremban, Negeri Sembilan, baru-baru ini. SEREMBAN 4 Jun - Pelantikan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai mentor kepada Dewan Perniagaan Melayu Malaysia cawangan Negeri Sembilan (DPMM NS) dijangka mampu melonjakkan fungsi dan peranan badan itu sebagai payung kepada para usahawan di negeri ini. Yang Dipertua DPMM NS, Abdul Rahman Yaakub berkata, pengalaman luas Mohamad dalam dunia perniagaan sebelum dilantik sebagai Menteri Besar pada 2004 adalah faktor utama mendorong dewan itu memohon supaya beliau menjadi mentor kepada pertubuhan itu. Beliau berkata, dewan itu percaya ilmu pengetahuan dan pengalaman Mohamad boleh dikongsi bersama ahli-ahli DPMM NS khususnya dan para usahawan di negeri ini amnya dalam menempuh selok-belok dan cabaran dunia keusahawanan yang semakin getir. Barisan jawatankuasa dewan ini yang baru dipilih telah menyatakan hasrat kepada Datuk Seri Mohamad supaya beliau menjadi mentor kepada DPMM NS pada majlis minum petang beliau bersama kami di sini baru-baru ini. Kami gembira kerana beliau telah menyatakan persetujuan terhadap cadangan itu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Majlis ramah mesra itu adalah yang pertama antara Menteri Besar dengan ahli jawatankuasa dewan itu yang dipilih pada mesyuarat agung pertubuhan itu pada Mac lalu. Menurut Abdul Rahman, Mohamad mempunyai pengalaman lebih 25 tahun dalam dunia korporat dan perbankan bermula sebagai pelatih Bank Negara Malaysia pada 1979 dan sejak itu berkhidmat di beberapa buah bank antaranya Malayan Banking Berhad, Public Bank Berhad, Arab Malaysian Merchant Bank dan Pengurus Besar Bank Bumiputera di London. Tambahnya, Mohamad kemudian dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Cold Storage (M) Berhad pada 1992 hingga 1994 dan Pengarah Urusan Cycle and Carriage Bintang Berhad pada 1994 hingga Mac 2004 sebelum dilantik sebagai Menteri Besar selepas Pilihan Raya Umum 2004. Sejajar dengan pelantikan ini, kami akan mengatur beberapa siri program dengan Mohamad bagi membolehkan beliau bertemu dengan lebih dekat dengan para usahawan di negeri ini," katanya. |
Cemerlang akademik, sahsiah diri wajar ada dalam bina insan Posted: 04 Jun 2014 12:44 PM PDT Yusmawati Kamaludin (kiri) menerima replika cek daripada Awaludin Said pada majlis Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia di STIAS Rembau sambil diperhatikan oleh Ipun Shamsudin di Rembau, kelmarin. REMBAU 4 Jun - Melahirkan insan berketerampilan tidak hanya tertumpu dalam satu bidang tertentu sahaja, sebaliknya hendaklah meliputi aspek kecemerlangan akademik dan sahsiah diri. Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Dr. Awaludin Said berkata, dua elemen itu hendaklah terpakai dengan serentak dalam melahirkan modal insan berkualiti, selain meningkatkan ilmu melalui rujukan yang diberikan pakar dalam bidang berkaitan. Dalam kita mengejar kecemerlangan akademik, jangan pula kita terlupa dalam soal memberi nilai tinggi terhadap perkembangan sahsiah, harga diri dan kepimpinan seseorang anak atau pelajar," katanya sewaktu menyerahkan bantuan khas awal persekolahan 1Malaysia (BKAP1M) di Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Rembau dekat sini semalam. Yang turut hadir Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran negeri, Ipun Shamsudin; Penolong Pegawai Pendidikan daerah Rembau, Mohd. Fariz Othman dan Pengetua STIAS Rembau, Datin Yusmawati Kamaludin. Kata Awaludin, adalah diharap STIAS Rembau ini menjadi contoh gabungan elemen berkenaan kepada sekolah lain agar sama-sama membina masyarakat yang kaya dengan nilai murni serta pintar dalam ilmu dan akademik. Saya berharap agar STIAS Rembau dapat menjadi sekolah contoh kepada yang lain kerana kurikulum dijalankan di sini merangkumi segenap aspek yang mampu melahirkan bakal pemimpin pada masa hadapan," ujar beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota. Mengenai bantuan yang diberikan kerajaan, beliau mahu supaya pelajar memanfaatkan wang yang diterima untuk keperluan penting. Gunakanlah untuk membeli kelengkapan pelajaran dan saya percaya, ini dapat meringankan beban ibu bapa," ujarnya. Pada masa sama, Awaludin memuji STIAS Rembau yang berada dalam rangkaian Kumpulan Pendidikan Sofa (SEG) kerana menganjurkan banyak aktiviti ilmiah terutamanya dalam musim cuti persekolahan. Sudah sampai masanya ibu bapa memberikan nilai tambah dalam diri anak masing-masing pada waktu cuti ini dengan membenarkan mereka menyertai program membina jati diri, kelas pengajian dan sebagainya untuk pemantapan keyakinan diri. Percutian akan menjadi lebih bermakna apabila diisi dengan program berfaedah dan usaha ini harus dilakukan secara berterusan oleh pengurusan SEG dan STIAS Rembau pada masa hadapan," ujarnya. Di bawah BKAP1M 2014 ini, Awaludin menyerahkan bantuan kerajaan sebanyak RM54,000 kepada Yusmawati untuk diagihkan kepada pelajar di sekolah ini. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Selatan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |