Utusan Online - Jenayah
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Jenayah |
Mayat dengan kesan tetakan di kepala ditemui di Klang Posted: 03 Jun 2014 09:28 PM PDT KLANG 4 Jun- Seorang lelaki india ditemui mati di belakang Sekolah Convent Klang dengan kesan tetakan di belakang kepalanya. Mangsa yang dipercayai berusia lingkungan 20-an tidak mempunyai pengenalan diri serta punca dan motif kejadian masih tidak diketahui. - UTUSAN ONLINE |
Posted: 03 Jun 2014 12:51 PM PDT Oleh HAKIMI ISMAIL CHIK Omar Chik Lim (dua dari kiri) menunjukkan dadah jenis syabu yang dirampas di KLIA semasa sidang akhbar di Sepang, Selangor, semalam. - UTUSAN/RASHID MAHFOF SEPANG 3 Jun - Cubaan dua keldai dadah antarabangsa menyeludup 15.44 kilogram (kg) syabu bernilai RM2.93 juta gagal apabila diberkas dalam dua kes berasingan di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, pada 30 dan 31 Mei lalu. Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) KLIA, Datuk Chik Omar Chik Lim berkata, cubaan menyeludup dadah jenis syabu itu dilakukan dua lelaki iaitu warganegara Uzbekistan dan Nigeria. "Kes pertama dikesan pada pukul 11.45 pagi, 30 Mei lalu, apabila pegawai bertugas mengesan seorang lelaki mencurigakan yang baru tiba dari Tashkent, Uzbekistan. Bagasi yang dibawa lelaki berkenaan telah diimbas dan didapati terdapat objek yang mencurigakan. "Hasil imbasan dan pemeriksaan lanjut yang dijalankan mendapati terdapat tujuh bungkusan serbuk kopi pelbagai jenis. Namun apabila dibuka mengandungi 14.4 kg syabu bernilai RM2.73 juta," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini. Menurut Chik Omar, siasatan mendapati suspek yang merupakan warganegara Uzbekistan berusia 50 tahun dan bekerja sebagai tukang masak itu memasuki negara ini menggunakan visa pelancong. Katanya, kes kedua pula dikesan pada pukul 4.20 petang keesokannya, apabila pegawai bertugas menahan seorang lelaki warganegara Nigeria berusia 36 tahun yang baru tiba dari Doha, Qatar. "Hasil pemerhatian dan imbasan ke atas bagasi dibawa suspek terdapat imej mencurigakan. Pemeriksaan lanjut menemukan ruang rahsia yang diisi dengan 1.42 kg serbuk putih disyaki syabu bernilai RM197,980. "Hasil siasatan awal mendapati suspek bekerja sebagai buruh binaan di negaranya dan telah dua kali memasuki negara ini menggunakan visa pelancong," katanya. Sementara itu kata Chik Omar, kedua-dua suspek berkenaan direman selama 14 hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati. Dalam pada itu katanya, bagi tempoh Januari sehingga Mei lalu, JKDM KLIA menggagalkan 12 percubaan menyeludup masuk pelbagai jenis dadah di KLIA dengan melibatkan rampasan sebanyak 248.7 kg dadah bernilai RM43.38 juta. "Kita juga menahan tujuh suspek," katanya yang memberitahu, sehingga kini tiada kes penyeludupan dadah dilaporkan di KLIA 2. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Jenayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |