{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Johor

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Johor


Sumbangan besar JCorp, YPJ

Posted: 01 Jun 2014 01:01 PM PDT

Oleh AZIZI MAJID
utusan.johor@gmail.com

NUSAJAYA 1 Jun - Kerajaan negeri menerima pulangan tunai sejumlah RM78.9 juta daripada Johor Corporation (JCorp) dalam tempoh 25 tahun lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, JCorp membuat pembayaran tunai sejak 1989 pada kadar 10 peratus daripada pembayaran dividen yang diterima daripada anak-anak syarikatnya.

Beliau berkata, dalam tempoh sama, JCorp turut membuat sumbangan tunai tidak langsung kepada kerajaan negeri dan rakyat negeri ini berjumlah RM627.79 juta.

"Sumbangan itu termasuk sumbangan tunai untuk tujuan Skim Belian Balik Amanah Saham Johor (ASJ) bernilai RM224.6 juta, Skim Dana Johor (DJ) pada harga RM1 seunit dan Skim Belian Balik pada harga 50 sen berjumlah RM250.4 juta.

"Selain itu JCorp juga memberi penajaan kepada Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) serta lain-lain sumbangan berjumlah RM125 juta," katanya dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-13, di Kota Iskandar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ali Mazat Salleh (BN-Bukit Permai) tentang jumlah pulangan dalam bentuk tunai yang dibayar semula kepada kerajaan negeri oleh JCorp dan Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) dalam tempoh 10 tahun lalu.

Mohamed Khaled berkata, sejak penubuhannya, JCorp telah banyak memberi sumbangan kepada negeri ini seiring dengan matlamat kerajaan negeri bagi memastikan setiap syarikat kerajaan negeri turut sama menyumbang kepada pembangunan di Johor.

"Sebagai agensi pembangunan negeri yang terpenting, JCorp terbabit dalam aktiviti pembangunan perindustrian, hartanah, perladangan dan sebagainya.

"JCorp memainkan peranan penting bagi mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian, sekali gus menaik taraf kehidupan penduduk tempatan," katanya.

Menteri Besar berkata, meskipun YPJ tidak menyalurkan pulangan tunai kepada kerajaan negeri, namun telah banyak membantu dalam menyediakan pembiayaan biasiswa, pinjaman, tuisyen dan bantuan pendaftaran kepada rakyat negeri ini yang ingin melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi.

Beliau memberitahu, sehingga bulan lalu, YPJ telah membelanjakan sebanyak RM291.3 juta dalam bentuk penyediaan bantuan pendidikan kepada anak kelahiran negeri ini.

FAMA sasar jualan buah segar ke Singapura naik 10 peratus

Posted: 01 Jun 2014 01:01 PM PDT

MUSLIM Manja (tengah) menyaksikan pertukaran dokumen pada Majlis Menandatangani Perjanjian Jual Beli Tembikai antara K. Hisham Abdullah (tiga dari kiri) dan Pengurus Pusat Operasi FAMA, Shafie Md. Said di Dewan Seri Perkasa Pertubuhan Peladang Kawasan Wilayah Selatan, Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU 1 Jun - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasarkan peningkatan nilai eksport buah-buahan segar ke Singapura sebanyak lima hingga 10 peratus tahun ini daripada RM400 juta yang dicatatkan tahun lalu.

Pengarah FAMA Wilayah Selatan I, Muslim Manja berkata, jumlah itu mampu dicapai berdasarkan pelbagai usaha dilakukan FAMA, antaranya menggalakkan penyertaan lebih ramai pengusaha dalam bidang pertanian.

Selain itu, sasaran tersebut juga bergantung kepada pengeluaran pelbagai buah-buahan segar bermusim dan tidak bermusim yang berjaya dihasilkan oleh petani pada tahun ini.

"FAMA dan agensi terlibat sentiasa mencari cara untuk meningkatkan hasil pertanian supaya hasil buah-buahan segar kita bukan sahaja dapat dieksport ke Singapura, malah turut ke negara lain seperti China.

"Tahun lalu nilai eksport buah-buahan segar ke Singapura sebanyak RM400 juta, manakala tahun ini kita sasarkan meningkat antara lima hingga 10 peratus," katanya selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Jual Beli Tembikai antara peserta ladang kontrak bimbingan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Johor Bahru Selatan dengan Pusat Operasi FAMA Johor Bahru di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Pengarah FAMA negeri, Abdul Jalil Bukhairah.

Menerusi perjanjian tersebut, FAMA membeli hasil tembikai daripada peserta ladang kontrak, K. Hisham Abdullah, 53, yang mengusahakan tanaman itu di tanah seluas 0.8 hektar di Gelang Patah untuk dijual di pasar raya dan pasar tani.

Terdahulu, Muslim dalam ucapannya berkata, sejak 2006 sehingga kini, sebanyak 850 orang telah menyertai program ladang kontrak iaitu program tanaman pelbagai jenis hasil pertanian untuk pasaran dengan melibatkan kawasan seluas 1,500 hektar.

"Pada tahun ini di Johor sahaja, kita menyasarkan penyertaan 179 orang dengan keluasan tanah program terlibat adalah 327 hektar," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat