{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Kenaikan cukai pintu ditangguh

Posted: 01 Jun 2014 01:01 PM PDT

Oleh Wan Zulkifli Wan Yaacob
utusanterengganu@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 1 Jun - Kerajaan negeri di bawah kepemimpinan Menteri Besar yang baharu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengambil keputusan menangguhkan kenaikan cukai pintu yang dicadangkan pelaksanaannya oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).

Justeru beliau berkata, isu tersebut tidak lagi berbangkit dan meminta ia tidak diperbesarkan semata-mata untuk dijadikan modal bagi terus memberikan persepsi buruk terhadap kerajaan negeri.

Menurut Ahmad Razif, isu ini tidak harus dijaja untuk mempengaruhi rakyat bagi mendapatkan pengaruh politik dengan memberi jaminan bahawa keputusan yang akan dibuat kelak akan mengambil kira kepentingan rakyat.

"Saya sudah memaklumkan soal penangguhan ini dan langkah untuk mengkaji semula perjalanan cadangan pihak berkuasa tempatan itu melalui prosedur yang melibatkan dasar dan akta.

"Namun keputusan akan dibuat dengan asas-asas kepentingan rakyat," kata beliau berhubung isu yang menjadi perbualan hangat dalam kalangan penduduk selepas diumumkan awal tahun ini.

Beliau menyatakan demikian kepada Utusan Malaysia selepas menerima memorandum UMNO Bahagian Kuala Terengganu yang disampaikan oleh ketuanya, Datuk Mohd. Sabri Alwi berhubung rungutan penduduk terhadap kenaikan yang dicadangkan itu, di pejabatnya di sini hari ini.

Ahmad Razif turut mempersoalkan mengapa Pas perlu berusaha mengadakan perhimpunan besar-besaran hanya untuk menyerahkan memorandum kerana kerajaan belum membuat sebarang keputusan berhubung cadangan itu .

"Bila sudah buat keputusan kelak dan jika tidak berpuas hati, ketika itu patutlah buat bantahan. Sekarang mereka cuba untuk wujudkan persepsi yang buruk sahaja," katanya.

Badan Perhubungan Pas negeri melalui Jawatankuasa Bertindak Membantah Cukai Pintu yang dibentuk merancang untuk mengadakan demonstrasi rakyat' secara aman pada hari Rabu ini dan menyerahkan memorandum bantahan kepada Menteri Besar.

Menurut pengerusi penganjur, Yahaya Ali, dengan pendapatan kerajaan negeri yang besar setiap tahun, sepatutnya ia mampu untuk tidak mengutip tambahan cukai daripada rakyat melalui pengurusan kewangan yang sempurna untuk menampung keperluan.

Isu cukai pintu berbangkit apabila MBKT bercadang untuk menaikkan kadar yang tidak pernah dilakukan sejak 1981.

Cadangan itu ekoran kadar nilai hartanah terus melonjak, kadar sedia ada sudah menjadi terlalu kecil apabila bersandarkan kadar nilaian semasa kini.

Tempoh bantahan yang dikeluarkan berakhir hari ini dan Datuk Bandar, Datuk Adzlan Dagang sebelum ini memberitahu Utusan Malaysia bahawa kadar kenaikan cukai pintu itu belum dimuktamadkan.

"Apabila tamat tempoh bantahan, kita akan buat rumusan untuk dibawa kepada pihak perunding, seterusnya ke peringkat jawatankuasa mesyuarat Ahli Majlis MBKT dan kalau ada dasar sesuai, kita akan tetapkan kadar cukai mengikut kesesuaian," kata Adzlan.

Menurut Adzlan, sekiranya terlalu banyak bantahan dan setelah dirumuskan bahawa perlu diturunkan kepada kadar baharu, MBKT akan membawa cadangan itu kepada kerajaan negeri untuk membuat sebarang keputusan.

Pesta Wau Antarabangsa Kelantan 2014 meriah, tarik lebih 300 penyertaan

Posted: 01 Jun 2014 01:01 PM PDT

Sebahagian pengunjung dan peserta yang hadir pada Pesta Wau Antarabangsa Kelantan di Pantai Geting, Tumpat, kelmarin. - Utusan/Irwan Majid

TUMPAT 1 Jun - Kejayaan penganjuran Pesta Wau Antarabangsa Kelantan kali-32 yang berjaya menarik lebih 300 penyertaan dari dalam dan luar negara menunjukkan permainan tradisional ini masih diminati segenap lapisan masyarakat.

Pengerusi Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan negeri, Datuk Md. Anizam Ab. Rahman berkata, perkembangan itu sekali gus menunjukkan usaha untuk memperkenal dan mempertahan seni budaya tempatan membuahkan hasil apabila lebih ramai generasi muda turut serta dalam pesta tersebut.

"Dalam penganjuran kali ini, kita dapat melihat peserta dari dalam dan luar melakukan pelbagai inovasi dalam teknik pembuatan wau atau layang-layang.

"Biarpun begitu, kita berharap dapat mengetengahkan dan memperkenalkan wau tradisional Kelantan jenis bulan dan puyuh dalam kalangan masyarakat terutama generasi muda," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia pada Majlis Penutup Pesta Wau Antarabangsa Kelantan 2014 di Pantai Getting, di sini semalam.

Yang turut hadir, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Sebanyak 18 buah negara luar yang turut serta dalam pesta terbabit adalah Australia, Brunei, Belgium, China, Indonesia, Itali, India, Jerman, Kemboja, Korea, Macau, Nepal, New Zealand, Filipina, Sweden, Amerika Syarikat, Thailand dan United Kingdom (UK).

Pesta yang berlangsung selama empat hari itu mempertandingkan 22 kategori termasuk acara menaikkan dan membuat beberapa jenis wau seperti wau bulan dan wau puyuh peringkat kebangsaan serta pertandingan layang-layang cabaran 'rokakku' dan 'train' antarabangsa.

Md. Anizam memberitahu, dianggarkan lebih 100,000 orang pengunjung telah hadir sepanjang festival tersebut berlangsung selama empat hari sejak Rabu lalu.

Dalam pada itu, Md. Anizam mengesyorkan setiap daerah di negeri ini menganjurkan festival wau di tempat masing-masing untuk mencungkil bakat-bakat baharu dalam permainan tradisional itu.

"Bagi memastikan golongan muda di negeri ini dapat mewarisi permainan wau, lebih banyak festival seperti ini perlu dianjurkan di setiap daerah di negeri ini.

"Dengan itu, bakat-bakat baharu akan dapat dicungkil selain memberi lebih banyak peluang serta pendedahan kepada orang ramai tentang permainan tradisional ini," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pelayang Kelantan, Nik Arif Nik Hassan berkata, saingan yang diterima pada festival kali ini amat sengit namun beliau bersyukur dan gembira atas kejayaan berkenaan.

"Kemenangan tahun ini amat manis kerana sekali lagi dapat mempertahankan kejuaraan keseluruhan buat kali keempat berturut-turut sejak 2011," katanya.

Kepakaran bomba Malaysia diakui antarabangsa

Posted: 01 Jun 2014 01:01 PM PDT

AMER Yusof (dua dari kiri) memeriksa perbarisan ketika majlis Tamat Latihan Kursus Sijil Sains Kebombaan Siri 3/2013 di ABPM, Wakaf Tapai dekat Marang, baru-baru ini. - Utusan/Shaifudin Mohd Nor

MARANG 1 Jun - Kepakaran Malaysia dalam bidang kebombaan semakin diakui di peringkat antarabangsa berikutan meningkatnya permintaan dari pelbagai negara untuk menghantar petugas mengikuti kursus profesional dan taktikal di negara ini.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Amer Yusof berkata, terbaharu kumpulan pertama 27 pegawai kanan syarikat minyak dan gas dari Dubai akan mengikuti kursus di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) Kuala Kubu Bharu, Selangor Ogos ini.

Katanya, tahap keberkesanan pelatih berkenaan akan dinilai sebaik sahaja mereka menamatkan kursus yang diikuti dan sekiranya menampakkan hasil positif, sekurang-kurangnya 1,000 pelatih lagi akan menyusul menjalani kursus serupa.

ABPM Kuala Kubu Bharu dikhaskan bagi kursus pengurusan dan profesional melibatkan pegawai kanan manakala kursus peringkat operator taktikal di ABPM Wakaf Tapai dekat sini.

Beliau memberitahu, kesemua mereka akan diberi pendedahan dan latihan kebombaan yang tertumpu kepada empat disiplin iaitu kursus memadam kebakaran minyak dan gas, memadam kebakaran bangunan, mencari dan menyelamat selain kursus menyelamat di air.

"Akademi bomba kita mula dilihat agensi kebombaan luar negara, sekarang ini kebanyakan permintaan latihan datang dari merata tempat untuk hantar pegawai berkursus di negara ini termasuk Asia Barat dan Asia Timur," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis Tamat Latihan Kursus Sijil Sains Kebombaan Siri 3/2013 di ABPM, Wakaf Tapai dekat sini baru-baru ini.

Yang turut hadir, Penolong Ketua Pengarah Bahagian Latihan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Mohammad Hamdan Wahid; Komandan ABPM Wakaf Tapai, Abdul Razak Muda dan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Md. Salleh Sarbini.

Katanya, penghantaran pelatih dari negara berkenaan dikendalikan oleh sebuah konsultan milik syarikat minyak dan gas Arab Saudi yang beroperasi di Dubai.

Amer seterusnya mengakui minat para pelatih luar negara untuk mengikuti kursus kebombaan di Malaysia didorong maklumat menerusi internet selain keupayaan dari segi kelengkapan dan kepakaran di akademi bomba di negara ini.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat