{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Megabait

Posted by Admin

Utusan Online - Megabait


Viber kini untuk Windows Phone 8

Posted: 02 Jun 2014 01:04 AM PDT

Platform komunikasi mudah alih terkemuka, Viber yang menawarkan pesanan percuma dan panggilan telefon berdefinisi tinggi (HD) , baru-baru ini mengumumkan pelancaran Viber 4.1 untuk Windows Phone 8 bagi membawakan panggilan Viber Out.

Menerusinya, pengguna Viber kini yang menggunakan Windows Phone 8 boleh membuat panggilan mampu bayar pada rakan dan kenalan yang mempunyai talian tetap atau telefon yang tidak mempunyai Viber.

Selain itu, kerja-kerja kemas kini membawakan beberapa ciri utama Viber untuk platform Microsoft mudah alih.

Viber telah melaksanakan strategi secara konsisten yang menyokong seberapa banyak platform yang boleh. Ini bagi meluaskan pangkalan pengguna yang boleh dihubungi pengguna, seterusnya mengukuhkan lagi keupayaan platform tersebut.

Viber membolehkan pengguna berhubung dengan hampir setiap rakan atau kenalan tidak kita platform apa yang digunakan. Bagaimanapun dengan penambahan Viber Out, pengguna Windows Phone 8 boleh menghubungi mana-mana nombor telefon dengan Viber.

Ketua Pegawai Eksekutif Viber, Talmon Marco berkata, Viber Out telah membawakan perubahan untuk penggunanya, membolehkan mereka menggunakan kemudahan tersebut untuk segala keperluan komunikasi.

Melalui penambahan ciri penting pada versi Windows Phone 8, kami memastikan pengalaman lengkap Viber terdapat pada seberapa banyak platform yang boleh. Tumpuan pada sokongan bersilang platform ini merupakan salah satu komitmen penting kami buat pengguna," katanya.

Viber dibangunkan oleh Viber Media, sebuah syarikat peneroka pesanan mudah alih dan Protokol Internet Suara (VoIP).

Viber membolehkan sesiapa sahaja di serata dunia untuk berhubung secara percuma. Pengguna boleh menghantar pesanan teks, pelekat menarik, foto, video dan doodles, berkongsi lokasi di seluruh dunia. Viber juga sedia digunakan untuk iPhone, telefon dan tablet Android, Windows Phone, Blackberry, Windows, Windows 8, Mac, Linux, Symbian, Nokia S40 dan peranti Bada melalui sambungan 3G/4G atau Wi-Fi.

Dengan lebih 300 juta orang pengguna di 193 buah negara, Viber sentiasa membuat pembaharuan dengan memperkenalkan platform baharu dan menambah ciri baharu yang menyeronokkan.

Pelepasan ini juga termasuk kemas kini pelbagai ciri yang meningkatkan lagi kepenggunaan aplikasi, termasuk:

Menghantar mesej video.

Menghantar foto yang banyak pada masa yang sama.

Sokongan Bluetooth bebas tangan.

ZenFone tawar peranti harga bajet

Posted: 02 Jun 2014 01:04 AM PDT

Oleh NOOR DIANA AZIS

ASUS terus memberi saingan kepada industri telefon bimbit pintar dengan memperkenalkan rangkaian ZenFone yang dikuasakan oleh pemprosesan Intel Atom serta dilengkapi dua slot sim kad yang menyokong 3G DC-HSPA sehingga 42Mbps.

Tiga model tersebut iaitu ZenFone 4, ZenFone 5 dan ZenFone 6 merupakan peranti yang dibina mengikut saiz skrin iaitu ZenFone 4 mempunyai saiz skrin 4 inci, ZenFone 5 (5 inci) dan ZenFone 6 pula 6 inci.

Bagi ZenFone 6, ia dibina dengan paparan 720p berdefinisi tinggi (HD) menggunakan pemprosesan Intel Z2580 Dual Core 2GHz, mempunyai kapasiti RAM dua giga bait (GB) serta 8 GB storan dalaman.

Kamera belakangnya pula berkuasa 13 megapiksel (MP) manakala dua MP di bahagian hadapan. S elan itu baterinya mempunyai kuasa 3,230 kuasa mAh yang membolehkan pengguna membuat panggilan sehingga 30 jam dan memain semula klip video HD penuh untuk 10 jam.

ZenFone 5 pula didatangkan dalam skrin lebih kecil dengan paparan 720p HD menggunakan Intel Atom Z2560 1.6GHz.

Storan bagi RAM peranti ini adalah 1 GB serta 8 GB bagi storan dalaman di samping kamera belakang agak kecil berbanding ZenFone 6 iaitu 8 MP dan kamera hadapan 2 MP.

Berbanding ZenFone 6, peranti ini mempunyai kuasa bateri lebih kecil iaitu sebanyak 2,050 mAh.

Lain pula dengan ZenFone 4 yang merupakan model menggunakan spesifikasi lebih rendah iaitu empat inci WVGA.

Dikuasakan oleh Intel Z2520 1.2GHz, ZenFone 4 mempunyai kapasiti storan RAM sebanyak 1 GB manakala bagi storan dalaman pula sehingga lapan GB.

Kamera belakangnya yang dibina dengan hanya lima MP masih mampu merakam video HD penuh dengan dibantu oleh kuasa bateri 1,200 mAh.

Kesemua model dalam rangkaian ZenFone kini telah berada di pasaran tempatan dengan harga pengenalan bagi ZenFone 4 ialah RM299, ZenFone 5 (RM599) dan ZenFone 6 RM899.

Maklumat lanjut mengenai ketiga-tiga peranti ini boleh layari laman web www.asus.com/my.

Leave a Reply

Raja Alias

G. Musang

J. Bahru

Terengganu

A. Setar