{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Selatan

Posted by Admin

Utusan Online - Selatan


Sasar tingkat ekonomi bumiputera

Posted: 01 Jun 2014 01:01 PM PDT

Oleh MOHAMMAD DZULHISHAM CHE HASSIM
utusanmelaka@utusan.com.my

Ismail Othman memukul gong sebagai simbolik perasmian Karnival Usahawan Jasin 2014 di Dataran Jasin, Melaka, kelmarin.

MELAKA 1 Jun - Kerajaan negeri sentiasa memberikan perhatian yang serius dalam usaha meningkatkan pencapaian ekonomi bumiputera dengan melaksanakan pelbagai program bagi melahirkan golongan usahawan berjaya dalam kalangan kaum itu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, usaha kerajaan negeri kini adalah selari dengan hasrat negara yang menyasarkan pendapatan per kapita rakyat sebanyak US$15,000 (RM46,500) menjelang tahun 2020.

Menurutnya, sasaran berkenaan adalah sukar dicapai jika sebilangan besar daripada rakyat negara ini yang merupakan golongan bumiputera tercicir daripada penjanaan pendapatan ekonomi negara.

"Jika kita lihat dari aspek bantuan sosioekonomi yang diberikan oleh kerajaan kepada golongan 40 peratus yang berpendapatan rendah, kita akui majoritinya adalah golongan bumiputera.

"Kita tidak boleh sangkal bahawa sudut mana sekali pun kita lihat pembangunan arus ekonomi, pendapatan serta penglibatan golongan bumiputera akan terus dipergiat dan dipertingkatkan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya sempena perasmian Karnival Usahawan Jasin 2014 di Dataran Jasin di sini semalam.

Teks ucapannya dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Datuk Ismail Othman.

Yang turut hadir, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin, Hazudin Hashim.

Idris berkata, dalam mengejar kemajuan ekonomi, aspek spiritual dan kerohanian juga perlu bergerak seiring agar usahawan yang dilahirkan kelak bukan sahaja berjaya dalam perniagaan tetapi memiliki akhlak yang baik.

"Jika ekonomi sahaja mantap tanpa disulam dengan sifat terpuji, tidak akan ke mana kerana sejarah membuktikan tanpa syukur sesebuah negara itu akan binasa dan hancur," katanya.

Profesionalisme, kesabaran jururawat dihargai

Posted: 01 Jun 2014 01:01 PM PDT

Mohamad Hasan (tengah) bersama Dr. Jaafar Che Mat (depan,empat dari kiri) serta sebahagian kakitangan dan jururawat ketika hadir Majlis Sambutan Hari Jururawat dan Majlis Makan Malam Peringkat Hospital Tuanku Jaafar Seremban, malam kelmarin.-utusan/Abd Razak Aid

SEREMBAN 1 Jun - Peranan jururawat tidak boleh dipandang enteng kerana mereka adalah tenaga profesional yang menjadi barisan hadapan dalam memberi rawatan kepada pesakit.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kerjaya sebagai jururawat yang berkhidmat kepada masyarakat dihargai kerana memerlukan komitmen, kesabaran dan tahap profesionalisme tinggi dalam mengendalikan sebarang kes."

"Peranan sebagai jururawat yang terpaksa melayan kehendak pesakit tidak hanya terhenti di situ sahaja malahan mereka juga berdepan dengan ahli keluarga pesakit yang kadangkala mencabar tahap toleransi jururawat.

"Tetapi saya yakin tahap profesionalisme yang ditonjolkan oleh jururawat amat tinggi dan saya berharap supaya terus meningkatkan lagi tahap perkhidmatan yang baik dan tahap toleransi serta kesabaran dalam menjalankan tugas," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Sambutan Hari Jururawat dan Majlis Makan Malam Peringkat Hospital Tuanku Jaafar Seremban dekat sini malam semalam.

Yang turut hadir pada majlis berkenaan, Pengarah Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Datuk Dr. Jaafar Che Mat dan Pengerusi Kelab Kejururawatan hospital berkenaan, Erni Sabirin.

Dalam perkembangan lain, Mohamad dalam ucapannya turut memaklumkan kerajaan sedang berusaha untuk menyediakan hospital awam di kawasan Nilai ekoran kepadatan penduduk.

Untuk itu katanya, kerajaan negeri telah menghantar dua cadangan kepada kerajaan Pusat iaitu sama ada penubuhannya di bawah penyeliaan Kementerian Kesihatan atau Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

"Kita juga turut bercadang membangunkan program Klinik Pakar Bergerak yang mana beberapa buah karavan dengan kelengkapan mesin rawatan mata, pergigian dan penyakit umum disediakan.

"Perkhidmatan ini akan diberikan keutamaan kepada penduduk luar bandar kerana kita mahu semua penduduk berpeluang mendapat khidmat dan kepakaran dalam rawatan," katanya.

Angkat Festival Antarabangsa Sungai Melaka jadi acara dunia

Posted: 01 Jun 2014 01:01 PM PDT

MELAKA 1 Jun - Festival Antarabangsa Sungai Melaka wajar diangkat ke peringkat lebih tinggi malah tersenarai dalam kalendar acara dunia.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, festival tahunan yang disusun dengan pelbagai acara bertaraf antarabangsa itu berpotensi untuk dinaikkan tarafnya setanding festival utama lain di luar negara.

Menurutnya, festival yang berlangsung selama sebulan itu akan menjadi antara acara yang sentiasa dinanti-nantikan dan mahu dihadiri para pengunjung dari serata dunia.

"Acara ini sekali gus akan dapat mempromosikan jenama negara serta Melaka ke peringkat global malah membantu meningkatkan lagi kehadiran pelancong dari dalam dan luar negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Festival Antarabangsa Sungai Melaka 2014 yang disempurnakan Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob di Dataran Sungai Melaka di sini malam tadi.

Teks ucapan beliau dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi negeri, Datuk Md. Yunos Husin.

Yang turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Othman Mohamad, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Sungai, Pantai dan Pulau-pulau negeri, Datuk Ghazale Mohamad dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM), Datuk Baharom Majid.

Menurut Idris, bagi festival tahun ini, sebanyak 80 acara disediakan sepanjang tempoh festival berkenaan di mana 11 daripadanya bertaraf antarabangsa.

"Antara aktiviti utama sempena festival ini termasuk Perarakan Bot Berhias, Perarakan Melaka Parade, Pertandingan Perahu Naga, Pertandingan Kayak Antarabangsa dan Marathon Antarabangsa Sungai Melaka," katanya.

Sehubungan itu katanya, kerajaan negeri menyasarkan sebanyak 1.2 juta pengunjung dari dalam dan luar negara berkunjung ke Sungai Melaka sepanjang festival berlangsung.

"Kehadiran lebih ramai pengunjung ke festival ini secara tidak langsung akan membantu mencapai sasaran 15 juta pelancong ke Melaka sempena Tahun Melawat Malaysia tahun ini," jelasnya.

Beliau berkata, kerjasama dan komitmen semua pihak dalam amat diharapkan bagi menjayakan festival kebanggaan negeri ini.

Leave a Reply

Raja Alias

G. Musang

J. Bahru

Terengganu

A. Setar