Utusan Online - Jenayah
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Jenayah |
Cubaan seludup keluar diesel gagal Posted: 04 Jun 2014 10:56 PM PDT JOHOR BAHRU 5 Jun - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar 76,800 liter minyak diesel bersubsidi selepas menahan sebuah kapal tangki dan dua penjaga kapal terbabit di Sungai Pasak, dekat Kota Tinggi, semalam. Komander PPM Wilayah Dua ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata penahanan dilakukan pada pukul 1 tengah hari oleh seorang pegawai dan empat anggota pasukan itu yang melakukan Operasi Pensura di kawasan berkenaan. "Semasa menahan kapal yang didaftarkan dengan nama Ulaanbaatar itu, didapati dua lelaki rakyat China berada di dalamnya yang dipercayai penjaga kapal terbabit. "Pemeriksaan kemudian menemui kira-kira 76,800 liter minyak diesel yang dianggarkan bernilai RM153,600 di dalam tangki kapal itu," katanya dalam kenyataan hari ini. Khiu berkata pemeriksaan lanjut mendapati kapal yang dianggarkan bernilai RM2.5 juta itu beroperasi di luar kawasan yang dibenarkan dan melanggar syarat-syarat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952. Beliau berkata kedua-dua lelaki terbabit juga tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri. Kes itu, katanya, kini diserahkan kepada Jabatan Imigresen, Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Jabatan Laut untuk tindakan lanjut. -BERNAMA |
UPP Kedah rampas beras, pulut seludup Posted: 04 Jun 2014 12:44 PM PDT Abdul Latif Abdul Rahman (kanan ) menunjukkan 424 kampit beras dan beras pulut seludup dalam satu serbuan ke atas sebuah stor di kawasan perindustrian Bukit Kayu Hitam, Kedah, Kubang Pasu, Kedah, semalam. - Ihsan The Star KUBANG PASU 4 Jun - Cubaan satu sindiket menjadikan sebuah pusat pengumpulan susu getah untuk menyorokkan beras dan beras pulut yang diseludup dari negara jiran gagal apabila diserbu Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) negeri semalam. Serbuan kira-kira pukul 1.30 petang itu dilakukan sembilan anggota diketuai Timbalan Komandan Operasi dan Risikan UPP Bukit Kayu Hitam, Inspektor Kamar Barin. Komander UPP negeri, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, serbuan dilakukan selepas pihaknya melakukan intipan di premis itu sejak beberapa hari lalu selepas mendapat maklumat orang awam. Hasil pemeriksaan, pihak kami menemukan 407 kampit beras dan 17 kampit beras pulut yang setiap satunya seberat 50 kilogram. Nilai keseluruhannya dianggarkan RM42,400. Seorang lelaki berusia 19 tahun yang merupakan penjaga premis gagal mengemukakan dokumen berkaitan barangan yang disimpan menyebabkan kita mengesyaki kemungkinan ia diseludup ke negara ini," katanya ketika ditemui di Kompleks UPP di Bukit Kayu Hitam, di sini hari ini. Menurut Abdul Latif, siasatan lanjut mendapati pusat pengumpulan susu getah itu tidak lagi beroperasi dan pernah diserbu kerana menjadi lokasi penyeludupan benih kerang, kira-kira dua tahun lalu. Pihak kami percaya, sindiket terbabit telah menggunakan taktik yang sama dan kini menjadikannya sebagai pusat pengumpulan beras seludup bertujuan mengaburi mata pihak berkuasa. Kesemua beras dan beras pulut ini dari gred yang baik dan dipercayai dibawa masuk secara kecil-kecilan melalui negara jiran sebelum diedarkan ke pasaran tempatan," ujarnya. Tambah beliau, suspek yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967. Katanya, lelaki terbabit dan hasil rampasan tersebut diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Jenayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |