{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda bukit sagu - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda bukit sagu - Google Blog Search


<b>felda bukit sagu</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA

Posted: 04 Sep 2013 12:00 AM PDT

KUANTAN: Seorang juruteknik syarikat minyak berpangkalan di Qatar buntu memikirkan misteri kehilangan isterinya yang dipercayai dilarikan warga Indonesia, sejak Jumaat lalu. 

Mohd Riduan Abd Razak, 34, berkata dia yakin isterinya, Nur Idayu Abd Aziz, 34, dilarikan pekerja Indonesia termasuk seorang wanita yang diupah membuat pengubahsuaian rumah mentuanya di FELDA Bukit Sagu 2, dekat sini.

"Saya dimaklumkan ibu (Rosnah Latif) yang memberitahu isteri saya dilarikan empat warga Indonesia terbabit yang turut menghilangkan diri pada hari sama.

"Saya tidak tahu apa kaitannya tetapi desas-desus ada menyatakan seorang daripada lelaki Indonesia itu menaruh hati pada isteri saya. Jika benar isteri saya ada bersama mereka, saya harap mereka tidak melakukan sesuatu yang buruk kerana isteri saya tidak pernah melakukan sebarang perkara tidak baik kepada mereka, malah melayan mereka seperti ahli keluarga sendiri," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mohd Riduan berkata, sudah menjadi rutin hariannya menghubungi isteri menerusi telefon bimbit selepas habis bertugas pada jam 5 petang (waktu Qatar) atau 10 malam (waktu Malaysia) untuk memastikan keselamatannya dan tiga anak mereka walaupun tinggal bersama keluarga di tanah rancangan berkenaan.

"Bagaimanapun, saya gagal menghubunginya Jumaat lalu kerana talian telefon bimbitnya seperti ditutup dan apabila menghubungi rumah, ibu menyatakan isteri saya tidak pulang ke rumah.

"Bimbang kejadian buruk menimpa isteri, saya mengambil keputusan pulang ke Kuantan dan mengharungi perjalanan kira-kira 15 jam untuk mencari isteri yang didakwa berada di Melaka ketika ini," katanya.

Berikutan kejadian itu, Mohd Riduan berkata, ibunya membuat laporan polis di Balai Polis Panching pada Sabtu.

Mohd Riduan berkata, pelbagai usaha dilakukan untuk mengesan kedudukan isterinya termasuk menghubungi kenalan dan saudara-mara wanita berkenaan tetapi masih belum mendapat petunjuk.

"Kerjasama pasukan polis amat kami hargai dan semoga isteri ditemui dalam keadaan selamat kerana anak sudah mula bertanya ibu mereka," katanya.

Sementara itu, kakak ipar mangsa, Rosnaini Razak, 45, berkata Nur Idayu datang ke rumahnya di FELDA Bukit Goh pada jam 3.30 petang Jumaat untuk menghantar makanan sebelum memaklumkan mahu ke Pejabat Pos di FELDA berkenaan membuat penghantaran jubah ditempah pelanggannya.

"Tetapi, dia seperti dalam keadaan tergesa-gesa tetapi tidak mensyaki sebarang perkara buruk menimpa dirinya sehinggalah adik saya, Mohd Riduan menghubungi bertanyakan mengenai kehilangan Nur Idayu.

"Saya juga hairan kerana dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan ahli keluarga mahupun pekerja yang sedang membuat pengubahsuaian di rumah keluarganya itu," katanya.

Kali terakhir Nur Idayu dilihat berada di Pasar Raya Terus Maju, Bukit Goh memakai jubah dan tudung merah jambu dan menaiki Suzuki Swift putih dengan nombor pendaftaran WWT 7854.

Kepada mereka yang mempunyai maklumat berkaitan kehilangan Nur Idayu diminta hubungi 014-8393778 (Shikin) atau 012-9487664 (Mohd Riduan).

- Harian Metro

http://mobile.hmetro.com.my/myMetro/articles/2013062503285120130625032851/mobile/mArticle

Pahang Daily Online: Pengurus <b>Felda</b> Plantations <b>Bukit Sagu</b> 4 <b>...</b>

Posted: 18 Feb 2011 12:54 AM PST

KUANTAN, 18 Feb [3.25 pm] - Sekumpulan peserta Felda Plantations Bukit Sagu 4 dekat sini telah membuat laporan polis terhadap beberapa isu yang menghantui mereka selama ini. Laporan telah dibuat sekitar jam 10.00 pagi tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan. Antara lain peneroka terbabit mendakwa Pengurus Felda terbabit iaitu Hj.Kamaruddin Kassim telah mendera secara fizikal dan mental seramai 30 orang peneroka dan 100 tenaga buruh Indonesia yang bekerja di situ. Difahamkan, peserta terbabit kecewa kerana hak dan kebebasan mereka telah dinafikan selama ini. "Kami menerima tekanan yang melampau dalam kerja, diugut untuk diberhentikan dan dihalau dari tempat penginapan. Tidak cukup dengan itu, kami juga dihembur dengan kata-kata kesat seperti anjing jika sesuatu tugas yang diarahkan tidak dilakukan dengan sempurna", kata wakil peserta terbabit. Sementara itu, pihak pengurusan Felda berkenaan juga dipercayai telah menyekat secara melampau dengan larangan yang tidak munasabah terhadap beberapa aktiviti sosial seperti menghadiri mesyuarat PIBG sekolah. Malah, urusan keluar masuk ke kawasan penempatan juga dikawal ketat menggunakan polis bantuan Felda. Selain dari itu, segala urusan berkaitan kesihatan peserta serta ahli keluarga mereka ke klinik tidak dibenarkan pada waktu kerja. Mereka hanya dibenarkan berbuat demikian selepas waktu kerja. Sementara itu, urusan diluar bidang kerja seperti berurusan di pejabat kerajaan untuk urusan peribadi dihalang jika tiada sebarang surat hitam putih dari pihak yang berkenaan. Kegagalan peserta mengikut arahan yang ditetapkan menyebabkan mereka akan dikenakan tindakan dibuang kerja atau pun pemotongan gaji.
[Dipercayai tindakan mogok telah dilakukan selama empat hari oleh peserta dan buruh Indonesia terbabit untuk membantah tindakan keterlaluan itu. Malangnya mereka pula ditakut-takutkan dengan menggunakan polis bantuan Felda yang ramai. Malahan anjing-anjing pengesan juga digunakan bagi tujuan tersebut. Apakah perbuatan ini wajar dilakukan terhadap peserta terbabit?. Wajarkah mereka dilayan seperti hamba abdi? Tindakan menyekat kebebasan mereka secara melampau menyebabkan kesemua mereka hidup dalam ketakutan sebenarnya. Justeru itulah laporan polis dibuat agar pihak polis menyiasat segala aduan berkenaan. Soalnya, apakah perkara ini dapat diselesaikan sekiranya siasatan dilakukan. Maka itu, wajarlah pihak atasan Felda mengambil tindakan tegas terhadap perkara ini. Pegawai yang bertanggungjawab haruslah diberi amaran keras dan tindakan displin. Apa yang berlaku ini adalah rentetan beberapa insiden memalukan yang berlaku terhadap Felda sebenarnya. Turut hadir dalam laporan polis pagi tadi ialah Presiden ANAK, Saudara Mazlan Aliman].

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat