{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Maidam kutip zakat RM92 juta

Posted: 27 Oct 2013 11:08 AM PDT

Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI
utusanterengganu@utusan.com.my

Syed Ibrahim Syed Mohamad (kiri) menyerahkan zakat peniagaan kepada Alias Mamat pada majlis penyerahan zakat oleh Agrobank di pejabat Maidam, Kuala Terengganu, semalam.

KUALA TERENGGANU 27 Okt. - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) telah mengutip zakat lebih RM92 juta sejak awal tahun lalu sehingga hari ini.

Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Zakat Maidam, Alias Mamat berkata, kutipan zakat tersebut meningkat berbanding tahun sebelumnya hanya RM84 juta untuk tempoh yang sama.

Katanya, daripada jumlah RM92 juta itu, kutipan tertinggi diperoleh melalui pembayaran zakat pendapatan sebanyak RM35 juta, zakat perniagaan RM28 juta, diikuti zakat wang simpanan RM17 juta dan selebihnya zakat zakat fitrah, zakat harta dan lain-lain.

"Pada tahun ini, kita menyasarkan kutipan zakat RM120 juta berbanding tahun lalu RM100 juta,'' katanya selepas menerima zakat perniagaan tahun 2012 daripada Agrobank yang disampaikan oleh Pengurus Wilayah Negeri Kelantan/ Terengganu, Syed Ibrahim Syed Mohamad berjumlah RM61,891.41 di pejabat Maidam dekat sini hari ini.

Pada tahun lalu katanya, Maidam berjaya mencapai sasaran zakat dengan perolehan sebanyak RM107 juta sehingga akhir tahun.

"Sehubungan itu kita yakin menjelang hujung tahun ini kita dapat capai sasaran RM120 juta itu," katanya.

Dalam pada itu, Alias turut memaklumkan, pengagihan zakat setakat ini agak perlahan apabila sehingga bulan Oktober ini hanya RM48 juta diagihkan kepada penerima yang layak.

Tambahnya, ini ekoran pelaksanaan penstrukturan semula pentadbiran jabatan berkenaan yang sebahagiannya telah selesai pada pertengahan bulan Jun lalu.

"Bagaimanapun kita yakin, pengagihan itu akan diteruskan sehingga akhir tahun ini," jelasnya.

FAMA buka pasar tani di Kem Desa Pahlawan

Posted: 27 Oct 2013 11:08 AM PDT

Umi Kalsom Wan Awang melawat gerai pada Majlis Perasmian Pasar Tani Kem Desa Pahlawan dekat Kota Bharu, semalam.

KOTA BHARU 27 Okt. - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Kelantan dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) buat julung kalinya membuka pasar tani di Kem Desa Pahlawan dekat sini.

Pembukaan rasmi pasar tani itu telah disempurnakan Pengerusi Jemaah Tertinggi Badan Kebajikan Angkatan Tentera (Bakat) Darat, Datin Seri Umi Kalsom Wan Awang hari ini.

Umi Kalsom berkata, pembukaan pasar tani itu bertujuan memberi peluang kepada pesara tentera untuk terlibat dalam sektor perniagaan bagi menambah pendapatan keluarga.

Beliau berkata, selain FAMA, pembukaan pasar tani itu turut mendapat kerjasama Perwira Niaga Malaysia (Pernama) iaitu anak syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

"Pasar tani ini bertujuan memberi peluang pekerjaan khususnya kepada ahli keluarga tentera termasuk anggota yang sudah bersara. Ini kerana ATM berhasrat untuk menambah pendapatan isi rumah, membekalkan kemahiran dan juga memberi peluang pekerjaan dalam perniagaan kepada anggotanya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pasar Tani Kem Desa Pahlawan di Dataran Pernama Kem Desa Pahlawan dekat sini hari ini.

Yang turut hadir, Pegawai Turus Pentadbiran Markas Station Staf Kem Desa Pahlawan, Leftenan Kolonel Aziz Mamat serta Pengarah Pasar Tani berkenaan, Rosilawati Abu Hassan.

Menurut Umi Kalsom, terdapat sebanyak 57 gerai di pasar tani terbabit yang akan menjual pelbagai barangan keperluan harian dengan kebanyakannya dihasilkan sendiri para peniaga.

"Dengan adanya pasar tani ini, para peniaga berpeluang memperoleh keuntungan lebih seterusnya membantu meningkatkan pendapatan mereka dan keluarga secara berterusan," katanya.

Tambah beliau, usaha FAMA dan ATM ini dilihat mampu mengubah kehidupan anggota tentera yang terlibat dalam perniagaan sehingga mampu menjadi usahawan tani berjaya pada masa hadapan.

Hepatitis B, C terkawal di Kelantan

Posted: 27 Oct 2013 11:08 AM PDT

Wan Mansor Hamzah (tengah) meluangkan masa melawat pameran selepas merasmikan Hari Hepatitis Sedunia Peringkat negeri di Klinik Kesihatan Bandar Tumpat, Kelantan, semalam.

TUMPAT 27 Okt. - Penyakit Hepatitis B dan C di negeri ini berada pada tahap terkawal meskipun terdapat peningkatan kes dalam tempoh tiga tahun bermula 2011 hingga Oktober lalu.

Timbalan Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Kelantan, Dr. Wan Mansor Hamzah berkata, pihaknya tetap memandang serius perkara tersebut dan akan mempergiatkan kempen kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai bahaya penyakit berkenaan.

Menurutnya, berdasarkan rekod hepatitis C mencatatkan kadar peningkatan lebih tinggi iaitu sebanyak 46 kes pada 2011 kepada 130 kes (2012) dan 171 kes sehingga 20 Oktober lalu.

"Kebanyakan mereka yang menghidap penyakit ini terdiri daripada golongan berusia 30 tahun ke atas dan hanya empat kes sahaja melibatkan individu yang lahir selepas 1989 apabila kerajaan memperkenalkan Program Pelalian Hepatitis B.

"Sementara itu, penyakit hepatitis B turut menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun iaitu bermula 87 kes (2011) kemudian bertambah kepada 92 kes (2012) dan 166 kes bermula Januari sehingga 20 Oktober ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Hepatitis Sedunia Peringkat Negeri Kelantan 2013 di Klinik Kesihatan Bandar Tumpat, dekat sini hari ini.

Dr. Wan Mansor memberitahu, pihaknya telah mengenal pasti beberapa punca penularan jangkitan hepatitis B dan C di negeri ini iaitu melalui darah yang tercemar, jangkitan semasa bayi dalam kandungan (vebikal transmission) dan hubungan kelamin selain perkongsian jarum oleh pelanggan yang mendapatkan rawatan terapi metadon.

"Darah tercemar ini disebabkan oleh individu yang ingin menderma darah, tetapi tidak mengetahui mereka mempunyai penyakit berkaitan dengan hepatitis. Jadi, kami membuat saringan terlebih dahulu dan darah yang mengandungi penyakit akan dilupuskan.

"Pelanggan yang mendapatkan rawatan terapi metadon juga kita sentiasa mengingatkan mereka supaya tidak berkongsi jarum suntikan kerana boleh menyebabkan berlakunya penularan penyakit ini," katanya.

Dr. Wan Mansor berkata, penyakit hepatitis A menunjukkan penurunan sepanjang tempoh sama iaitu daripada 37 kes pada 2011 kepada 22 kes (2012) seterusnya hanya empat kes untuk tempoh Januari hingga 20 Oktober lalu.

"Jangkitan Hepatitis A adalah melalui bawaan makanan dan air. Jangkitan ini semakin berkurang disebabkan oleh sanitasi persekitaran seperti pengunaan tandas dan bekalan air yang semakin baik," ujarnya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat