felda jerangau - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda jerangau - Google Blog Search |
SK <b>FELDA JERANGAU</b> BARAT: SAHSIAH GURU MUSLIM Posted: 13 Aug 2013 11:58 PM PDT Said Bin Jubair meriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawa beliau berkata: "Orang yang mengajar orang lain akan kebaikan, seluruh makhluk Allah termasuk ikan di laut memohon keampunan Allah untuknya." Pendahuluan Guru sentiasa menjadi sasaran perhatian segenap kelompok masyarakat kerana peranan mereka yang vital dan indespensible dalam masyarakat. Meskipun pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran secara on-line dan multimedia telah diperkenalkan dan mempunyai pengaruhnya yang besar namun ia tidak dapat menafikan status dan peranan utama guru dalam membentuk warganegara. Ketidakupayaan guru menunjuk model dan teladan yang baik akan menjadi batu penghalang ke arah pembentukan pelajar yang baik. Bahkan ia merupakan titik cemar dalam keperibadian guru berkenaan. Pepatah Arab ada menyebutkan: Jangan lakukan perbuatan yang anda tegah, Apakah yang dimaksudkan dengan sahsiah, ciri-ciri utamanya, apakah traits nilai di rangkumi olehnya, apakah ciri seorang guru muslim dan bagaimana membangun ciri-ciri tersebut, inilah antara persoalan yang akan kita huraikan dalam kesempatan ini Maksud Sahsiah Mengikut G.W Allport dalam dalam bukunya "Pattern and Growth in Personality", sahsiah ditakrifkan sebagai organisasi dinamik sesuatu sistem psikofizikal di dalam seseorang individu yang menentukan tingkah laku dan fikirannya yang khusus. Sistem psikofizikal merangkumi segala segala unsur-unsur psikologi seperti tabiat, sikap, nilai, kepercayaan dan emosi, bersama dengan unsur-unsur fizikal seperti bentuk tubuh badan, urat saraf, kelenjar, wajah dan gerak geri seseorang (Mok Soon Sang, 1994:1). Sahsiah mempunyai tiga ciri utama. Pertama, ialah keunikan dengan maksud tersendiri. Kedua, kebolehsuaian atau keupayaannya untuk berubah dan diubah; hasil pembelajaran atau pengalaman. Ketiga, ialah organisasi. Dengan perkataan lain ia bukan sekadar himpunan tingkahlaku sebaliknya ia melibatkan corak tindakan dan operasi yang bersifat konsisten. Tegasnya sahsiah mencerminkan sifat, fizikal, kognitif, emosi, sosial dan rohani seseorang. Tidak diragukan lagi bahawa guru yang mempunyai keperibadian yang baik akan meninggalkan kesan yang positif dalam diri anak didik mereka. Alat teknologi moden walau bagaimana canggih sekalipun tidak dapat mengambil peranan guru. Faktor manusia tetap diperlukan dalam proses pembentukan dan pematangan sahsiah murid. Sebab itu banyak kajian dibuat tentang sifat-sifat yang perlu ada pada seorang guru yang baik dan berkesan dalam pengajaran mereka. Menurut Prof Omar al-Toumi al-Syibani sifat dan ciri seorang guru muslim hendaklah merangkumi: (a) Sifat Rohaniah 1. Keimanan yang kental kepada Allah yang maha sempurna (b) Sifat-Sifat Akhlak 1. Benar dan jujur i. Sifat Mental 1. Cerdas (Kepintaran teori, amali dan sosial) ii. Sifat Kejiwaan 1. Sifat tenang dan emosi yang mantap iii. Sifat Fizikal 1. Sihat tubuh badan dan terhindar dari penyakit berjangkit atau tidak berjangkit Menurut kajian soal selidik di kalangan para pelajar di sekolah menengah di negara –negara maju terdapat senarai yang menerangkan sifat-sifat yang diingini oleh pelajar. Antara sifat guru yang dikehendaki ialah guru tersebut : 1. Berkelakuan baik (penyayang dan penyabar) Guru Muslim yang mempunyai sahsiah yang baik juga ialah guru yang mengamalkan etika keguruan Islam yang standard. Kod etika berkenaan memperincikan secara khusus sifat dan ciri tertentu yang menjadi garis panduan guru-guru yang baik personaliti mereka. Etika Guru Muslim Etika perguruan Islam belum dibuat secara khusus oleh kumpulan yang dianggotai oleh berbagai kalangan yang profesional. Namun sebagai percubaan awal hal ini boleh diusahakan secara perseorangan dan kemudiannya dapat ditokok tambah oleh khalayak pendidik serta dihayati oleh mereka sebagai suatu etika profesion keguruan . Antara yang boleh dirumuskan ialah: Tanggungjawab Terhadap Allah Etika guru muslim terhadap Allah ialah seperti berikut: 1. Seorang guru Muslim hendaklah sentiasa memantapkan keyakinan/keimanan kepada Allah di samping mengukuhkan hubungannya yang berterusan denganNya. Tanggungjawab Terhadap Diri 1. Guru muslim hendaklah memastikan keselamatan diri sendiri, sama ada dari aspek fizikal, emosional, mental mahupun moral. Tanggungjawab Terhadap Ilmu Guru muslim hendaklah : Tanggungjawab terhadap Profesion 1. Seorang guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionnya dan yang mana menyebabkan kurang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan. Tanggungjawab Terhadap Pelajar 1. Guru muslim hendaklah lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar dari hal-hal lain. Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat 1. Guru muslim hendaklah mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru. Tanggungjawab Terhadap Masyarakat dan Negara 1. Mengelakkan diri daripada meyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang boleh bertentangan dengan Rukunegara. Tanggungjawab Terhadap Ibu Bapa 1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Kod etika keguruan Islam ini kalau benar-benar dipatuhi dan diamalkan akan membantu keberkesanan pangajaran guru. Perkataan keberkesanan pengajaran guru ini mungkin kabur pagi setengah pihak. Oleh itu ada baiknya kita menjelaskan maksud perkataan tersebut. Keberkesanan bermaksud pengajaran guru berkenaan mencapai puncak matlamat yang digariskan. Maksud Keberkesanan Pendidikan Islam Meskipun ciri dan sahsiah guru yang baik telah dicapai namun itu tidak pula bermakna pengajaran mereka dengan sendirinya berkesan. Pengajaran guru samada berkesan atau tidak bergantung kepada beberapa faktor yang berkaitan degan proses pengajaran guru dan pembelajaran murid. Keberkesanan Pendidikan Islam tidak hanya bergantung kepada teknologi pendidikan atau pendekatan sistem tetapi lebih jauh dari itu, ia memerlukan asas falsafah pendidikan yang Islamik dari yang sedia ada sekarang - baik di peringkat tadika, rendah, menengah mahupun di peringkat tinggi. Kita memerlukan falsafah pendidikan yang menyeluruh dalam segenap bidang, baik dalam bidang pendidikan guru, vokasional, ketenteraan, kesihatan, keusahawanan mahupun dalam pendidikan politik, kesenian, kesukanan dan sebagainya. Di samping itu ia perlu dibingkai oleh dasar-dasar negara yang Islamik juga; samada dasar pembangunan ekonomi, dasar pendidikan, dasar belia, dasar penerangan, dasar pembangunan wanita dan dasar-dasar lain. Suatu bentuk reformasi yang meyeluruh hendaklah dilaksanakan demi memastikan keberkesanan pendidikan Islam dalam membentuk sahsiah generasi baru. Reformasi tersebut harus mencakup bidang-bidang berikut: 1. Falsafah dan Konsep Pendidikan Islam Guru-guru pendidikan Islam haruslah terdiri dari orang-orang yang benar-benar memahami, menghayati dan memperjuangkan cita-cita Islam yang syumul dan merangkum. Dengan keikhlasan dan semangat Islam yang membara guru dapat mengatasi kekurangan alat teknologi untuk menghasilkan keberkesanan pengajaran mereka. Antara ciri-ciri seorang guru yang baik dan berkesan adalah seperti rajah berikut: Guru yang Berkesan Guru yang Tidak Berkesan Penutup Cabaran yang dihadapi oleh para guru dalam mengajar murid-murid zaman ini bukanlah suatu yang mudah. Guru berhadapan dengan kenakalan remaja yang semakin serius. Ibu bapa harus ikut serta dalam memudahkan kerja guru-guru di sekolah. Kerajaan wajar peka dengan keperluan persekolahan dan pembelajaran generasi baru yang semakin canggih dan pelbagai. Masyarakat juga mustahak memainkan peranan sebagai pemangkin kejayaan guru dan murid dalam pembelajaran mereka. Tanpa kerjasama semua pihak proses pendidikan tidak akan berjaya menghasilkan generasi yang baik. Sahabat yang dirahmati Allah, Ingatlah! Iblis dan syaitanlah musuh kalian yang utama, bala tenteranya ramai datang silih berganti, mereka ada shif bertukar-tukar staf waktu siang dan malam. Kalaulah ditakdirkan kalian boleh melihat wajah mereka dan boleh hitung bilangan mereka, kalian akan terkejut melihat wajah mereka yang hodoh dan bilangan mereka memenuhi kamar tidur, ada yang tergantung disiling, dibumbung, ditandas, didapur dan dihalaman rumah. Sahabat yang dimuliakan, Walaupun mereka berpengalaman beribu tahun, memahami saikologi manusia tetapi mereka juga ada kelemahan dan kebodohan. Mereka kalah pada hati-hati yang beriman dan bertakwa kepada Allah SWT. Mereka akan lemah berhadapan dengan hati yang luhur dan ikhlas pada Allah SWT. Mereka akan kepanasan apabila lidah sentiasa berzikir kepada Allah SWT., sentiasa membaca al-Quran dan sentiasa istighfar kepada Allah SWT. Ingatlah! Dihati kalian itu ada kamar, akan diisi dengan salah satu daripadanya samaada fujur atau takwa, apabila kamar di hati kalian itu diisi dengan zikir dan mengingati Allah, ia akan terisi dengan sifat takwa, maka malaikatlah yang akan menetap dikamar itu dan larilah syaitan kerana kepanasan, tetapi bila kalian leka dan tidak berzikir, sentiasa buat dosa, maka akan terbinalah fujur dan syaitan akan meletakkan belalainya. Oleh itu janganlah kalian leka untuk berzikir dan mengingati Allah, kerana hati yang sentiasa mengingati Allah akan membuatkan hati menjadi bersih dan sejahtera, dan segala racun-racun yang dicucuk oleh syaitan itu boleh menjadi penawarnya. Sahabat! Ingat sahabat! Oleh itu ada tujuh cara dan strategi yang perlu kalian lakukan untuk tetap kekal menjadi mukmin beriman dan bertakwa . Langkah-langkah tersebut adalah seperti berikut : 1.Betulkan niat: Masuklah kalian dalam Islam keseluruhannya dalam akidah, ibadah dan amal perbuatan. Pastikan buat semua yang wajib dan fardu dan tinggal semua yang haram, syubhah, makruh dan maksiat. Isikan dihati kalian dengan sifat-sifat mahmudah iaitu sifat warak, zuhud, baik sangka, sabar, tawaduk, izzah,tawakkal, lemah lembut, rendah diri dan salim pada masa yang sama buangkan sifat-sifat mazmumah iaitu sifat sombong, bongkak, takbur, ujub, iri hati dan hasad dengki. 2.Pertingkatkan keimanan dan kefahaman Islam: Dengan mengikuti majlis-majlis ilmu di masjid atau di surau, usrah dan halaqah, kursus motivasi, rehlah dan muqayam. Jadikan media dalam internet yang mengandungi pengajaran dan ilmu Islam sebagai teman setia kalian. 3.Pastikan solah fardu lima waktu: Di laksanakan dimasjid secara berjemaah dan akifkan diri kalian mengikuti program-program yang dianjurkan pihak masjid , NGO Islam, Jemaah Islam dan badan amal. 4.Pilih sahabat-sahabat yang baik dan soleh : Sahabat yang boleh menasihatkan kalian bila kalian lupa dan tersilap. Nasihat menasihat ini amat berguna untuk kalian terhindar dari melakukan kesalahan dan dosa. 5. Dekatilah alim ulama, ustaz atau ustazah dan guru-guru motivasi : Jadikan mereka sebagai murabbi (pendidik) yang sentiasa menjadi penasihat. Biah yang soleh (suasana yang baik) ini amat penting untuk meneruskan kerja-kerja dakwah dan tarbiah. 6.Teruskan amalan sunat : Kerjakan amalan-amalan sunat umpama solat tahajjud, solat witir, solat duha, bacaan Al-Quran dan zikrullah . 7.Sentiasa menyedari kehadiran Iblis dan syaitan :Iblis dan syaitan yang menggoda dan mendatangkan was-was dalam hati kalian. Apa sahaja rasa hati yang tak baik, tindakan gopoh-gapah dan menangguhkan urusan kebajikan, tidak menyegerakan taubat, solah, sedekah, bayar hutang, bermalas-malas adalah datangnya dari hasutan iblis dan syaitan. Jika sudah mengenali mereka ayuh jangan tunggu-tunggu lagi, terus kalian bekerja dan melaksanakan amal soleh tanpa berlengah-lengah lagi semoga kalian mendapat rahmat dan pertolongan dari Allah SWT. SUMBER : http://fiqhultaalim.blogspot.com/feeds/posts/default |
You are subscribed to email updates from felda jerangau - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |