Kosmo Online - Kesihatan
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Kesihatan |
Tidur dan kafein untuk tubuh cergas Posted: Tidur dan kafein untuk tubuh cergas
KOMBINASI tidur yang berkualiti dan pengambilan minuman berkafein dapat meningkatkan keupayaan tubuh ke tahap yang lebih optimum. Pakar Pusat Penyelidikan Tidur di Universiti Australia Selatan, Dr. Jill Dorian berkata, strategi itu dapat mengatasi keletihan dan tekanan akibat waktu kerja yang panjang. "Sekiranya anda minum secawan kopi dan tidur selama 20 minit selepas itu, kesan kafein akan dirasai ketika bangun. Anda akan berasa lebih segar," katanya. Menurut Dorian, kecergasan tubuh juga dipengaruhi oleh pola tidur yang baik. Oleh itu, beliau menyarankan supaya orang ramai memanfaatkan waktu tidur dengan tidak menonton televisyen, membaca atau melakukan kerja-kerja pejabat. "Membaca hanya dibenarkan jika anda sukar untuk tidur tetapi bukan sebagai rutin sebelum tidur," katanya. | |
Posted: Tuna baik untuk jantungOMEGA-3 dalam ikan tuna baik untuk kesihatan sistem kardiovaskular. AMALAN pengambilan ikan tuna tiga kali seminggu dapat merendahkan risiko kematian akibat serangan sakit jantung sehingga 50 peratus. Sekumpulan penyelidik di Universiti Harvard, Amerika Syarikat mendapati ikan itu kaya dengan omega-3 yang membantu memperlahankan kadar degupan jantung sekali gus merendahkan tekanan darah. "Lemak baik itu membantu melindungi organ itu daripada ritma jantung berbahaya dan tidak menentu," kata kajian itu. Kajian yang sama di Universiti Washington pula mendapati, kesan pengambilan ikan itu secara konsisten hanya boleh dilihat jika ia dimasak dengan cara yang betul. Menurut penyelidikan itu, khasiat ikan itu boleh dikekalkan melalui cara memanggang atau membakar. "Tuna yang digoreng dalam minyak yang banyak sebaliknya tidak baik untuk kesihatan," katanya. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Kesihatan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |