felda lurah bilut - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda lurah bilut - Google Blog Search |
<b>felda lurah bilut</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA Posted: 06 Oct 2013 12:00 AM PDT Ini adalah kisah percutiana kami yang masih beluh tercatat…. kena update kat blog untuk catatan kenangan peribadi. Untuk rujukan generasi akan datang juga pengetahuan kita bersama. Dalam perjalanan balik dari Tasik Keyir tempoh hari, saya bukan saja singgah di Muzium Warisan Kuala Lipis, malah kami singgah pula di Muzium FELDA Lurah Bilut, Bentong, Pahang. Dua muzium dalam satu perjalanan. Muzium FELDA Lurah Bilut telah dirasmikan oleh Dato' Seri Najib Tun Haji Abdul Razak pada bulan September 2005. Muzium ini adalah pejabat lama FELDA Lurah Bilut yang dibina pada Julai 1958 dan telah diubahsuai. FELDA Lurah Bilut yang terletak kira-kira 19 Kilometer dari bandar Bentong, Pahang merupakan kawasan FELDA yang pertama ditubuhkan di Malaysia pada tahun 1958 Bilut adalah sejenis ikan yang hidup di dalam sungai air tawar secara berkumpulan . Nama sainstifiknya ialah Krytopterus Cryptopterus. Muzium ini berkonsepkan rumah Melayu tradisional dan mempamerkan pelbagai koleksi sejarah peneroka juga kronologi pembukaan FELDA Lurah Bilut dan artifak-artifak lama yang berkaitan dengan sejarah FELDA Lurah Bilut . Muzium FELDA Lurah Bilut dibuka setiap hari kepada orang ramai dan tiada bayaran dikenakan . Kumpulan pertama peneroka seramai 28 orang dari Datuk Keramat, Kuala Lumpur tiba di Lurah Bilut pada 2 Ogos 1959 diketuai Ahmad Husin . Beliau yang lahir pada 1901 meninggal dunia pada 10 Februari 1984. Semasa mula masuk ke rancangan, peneroka datang berseorangan. Isteri dan anak dibawa setelah mereka siap membina rumah kira-kira lima bulan kemudian. Peneroka di Lurah Bilut merupakan peneroka dalam erti sebenar. Apabila peneroka tiba di tanah rancangan, tiada apa yang ada. Hutan belum ditebang, ladang belum ditanam dan rumah belum didirikan. Semuanya perlu dibuat sendiri dan mereka dibayar kira-kira RM69 sebulan. Mereka ditempatkan di beberapa buah bangsal panjang sebagai rumah tumpangan sebelum rumah masing-masing yang didirikan secara bergotong-royong itu siap. Inilah ciri penting yang membezakan penempatan peneroka FELDA Lurah Bilut berbanding dengan rancanganFELDA yang lain, di mana rumah mereka siap dibina terlebih dahulu sebelum peneroka dipanggil masuk ke rancangan. Pada 16 – 8 -1960 , seorang bayi perempuan anak pasangan peneroka Zainal bin Ali dan Radziah binti Othman telah dilahirkan menjadikan beliau adalah bayi pertama yang dilahirkan di FELDA Lurah Bilut. Disebabkan persekitaran dan kemudahan yang tidak sempurna di waktu itu, kebanyakkan peneroka akan menghantar isteri mereka balik ke kampung untuk melahirkan anak . Pengurus Rancangan/ Manager Tuan Ding Charles seorang Inggeris yang fasih berbahasa Melayu mencadangkan nama Norvelly memandangkan bayi pertama ini dilahirkan di Bilut Velly. Sekolah Wawasan Lurah Bilut merupakan sekolah terawal yang berjaya melaksanakan konsep sekolah wawasan. Sekolah Kebangsaan Lurah Bilut, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Lurah Bilut dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Lurah Bilut ditempatkan dalam satu kawasan . Mereka berkongsi menggunakan kemudahan seperti kantin, padang permainan, tandas serta tempat perhimpunan. Mereka juga melakukan aktiviti seperti sambutan hari guru, sukan dan aktiviti kokurikulum bersama-sama. Sistem bekalan air bersih untuk peneroka di era 60′an hingga 70′an dipasang di pinggiran jalan dan kebiasaannya dikongsi bersama 8-10 buah rumah. Sekiranya melalui perjalanan dari Bentong ke Raub, singgahlah ke FELDA Lurah Bilut ini. Bawa anak-anak untuk melihat dan mengetahui pelbagai kisah kepayahan generasi terdahulu yang berusaha mengubah kehidupan menjadi lebih baik. Lihat dan baca kisah betapa gigih dan semangat generasi ini membangunkan kehidupan. Melawat muzium seperti ini adalah satu bentuk pembelajaran yang baik bagi mewujudkan kesedaran tentang pentingnya pemeliharaan dan pemuliharaan warisan kebudayaan dan sejarah negara. Kita boleh menganalisis, merumus dan menilai fakta-fakta sejarah secara rasional. |
Blog Felda: <b>felda lurah bilut</b> - Google Blog Search Posted: 12 Oct 2013 09:07 PM PDT Inilah permintaan Kerajaan Negeri dan dipersetujui, pada taklimat yang Felda berikan kepadanya pada Februari lepas. Ia juga menjadi sebahagian lagi intipati utama dalam manifesto Barisan Nasional (BN) Pahang menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13) ini. MENTERI BESAR BERUCAP... DEWAN ORANGRAMAI, FELDA LURAH BILUT, BENTONG – Atas permintaan Kerajaan Negeri dan dipersetujui oleh Felda, keutamaan dalam pelaksanaan program perumahan generasi kedua akan diberikan kepada rancangan tanah ini, bersandarkan hakikat ia merupakan rancangan tanah terawal di negara ini. Permintaan yang disusuli dengan persetujuan ini dicapai pada pertemuan kedua-dua pihak, pada sesi taklimat yang Felda berikan kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri pada Februari lepas (2013) lagi. "Buat masa ini yang saya ingat," kata Menteri Besar Dato' Sri DiRaja Adnan Yaakob, "… kita telahpun melaksanakan program ini di Felda Mempaga (di Bentong ini) dan juga Felda Chini (di Pekan). Tetapi, selepas mendengar taklimat Felda itu, kita telah mengambil beberapa keputusan iaitu; "Pihak Felda dengan kerjasama Kerajaan Negeri, akan membangunkan perumahan untuk generasi kedua di kawasan-kawasan Felda berdasarkan kepada 'sequence' atau turutan (tempoh tahun) kawasan Felda itu diwujudkan. "Maknanya, kalau misalannya Felda Lurah Bilut adalah Felda tertua di negeri Pahang dan juga Malaysia, yang dimulakan pada tahun 1956; maka, keutamaan untuk menyediakan perumahan untuk generasi kedua mesti diberi kepada Felda Lurah Bilut," katanya. PENEROKA LURAH BILUT SUDAHPUN ADA CICIT Dato' Sri DiRaja Adnan berkata demikian pada persidangan media, ketika diminta mengulas lanjut hal yang sama yang menjadi topik utama ucapan luar teks 33-minitnya sempena perjumpaannya dengan masyarakat peneroka pada petang Isnin, 29 April, di sini. "Sebabnya (keutamaan yang wajar diberikan kepada Felda Lurah Bilut ni)", katanya, "… peneroka Felda Lurah Bilut bukan sahaja (kini sudah) mempunyai anak, mempunyai cucu; tetapi juga mempunyai cicit. "Hari ini saya telah terangkan kepada peneroka-peneroka (Felda Lurah) Bilut tentang keputusan Kerajaan itu dan kita yakin insyaAllah, kalau Kerajaan Barisan Nasional lagi menjalankan pentadbiran di negeri Pahang ini (selepas PRU-13 ini) maka; "… berhubung dengan agenda untuk memberi perumahan kepada generasi kedua di kawasan Felda, ianya akan diberikan kepada Felda (Lurah) Bilut dahulu," katanya lagi. Beliau menambah kata betapa pada taklimat yang sama, Kerajaan Negeri diberi gambaran betapa hamper kesemua rancangan tanah-rancangan tanah Felda di negeri ini akan dibangunkan perumahan generasi kedua tersebut. 'MARRIAGE OF CONVENIENCE'... Janggal dan pelik apabila melihat Melayu - khususnya yang berbaju Melayu, bersarung kain pelekat, kopiah di kepala; megah berarak dengan bendera roket milik parti cauvanis pekat Cina, DAP. Dan perarakan ini sengaja di'tempah', melalui jalan di pinggir Dewan Orangramai lalu bersifat provokasi yang ketika itu, Menteri Besar sedang menyampaikan ucapannya. PERUMAHAN GENERASI KEDUA UNTUK SEMUA KAUM "Itu sebab bila peneroka-peneroka (Lurah) Bilut dan anak-anak peneroka (Lurah) Bilut menimbulkan soal ini, saya tidak terperanjuat sebab kita tidak buat pengumuman dua (2) bulan yang lalu. "Tetapi, dengan penjelasan ini saya berharap, peneroka-peneroka di Felda (Lurah) Bilut khususnya, dan juga di kawasan-kawasan Felda di negeri Pahang dan di seluruh negara insya-Allah, akan berpuas hati dan bersabar menunggu projek perumahan untuk generasi kedua ini dilaksanakan," katanya. Beliau menambah kata, tanpa mengira kaum – Cina, India mahupun Orang Asli, mereka juga akan turut diterima untuk memanfaati daripada skim perumahan generasi kedua kelak. Menjawab soalan, beliau mengakui betapa perkara berkaitan perumahan untk generasi kedua Felda ini adalah terkandung dalam akujanji atau manifesto BN Negeri yang akan dilancarkan dalam dua-tiga hari ini. Pada persidangan media yang sama, beliau ditanya oleh wartawan dari akhbar berBahasa Inggeris tempatan, tentang cabaran yang dilontarkan oleh calon DAP bagi Parlimen kawasan Bentong, Encik Wong Tack pada persidangan medianya pagi tadi. Cabaran itu dilontarkan kepada Menteri Besar sendiri, begitu juga kepada Menteri Kesihatan, Dato' Sri Liow Tiong Lai yang juga calon BN bagi mempertahankan kerusi Parlimen kawasan Bentong; serta, calon BN bagi Parlimen kawasan Raub, Dato' Hoh Khai Mun. Cabaran-cabaran itu antara lain ialah, meminta ketiga-tiganya menyelesaikan isu penyerahan kunci rumah bagi projek perumahan pekerja di Bukit Tinggi dekat sini; dan, menghentikan projek pemporsesan tanah jarang Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di kawasan perindustrian Gebeng, Kuantan, serta, lombong emas di Bukit Koman, Raub. Bagi isu penyerahan kunci rumah projek perumahan di Bukit Tinggi itu kata Dato' DiRaja Adnan, ia telahpun selesai, malah penyerahannya ditetapkan pada 3 Mei ini ekoran perbincangan yang dilakukan antara Kerajaan Negeri dengan pemaju berkenaan yang berlangsung selama ini. "We really pity the housebuyers who (are the one that suffers), due to some misunderstanding between the developer and the government. "But now, we have already resolved the issue and we are giving the key on the 3rd (of may)," katanya sambil menegaskan, ia bukanlah ekoarn DAP membuat bising mengenainya. "We have been tryng to resolve this issue long way back. And, this is not an easy thing to do. There are legal implications as well as financial implications. So, after negotiations done by the government represented by the State Secretary and the developer, we have come up with the understanding that, the keys can be issued on the 3rd," katanya lagi. Berkaitan dengan cabaran supaya menutup kilang LAMP dan lombong emas kendalian Raub Australian Gold Mine (RAGM) pula katanya, beliau tidak bercadang berbuat demikian sementelah segala kajian yang dilakukan membuktikan kedua-duanya tidak membahayakan kesihatan. Lalu beliau menempelak puak pembangkang yang mengaitkan penyakit yang dideritai oleh seorang wanita di Raub, dengan kesan sianida dari kilang RAGM sedangkan wanita tersebut telahpun dijangkiti penyakit itu sejak sebelum RAGM beroperasi lagi. "Well, never mind. Let the people decide. Once the people decide (in this 13th General Election), then I think they can close their mouth. After all, this is a democratic country, they can say anything. "Despite the fact that Karpal Singh want to send Tun Mahathir to jail – he can say a lot of (bad) things about the present government – (including) Kit Siang, Anwar, Karpal Singh; we have not send them to jail. SHOW OF CRUELTY, EVEN BEFORE POWER IN HAND "You see, even before getting power, Karpal Singh wants to send Tun Mahathir to jail. Is that right? Is that a proper thing to do?" tanya Dato' Sri DiRaja Adnan yang ternyata bernada tempelak terhadap pemimpin-pemimpin parti-parti pembangkang tersebut. Antara yang turut hadir pada perjumpaan yang sekali-sekali berlaku gangguan kecil oleh perarakan kereta/trak/motorsikal oleh anak muda-anak muda puak-puak pembangkang di atas jalan berhampiran ialah; Dato' Sri Liow sendiri; serta, calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Bilut, Encik Leong Kim Soon; serta kepimpinan UMNO Bahagian Bentong, antaranya ialah Timbalan Ketuanya, Dato' Zaini Salleh. – Khabar |
You are subscribed to email updates from felda lurah bilut - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |