{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda selancar - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda selancar - Google Blog Search


Blog Felda: <b>felda selancar</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Oct 2013 12:00 AM PDT


Norliza Selamat, 36, menunjukkan pinggan mangkuk kotor di kedai makan milik suaminya, Sabri yang tidak dapat dicuci kerana tiada air.

ROMPIN - Penduduk Felda Selancar 2, 3 dan 4 berang sekali gus mengadakan protes di tepi Sungai Selancar, di sini kerana terputus bekalan air tanpa notis atau makluman sejak minggu lalu hingga menjejaskan rutin harian mereka.

Lebih menyedihkan apabila masalah yang berlaku sejak November 2012 itu masih tiada penyelesaian sehingga kini.

Peneroka Felda Selancar 2, Rosmi Dollah, 58, berkata, kini masalah air sudah berlarutan selama lima hari sekali gus menyebabkan penduduk terpaksa mendapatkan sumber air untuk mandi dari Sungai Selancar kira-kira empat kilometer (km) dari sini.

Penduduk berisiko terkena jangkitan kuman

Menurutnya, masalah air yang berlarutan ini amat menyusahkan penduduk kerana mereka perlu mendapatkan sumber air di lokasi yang jauh serta diragui tahap kebersihannya.

"Bagi air untuk minum dan memasak pula, kami dapatkan dari perigi di ladang milik seorang peneroka di sini.

"Bila-bila masa sahaja kami berisiko terkena jangkitan kuman kerana terpaksa guna air yang kurang bersih tetapi nak buat macam mana, ini sahaja cara untuk kami dapatkan bekalan air," katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Katanya, aduan sudah dikemukakan kepada pihak Pengurusan Air Pahang (Paip), bagaimanapun sehingga kini masih tiada lori tangki air dihantar ke sini bagi membantu penduduk mendapatkan bekalan air.

"Kami ada nampak kakitangan Paip datang ke sini tetapi mereka tidak maklumkan apa-apa kepada penduduk dan masalah ini juga tidak pernah selesai sehingga kini.

"Pihak Paip hanya hantar lori tangki air di Felda Selancar 5 sahaja, tetapi penduduk di Felda Selancar 2, 3 dan 4 tidak terima bekalan tersebut," katanya.

Tinjauan Sinar Harian mendapati Sungai Selancar kini bagai sebuah lokasi pesta air apabila masyarakat di sini ke sungai untuk mandi dan membasuh pakaian.

Perniagaan terjejas

Penduduk Felda Selancar 3, Sabri Saad, 41, berkata, operasi perniagaannya terpaksa ditutup dalam masa terdekat berikutan tiada bekalan air.

"Saya rasa betul-betul susah untuk berniaga bila tiada bekalan air seperti ini dan pendapatan perniagaan saya terjejas sejak minggu lepas.

"Inilah satu-satunya mata pencarian saya untuk tanggung perbelanjaan keluarga. Sekarang kedai saya masih beroperasi kerana ada baki air tangki simpanan, tetapi mungkin esok saya terpaksa tutup kedai," katanya.

Paip pecah punca utama

Pengurus Paip Rompin, Rumisham Mohd Razali, 30, berkata, masalah bekalan air berpunca daripada tangki di Perwira Jaya, dekat sini kerana saluran paip 4.5 meter pecah pada 24 Mei lalu dan telah pun siap dibaiki keesokan harinya.

Menurutnya, memandangkan saluran paip air kosong, maka air yang disalurkan lambat sampai ke kawasan yang terjejas.

"Berlainan pula bagi kawasan Felda Selancar 5 kerana kawasan ini agak tinggi jadi tekanan air tidak kuat untuk disalurkan," katanya.

Katanya, Felda meluluskan peruntukan untuk membina pam penggalak untuk menguatkan tekanan air.

"Projek tersebut masih dalam proses pembinaan dan dijangka siap sebulan lagi," katanya.

Sumber dari: Sinar

Majlis Jamuan Aidilfitri <b>Felda Selancar</b> 1 - Suara Generasi Baru

Posted: 29 Aug 2013 10:12 AM PDT

Majlis Jamuan Aidilfitri Felda Selancar 1

IMG_103719630766942

Muadzam Shah – Keindahan Syawal masih terasa walaupun kita kian menghampiri penghujungnya. Syawal disambut dengan penuh rasa kesyukuran dan kemeriahan terutama dikala berkumpul bersama sanak saudara dan juga sahabat handai. Dalam kesempatan Syawal ini pihak Pengurusan FELDA dengan kerjasama FELDA Technoplant, JKKR, GPW, Koperasi, Belia dan RELA Selancar 1 berkongsi kenikmatan Syawal bersama-sama penduduk di sekitar Felda Selancar 1 dengan menganjurkan Program Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri.

IMG_104253427214697

Program Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri itu dimeriahkan dengan kehadiran anggaran lebih kurang 500 orang para tetamu termasuk para guru dan pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Selancar. Program yang berlangsung di perkarangan Balai Raya Felda Selancar 1 itu  bermula sekitar jam 11.00 pagi.

1238739_540414406024388_2084832987_n

Tujuan penganjuran majlis tersebut adalah untuk berkongsi nikmat Syawal sambil memberi sumbangan kepada warga emas dan juga menyumbangkan cederahati kepada penduduk Felda Selancar 1 melalui pertandingan kekemasan setiap blok. Tidak lupa juga, khas untuk kanak-kanak yang hadir, pihak pengurusan FELDA turut memberi duit raya yang telah disampaikan oleh Pengurus FELDA Selancar 1, Encik Mohd. Nordin Bin Haji Daud. Ini sedikit sebanyak dapat menghiburkan hati kanak-kanak yang hadir.

IMG_103614349181250

Program majlis sebegini diharap dapat mengeratkan lagi ikatan silaturahim antara para generasi muda terutama para belia dengan penduduk setempat dan juga dengan pihak pengurusan terutama di bulan Syawal yang mulia ini selain dapat menyemai semangat perpaduan dikalangan penduduk setempat. Para belia juga diharap dapat memanfaatkan program sebegini dengan menggunakan masa terluang dengan aktiviti-aktiviti berfaedah bagi menghindar dari terjebak dengan gejala sosial yang b0leh merosakkan masa depan mereka.

Artikel disiar pada 30/08/2013 - 1:12 am oleh N.S.W.A

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat