Kosmo Online - Komuniti Kita
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Komuniti Kita |
- Konvoi bantu etnik Rohingya
- Kosmo! menang tempat ketiga boling UDA Holdings
- 15 tetamu profesional jadi ikon murid sekolah
Posted: Konvoi bantu etnik Rohingya
KONVOI AMAL. Sebanyak 20 ahli Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengadakan konvoi ke Myanmar bagi membawa pelbagai bantuan perubatan dan makanan untuk diagihkan kepada masyarakat Islam etnik Rohingya di negara itu baru-baru ini. Setiausaha Agung Mapim, Azmi Abd. Hamid berkata, sumbangan bantuan itu perlu bagi membantu orang Islam di negara berkenaan yang kekurangan bekalan makanan akibat penindasan etnik. Katanya, konvoi tersebut turut singgah di Sungai Petani, Kedah untuk menyerahkan sumbangan barangan dapur kepada sekumpulan etnik Rohingya yang menetap di situ. Bantuan disediakan oleh Araby Group dan disampaikan pengarahnya, Ahmad Sani Abdul Halim Araby. | |
Kosmo! menang tempat ketiga boling UDA Holdings Posted: Kosmo! menang tempat ketiga boling UDA HoldingsSEBAHAGIAN daripada 100 pengamal media yang menyertai pertandingan Boling Media 2013 anjuran UDA Holdings, Kuala Lumpur baru-baru ini. BOLING MEDIA. Lebih 100 pengamal media berkumpul di Cosmic Bowl, Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur untuk menyertai pertandingan Boling Media 2013 anjuran UDA Holdings baru-baru ini. Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan UDA, Raja Azmi Raja Nazudin membuat lontaran awal sebagai gimik perasmian pertandingan itu. Kejohanan tersebut dimenangi pasukan Sinar Harian yang berjaya membawa pulang RM2,500 selepas melakukan 2,094 jatuhan pin. Tempat kedua pula dibolot oleh pasukan RTM dengan hadiah RM2,000 (2,038 pin), manakala pasukan Kosmo! yang diwakili oleh Md. Rikiman Yusof, Salmy Man, Azmi Md. Nordin dan Rashidah Kassim mendapat tempat ketiga dengan memperoleh RM1,500 (1,904 pin). | |
15 tetamu profesional jadi ikon murid sekolah Posted: 15 tetamu profesional jadi ikon murid sekolahSEORANG tetamu profesional berkongsi pengalaman dengan pelajar SK Kelana Jaya 2, Petaling Jaya, Selangor pada program Kerjaya Ria 2013 di sekolah itu baru-baru ini. IKON. Seramai 15 tetamu profesional terdiri daripada doktor, juruterbang, kapten kapal, saintis, peguam, pegawai polis dan pengarah filem hadir pada program Kerjaya Ria 2013 di Sekolah Kebangsaan (SK) Kelana Jaya 2, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini. Menurut guru besar sekolah itu, Sabariah Sapari, kehadiran mereka secara tidak langsung dapat memberi inspirasi kepada murid-murid untuk mengikut jejak kejayaan kalangan jemputan itu. Program itu disempurnakan oleh Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Petaling, Abu Omar Mos dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah itu, Ahmad Jaidi Tajuddin. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |