Kosmo Online - Negara
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Negara |
Posted: Raffli dibunuh kerana dendamOleh LUQMAN HAKIM AB. RAHIM
KUALA LUMPUR - Polis semalam memberitahu, pihaknya tidak menolak kemungkinan kejadian Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama, Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abdul Malik, 49, di Indera Mahkota 2, Kuantan yang mati ditembak kelmarin mempunyai kaitan dengan kumpulan Syiah atau ajaran sesat bergelar Tuhan Harun yang mahu membalas dendam. Sehubungan itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menggesa 31 pengikut Tuhan Harun yang masih bersembunyi supaya menyerah diri bagi membantu siasatan kes pembunuhan kejam tersebut. "Siasatan akan diadakan secara menyeluruh, berkemungkinan ia ada kaitan dengan kumpulan Syiah atau ajaran sesat Tuhan Harun yang mahu membalas dendam," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Pencegahan Jenayah Dari Perspektif Islam di Maktab Polis Cheras di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Sindiket curi pasir haram tumpas Posted: Sindiket curi pasir haram tumpasOleh NUR AISHAH AMIN Empat warga asing ditahan kerana tidak memiliki dokumen sah di tapak korek pasir haram di Semenyih, Selangor semalam. HULU LANGAT - Satu sindiket mencuri pasir di sebuah ladang kelapa sawit Kampung Sungai Machang, Semenyih di sini tumpas hasil serbuan diketuai oleh pegawai penguat kuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam. Sindiket tersebut menjual pasir yang dicuri itu kepada pemaju taman perumahan berdekatan Taman Perindustrian Sri Haneco. Ketua Penolong Kanan Penguasa SPRM, Mohd. Yussof Zakaria berkata, pasir halus dijual pada harga RM38 setan manakala pasir kasar RM30 setan. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
PM kongsi resipi kejayaan negara Posted: PM kongsi resipi kejayaan negaraNAJIB (empat dari kanan) beramah mesra dengan beberapa ahli panel Dialog Mengenai Kepelbagaian, Diplomasi dan Keamanan di Kuala Lumpur semalam. PUTRAJAYA - Menghargai kepelbagaian, memanfaatkan diplomasi dan memperjuangkan keamanan boleh menjadi resipi bagi kejayaan negara dan kestabilan antarabangsa. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, walaupun kepelbagaian merupakan faktor yang amat penting bagi membina sebuah negara yang kukuh, tetapi prinsip mendasarinya seperti menerima perbezaan, mengamalkan dialog dan mempertahankan hak untuk hidup bersama juga boleh membantu ke arah itu. Menurut beliau, perpaduan antara rakyat Malaysia daripada semua etnik dan agama boleh dicapai melalui sikap saling menghormati dan menerima perbezaan yang wujud di antara mereka. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |