Kosmo Online - Negara
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Negara |
- Siasatan tragedi bas korban 37 nyawa telus
- Diabetes semakin menakutkan
- Jawatankuasa pemantau GST ditubuhkan
Siasatan tragedi bas korban 37 nyawa telus Posted: Siasatan tragedi bas korban 37 nyawa telusOleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
MELAKA - Kerajaan tidak akan menyembunyikan hasil siasatan mengenai tragedi nahas bas di Genting Highlands yang mengorbankan 37 penumpang di Kilometer 3.6, Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur pada 21 Ogos lalu. Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihaknya memberi jaminan bahawa laporan penuh siasatan nahas itu akan dimaklumkan kepada umum dan ia menggambarkan ketelusan kerajaan menangani isu berhubung kemalangan kenderaan komersial yang membawa penumpang. "Saya sendiri telah mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan kanan Genting Highlands Berhad dan meminta mereka bekerjasama dengan pihak yang terlibat dalam penyiasatan nahas ini. "Saya sudah mengarahkan semua pihak terlibat untuk menyiasat secara menyeluruh dan telus terhadap setiap laporan yang dikeluarkan," katanya pada Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) kali ke-54 di sini malam kelmarin. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Posted: Diabetes semakin menakutkanKUALA LUMPUR - Kira-kira 2.6 juta rakyat Malaysia kini menghidap penyakit diabetes sekali gus mencetuskan kebimbangan kerajaan apabila kira-kira RM2 bilion terpaksa dibelanjakan bagi merawat penyakit itu setiap tahun. Ini bermakna setiap pesakit perlu mengeluarkan belanja kira-kira RM770 bagi merawat penyakit tersebut dalam setahun. Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr. Lokman Hakim Sulaiman berkata, ia merupakan anggaran kasar bagi pesakit yang menerima rawatan di hospital kerajaan dan swasta. Beliau berkata, perbelanjaan yang besar itu merupakan satu bebanan yang secara tidak langsung akan memberi kesan tidak baik kepada pembangunan sosioekonomi negara. "Jadi saya menyarankan agar semua individu di Malaysia supaya lebih peka dan mengambil berat tentang penyakit diabetes serta berusaha menangani masalah itu secara menyeluruh. "Kos rawatan untuk pesakit kencing manis adalah mahal. Kebanyakan ibu bapa tidak mampu membayar alat rawatan termasuk alatan bagi memeriksa tahap diabetes mereka," katanya. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Jawatankuasa pemantau GST ditubuhkan Posted: Jawatankuasa pemantau GST ditubuhkanIPOH - Jawatankuasa Pemantauan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dijangka ditubuhkan akhir tahun ini akan memantau secara menyeluruh dan menerangkan kepada rakyat di peringkat akar umbi berhubung pelaksanaan GST. Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, selain penerangan di peringkat kementerian, agensi pusat dan negeri serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO), penjelasan berhubung pelaksanaan GST akan dipanjangkan sehingga ke peringkat Parlimen. "Kita telah merangka selepas sidang Parlimen kali ini selesai, kita akan terus turun ke bawah sehingga ke kawasan Parlimen supaya dapat difahami oleh rakyat sepenuhnya mengenai GST," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Deepavali Parlimen Tambun di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |