Kosmo Online - Negara
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Negara |
- Juruwang resort pecah amanah RM248,000 dijel 8 tahun, 20 sebatan
- Budak sakit kepala ketika main komputer maut diserang meningitis
- Dicari di Pahang, ditahan di Johor
Juruwang resort pecah amanah RM248,000 dijel 8 tahun, 20 sebatan Posted: Juruwang resort pecah amanah RM248,000 dijel 8 tahun, 20 sebatan
SEREMBAN - Seorang juruwang sebuah resort di Nilai dekat sini, dipenjara lapan tahun tujuh bulan dan 20 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas mengaku salah atas 20 pertuduhan pecah amanah membabitkan wang syarikat berjumlah RM248,323 sejak Oktober lalu. Norfursan Selamat, 28, membuat pengakuan tersebut selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Anita Harun. Mengikut kertas pertuduhan, Norfursan yang bekerja sebagai juruwang di Nilai Spring Resort di Nilai dekat sini didakwa melakukan pecah amanah apabila gagal mendepositkan wang kutipan harian berjumlah RM248,323. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | ||
Budak sakit kepala ketika main komputer maut diserang meningitis Posted: Budak sakit kepala ketika main komputer maut diserang meningitisOleh ROSLI HASSAN
MELAKA - Sakit kepala yang dialami seorang kanak-kanak lelaki ketika leka bermain komputer di kafe siber pada Isnin lalu menjadi petanda dia diserang meningitis atau radang otak sebelum meninggal dunia di Hospital Alor Gajah, petang kelmarin. Ibu kepada kanak-kanak berkenaan, Rosnani Puteh, 42, berkata, anaknya, Muhammad Azmin Abdullah, 12, mula mengadu sakit kepala ketika bermain komputer di kafe siber yang terletak di Masjid Tanah berhampiran rumahnya di Kampung Pinang di sini. Menurutnya, sejak cuti sekolah bermula, setiap hari Azmin akan keluar rumah bersama abangnya, Muhammad Azanir, 13, seawal pukul 7.30 pagi untuk bermain komputer di kafe siber tersebut dan hanya pulang pada pukul 6.30 petang. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | ||
Dicari di Pahang, ditahan di Johor Posted: Dicari di Pahang, ditahan di Johor Oleh MAZLINA ABDUL MAJID dan ROSLI HASSAN JOHOR BAHRU – Pencarian polis terhadap seorang lelaki dikenali sebagai 'Tuhan Harun' yang dikehendaki bagi membantu siasatan kes bunuh Ketua Pegawai Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abdul Malek berakhir apabila dia ditahan semalam. Harun Mat Saat, 47, ditahan pada pukul 3.30 petang selepas polis menyerbu sebuah rumah di Taman Bandar Baru Tangkak dekat Ledang. Turut ditahan di dalam rumah itu, seorang wanita, Azida Mohd. Zol, 30, dipercayai isteri Harun. Kira-kira 10 minit sebelum itu, polis menahan seorang lelaki, Nor Hairi Harun, 41, di Jalan Hospital, Tangkak. Pemuda itu sebelum ini menetap di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai di sini. Selain kes bunuh tersebut, Harun bersama pengikutnya turut dikehendaki oleh JAIP selepas mereka gagal hadir buat kali kedua untuk sebutan semula kes bagi 11 pertuduhan menyebarkan ajaran sesat di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |