Kosmo Online - Negara
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Negara |
Kerajaan Melaka tidak berganjak Posted: Kerajaan Melaka tidak berganjakOleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
MELAKA - Kerajaan negeri tidak akan berganjak dengan keputusan untuk menutup pusat sembelihan babi yang beroperasi di tanah milik kerajaan bersebelahan Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Melaka di Ayer Keroh di sini berkuat kuasa 31 Disember ini. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Hasan Rahman berkata, bagaimanapun mereka diberi kelonggaran selama dua bulan sehingga Februari tahun depan untuk memindahkan semua peralatan pusat tersebut. Pusat itu mampu menyembelih 9,000 ekor babi sebulan. Beliau berkata, tapak baharu pusat sembelihan tersebut ialah di Paya Mengkuang, Masjid Tanah, kira-kira 20 kilometer dari tapak lama. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Felda berjaya kerana bela peneroka Posted: Felda berjaya kerana bela penerokaOleh AQMAR ALLADAD NAJIB menunjukkan isi kandungan buku bergambar di awal penubuhan Felda kepada ibunya, Tun Rahah (tiga kiri) dan Rosmah sambil diperhatikan Isa (kanan) pada majlis pelancaran buku Meneroka Impian Mencapai Wawasan di Menara Felda, Kuala Lumpur semalam. KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kejayaan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) pada masa ini adalah terhasil daripada iltizam politik demi membela nasib peneroka. Katanya, banyak negara cuba mencontohi kejayaan Felda sebagai badan pembangunan tanah tetapi gagal kerana mereka tidak mempunyai iltizam sama seperti pemimpin di negara ini sejak dahulu hingga sekarang. "Kejayaan itu meliputi konsep pembangunan reformasi tanah yang paling berjaya di dunia. Negara lain cuba nak ikut atau contohi kita tapi tidak berupaya. "Hantarlah orang Felda ke negara itu tetapi tidak menjadi, kenapa tidak menjadi? Inilah harus kita tanya kerana kesimpulannya ialah kepimpinan politik yang iltizam untuk menjayakan Felda," katanya. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Posted: Pistol dalam tandas stadiumOleh NORHAYATI YAHAYA SEGELINTIR penyokong menyalakan suar selepas menyaksikan Pahang mengalahkan Kelantan 1-0 dalam perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Selangor kelmarin. SHAH ALAM - Sepucuk senjata api bersama tujuh butir peluru hidup ditemui di dalam sebuah tandas Stadium Shah Alam di sini yang menjadi lokasi perlawanan akhir Piala Malaysia malam kelmarin. Pistol jenis Browning automatik itu dijumpai pada pukul 9.30 malam oleh seorang anggota polis yang kebetulan mahu menggunakan tandas semasa perlawanan antara Pahang dan Kelantan sedang berlangsung. Ketika ditemui, senjata jenis lama yang biasanya digunakan pasukan tentera itu berada pada dinding di atas bekas tisu di dalam tandas berkenaan di kawasan stadium yang menempatkan penyokong Kelantan. Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Deputi Superintendan Ruslan Abdullah berkata, pihaknya masih menyiasat pemilik pistol tersebut serta tujuan ia dibawa ke stadium berkenaan yang menempatkan kira-kira 80,000 penyokong Pahang dan Kelantan. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |