{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Johor

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Johor


Hidup dalam kebimbangan

Posted: 04 Nov 2013 10:40 AM PST

KELUARGA BADRON MOHD. SAID
Kampung Melayu Gelang Patah

Penduduk membersihkan kesan lumpur di persekitaran rumah mereka akibat banjir kilat di Kampung Melayu Gelang Patah, Johor Bahru, baru-baru ini.

Saudara Pengarang,

PENDUDUK Kampung Melayu Gelang Patah kini hidup dalam kebimbangan memandangkan kawasan tersebut mudah dinaiki air ke paras pinggang dan dilanda banjir kilat setiap kali hujan lebat dalam tempoh sejam.

Banyak harta benda dan barangan rumah seperti perabot rosak dan musnah setiap kali kampung ini dilanda banjir kilat.

Dalam kejadian baru-baru ini, sebanyak 15 rumah terjejas selepas hujan lebat selama dua jam bermula pukul 3.30 petang.

Hampir pukul 9 malam barulah air surut sepenuhnya dan seperti kejadian sebelum ini, bukan sahaja rumah dimasuki air dan lumpur, malah banyak barangan dalam rumah yang rosak terutamanya peralatan elektrik.

Kadangkala kami terfikir sampai bila masalah ini perlu berlarutan. Justeru, kami berharap pihak yang berkenaan dapat menyelesaikan masalah ini kerana kami sudah serik hendak berhadapan dengan banjir kilat setiap kali hujan lebat.

Masalah banjir kilat di kampung ini dipercayai berpunca daripada pembangunan pesat terutama projek pembinaan perumahan di kawasan tersebut selain sistem perparitan sedia ada sudah lama dan tidak berfungsi dengan baik.

Banjir kilat yang terbaharu itu bukan sahaja merosakkan harta benda, malah barangan persekolahan anak-anak kami.

Membeli barangan baharu bukannya murah kerana kebanyakan penduduk terdiri daripada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Difahamkan, beberapa pihak termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri telah menghulurkan bantuan awal termasuk menyediakan makanan kepada mangsa yang terjejas, malah ada pihak membuka bilik operasi di Masjid Al-Falah bagi memastikan setiap bantuan diterima.

Kami sangat berharap agar masalah diselesaikan dengan segera.

Baiki segera longkang rosak Taman Desa Sri Ara

Posted: 04 Nov 2013 10:40 AM PST

KAK ROHANI
Taman Desa Sri Ara, Pontian

Keadaan longkang yang rosak di belakang rumah penduduk menyebabkan aliran air tersekat di Taman Desa Sri Ara, Kayu Ara Pasong, Pontian, baru-baru ini.

Saudara Pengarang,

SAYA mewakili pemilik tujuh buah rumah kos rendah di Taman Desa Sri Ara, Kayu Ara Pasong, Pontian merayu pihak berkuasa mengambil tindakan segera bagi membaiki longkang yang rosak di bahagian belakang rumah kami.

Masalah tersebut menyebabkan aliran air tersekat dan jika hujan lebat berlaku limpahan air sehingga ke dalam bahagian rumah dan merisaukan kami.

Kami juga bimbang disebabkan air tidak mengalir dengan baik boleh mendatangkan masalah penyakit kepada penduduk tempatan mahupun dalam kalangan pekerja asing yang menyewa di situ.

Masalah kerosakan longkang sudah diajukan kepada pihak berkenaan, namun tiada sebarang tindakan diambil menyebabkan kerosakan semakin hari bertambah teruk dan boleh menimbulkan soal keselamatan terutama kepada kanak-kanak.

Oleh yang demikian, kami berharap keluhan ini dapat diberikan perhatian sewajarnya memandangkan kami sudah tidak tahan lagi untuk menghadapi masalah yang tidak diatasi ini.

Kami sudah tidak tahu lagi ke mana mahu mengadu, diharap rintihan ini dapat didengar oleh pihak berkuasa supaya dapat dibina longkang baharu memandangkan taman ini telah berusia lebih 14 tahun.

Sokong cadangan martabatkan tulisan Jawi

Posted: 04 Nov 2013 10:40 AM PST

SYED AHMAD SYED ABDULLAH AL-AIDRUS
Pengerusi Persatuan Qurra Negeri Johor

Saudara Pengarang,

DENGAN hormatnya keratan akhbar Utusan Malaysia yang bertarikh 19 Oktober 2013 pada halaman 35 adalah dirujuk.

Untuk makluman pihak tuan, Persatuan Qurra' Negeri Johor amat bersetuju dan menyokong kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Md. Jais Sarday supaya penggunaan tulisan Jawi diutamakan pada papan tanda jalan.

Ini kerana saya sebagai Pengerusi Persatuan Qurra' Negeri Johor turut berpendapat tulisan Jawi merupakan nadi yang menggerakkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu sehingga setaraf dengan bahasa-bahasa asing di dunia ini sejak dahulu.

Selain itu, selari dengan objektif persatuan, penggunaan tulisan Jawi dalam jangka masa panjang 'tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas' amat bersesuaian untuk digunakan sepanjang zaman.

Penggunaan tulisan Jawi juga dapat menarik minat bangsa besar lain di negara ini kerana tulisan itu adalah identiti Islam sebagai agama rasmi di negara ini.

Justeru, saya menyeru permuafakatan antara rakyat dan kerajaan sangat penting dalam merealisasikan semua keagungan tulisan Jawi sebagai alat mengembangkan ilmu dalam bahasa Melayu.

Segala jasa baik tuan, saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Semoga Allah memberkati segala kebaikan daripada pihak tuan.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat