Kosmo Online - Negara
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Negara |
Dua keluarga berdepan saat cemas Posted: Dua keluarga berdepan saat cemas
KUALA TERENGGANU - Dua keluarga melalui detik cemas apabila seorang remaja lelaki berusia 17 tahun melarikan dua kereta bersama anggota keluarga mereka dalam dua kejadian di Dungun semalam. Kejadian di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Lebuh Raya Pantai Timur di Bukit Besi-Ajil itu yang bermula pukul 5 petang menyebabkan Abdul Pirhat Karim, 34, dan isteri, Che Mastura Che Awang, 31, cedera. Anak mereka, Muhammad Ashraf Ikhwan yang berusia sembilan bulan koma dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini. Che Mastura yang patah tulang rusuk juga dirawat di hospital sama. Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa berkata, kejadian bermula apabila remaja tersebut melarikan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Grand Livina yang berhenti di kawasan R&R itu bersama sepasang suami isteri dan bayi mereka di dalam kenderaan itu. "Ketika kenderaan itu berhenti di kawasan berkenaan, pemandu kereta itu bersama isteri, kedua-duanya anggota polis dari Brickfields, ke tandas meninggalkan abang dan kakak ipar mereka iaitu Abdul Pirhat dan Che Mastura bersama bayi itu di dalam kereta. "Keluarga itu dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas mereka menziarah keluarga di Tumpat, Kelantan," katanya kepada pemberita selepas melawat bayi itu semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Posted: Mati diserang sakit jantungGEORGE TOWN - Seorang pemuda maut selepas diserang sakit jantung semasa bermain permainan video komputer hampir 15 jam di dalam bilik tidur di rumahnya di Bandar Baru Air Itam di sini kelmarin. Mangsa, Ong Yee Haw, 23, ditemui bapa saudaranya yang cuba membuka pintu bilik kira-kira pukul 4 petang sebaik menyedari mangsa tidak keluar sejak pulang dari kafe siber berdekatan rumah mereka pada pukul 1 pagi. Sumber berkata, bapa saudaranya terkejut sebaik melihat Yee Haw dalam keadaan kaku dan terbaring di hadapan komputer lalu terus menghubungi ambulans. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Posted: Malaysia hantar nota bantahanPUTRAJAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia telah menghantar nota bantahan kepada pejabat Kedutaan Amerika Syarikat (AS) dan Suruhanjaya Tinggi Australia di sini berhubung dakwaan pengintipan dilakukan di negara ini. Menurut Perdana Menteri, Malaysia pada prinsipnya menentang sebarang kegiatan pengintipan terhadap mana-mana kerajaan kerana ia melibatkan soal kedaulatan negara. Najib berkata, beliau dimaklumkan bahawa Presiden AS, Barack Obama telah mengarahkan satu kajian semula dilakukan terhadap semua kegiatan pengintipan oleh pihak negara itu. "Jadi, kita menantikan kajian semula tersebut. Kita berharap perkara ini tidak menjadi kontroversi pada masa akan datang," katanya dalam sidang akhbar selepas sambutan Maal Hijrah 1435 peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |