Kosmo Online - Sukan
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Sukan |
Posted: Chong Wei bertemu BoonsakOleh MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI PENG SOON (belakang) dan Liu Ying gagal melayakkan diri ke separuh akhir selepas tewas kepada beregu England semalam. JAGUH badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mudah mengesahkan slot separuh akhir Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Hong Kong 2013 selepas menewaskan pemain Denmark, Jan O Jorgensen di Kowloon semalam. Pemain No. 1 dunia tersebut mencatat kemenangan 21-8, 21-17 dalam tempoh 34 minit untuk kekal sebagai wakil tunggal negara pada kejohanan yang bernilai AS$350,000 (RM1.12 juta) itu. Pada aksi tersebut, Chong Wei ternyata mendominasi aksi suku akhir itu, malah dia langsung tidak memberikan muka kepada lawannya itu. Begitupun tentangan yang lebih sengit diterima pemain berusia 31 tahun itu pada set kedua, namun kebangkitan yang dipamerkan Jorgensen belum cukup untuk menyekat kemaraan Chong Wei. Chong Wei akan menentang pemain Thailand, Boonsak Ponsana yang turut mara selepas menewaskan Hans-Kristian Vittinghus 21-17, 21-16 dalam satu lagi aksi suku akhir. Sementara itu, beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying tewas kepada beregu England, Chris Adcock-Gabrielle White 18-21, 12-21 semalam. Kekalahan itu sekali gus menyaksikan pasangan No. 5 dunia itu sekadar mengulangi skrip ke suku akhir seperti dua kejohanan lepas di Perancis dan China. Peng Soon ketika dihubungi mengakui, corak permainannya tidak menjadi dan mereka kehilangan banyak mata setelah kerap melakukan kesilapan mudah. "Pada awal perlawanan saya dapat rasa yang kami mengawal permainan tetapi pada akhir-akhir perlawanan kami telah membuat banyak silap. "Mereka juga mengawal permainan dengan baik pada set kedua," kata Peng Soon. Bagaimanapun, jurulatih beregu campuran, Jeremy Gan percaya tahap permainan yang tidak konsisten telah menyebabkan anak-anak buahnya itu terkandas. "Beregu England bermain lebih baik, Peng Soon-Liu Ying pula tidak dapat mempamerkan rentak sebenar. Mereka perlu lebih konsisten dari segi pukulan dan idea ketika beraksi," tambah Jeremy. |
Posted: Myanmar cuba pancing Kim SweeOleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI KIM SWEE dilabel sebagai salah seorang jurulatih paling berjaya di negara ini terutamanya selepas memenangi pingat emas pada Sukan SEA 2011 di Indonesia. TATKALA seribu lensa ingin merakamkan nasib yang bakal menimpa ketua jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal di atas kegagalan layak ke pentas Piala Asia 2015, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) nampaknya masih terlepas pandang 'sesuatu.' Berdasarkan laporan tidak rasmi, jurulatih Harimau Muda, Datuk Ong Kim Swee dipancing beberapa pasukan dari negara ASEAN termasuk Persatuan Bola Sepak Myanmar (MFF). Seperti kontrak Rajagobal yang bakal dibicarakan dalam Mesyuarat Exco FAM, Ahad ini, perjanjian Kim Swee bersama FAM turut berakhir pada 31 Disember depan. Menyedari situasi tersebut, MFF dilaporkan sedia memancing jurulatih kelahiran Melaka itu kerana pihak mereka sangat berminat untuk membawa pengendali berkualiti tinggi seperti Kim Swee. MFF sanggup menawarkan habuan lebih lumayan berbanding pendapatan jurulatih kebangsaan Myanmar, Park Sung-Hwa yang kini menerima gaji bulanan sebanyak AS$70,000 (RM224,280). Kim Swee yang pernah dikaitkan dengan Singapura, diangkat sebagai salah seorang jurulatih paling berjaya di negara ini termasuk kejayaan memenangi pingat emas pada Sukan SEA 2011 di Indonesia. Begitupun, bagi legenda Pulau Pinang, Datuk Syukor Salleh, FAM sepatutnya bertindak segera dengan berusaha mengekalkan khidmat Kim Swee di tahap yang lebih tinggi. Jelasnya, jurulatih yang lebih tahu kesinambungan pemain-pemain muda itu seharusnya diberikan peluang untuk mengemudi pasukan kebangsaan negara. "Jangan lepaskan Kim Swee. Itu nasihat saya. Kita tidak boleh kehilangan jurulatih baik seperti beliau. "Selalunya, FAM harus berikan keputusan kepada Kim Swee sama ada mereka berminat untuk lanjut atau tidak sebulan sebelum tamat kontrak. Itulah tangunggjawab FAM. "Bagilah Kim Swee (peluang) melatih skuad kebangsaan. Ini kerana, beliau tahu kesinambungan pemain-pemain muda dan FAM sepatutnya tahu dalam hal ini," katanya. Tambahnya lagi, sama ada MFF mahu melancarkan perang psikologi terhadap Harimau Muda atau sebalik, FAM harus berusaha untuk mengekalkan khidmat bekas pemain Sarawak tersebut. "Tak kisahlah mereka (MFF) tipu atau tidak tetapi kita harus lebih serius dalam kes ini. Jika tidak, kita akan rugi kalau kehilangan sentuhan jurulatih tempatan yang terbaik pada masa ini," katanya. Sementara itu, percubaan Kosmo! untuk mendapatkan respons Kim Swee tidak berjaya apabila beliau gagal dihubungi semalam. |
MSN terus pantau isu keselamatan di Myanmar Posted: MSN terus pantau isu keselamatan di MyanmarMAJLIS Sukan Negara (MSN) akan terus memantau aspek keselamatan di Myanmar sebelum kontinjen negara berangkat ke negara itu untuk menyertai Sukan SEA 2013 bulan depan. Ketua Pengarah MSN, Datuk Seri Zolkples Embong (gambar) berkata, pihaknya akan mendapatkan maklumat lanjut daripada Kedutaan Malaysia di Myanmar mengenai cubaan pegeboman ke atas sebuah masjid seperti yang dilaporkan sebuah agensi berita asing. "Pada masa yang sama, kami akan merujuk kepada pihak Wisma Putra untuk mendapatkan pandangan dan nasihat sebelum kami ambil tindakan yang selanjutnya," katanya. Bagaimanapun, Zolkples berharap insiden tersebut tidak akan menjejaskan pengelolaan temasya sukan dwitahunan berkenaan dan penyertaan atlet negara. "Ini kerana kami telah membuat persediaan yang begitu rapi dan sekarang mereka (atlet ke Sukan SEA) sedang bersemangat sekali untuk pergi ke sana," katanya. Sukan SEA secara rasmi akan bermula 11 hingga 22 Disember depan. Agensi berita semalam melaporkan polis Myanmar menahan tiga lelaki dari wilayah Rakhine yang dipercayai merancang serangan bom ke atas sebuah masjid di Yangon, Myanmar. Dalam pada itu, Zolkples berkata, kesemua atlet negara akan menyertai perhimpunan atlet fasa akhir selama lima hari bermula 2 Disember ini sebelum berangkat ke Myanmar. "Perhimpunan ini akan diadakan di Universiti Tenaga Nasional (Uniten), Bangi dan kemungkinan pada 4 Disember, kami akan mengadakan majlis penyerahan bendera Jalur Gemilang" katanya. Mengulas mengenai pembawa bendera jalur gemilang ke Sukan SEA, Zolkples berkata, perkara berkenaan akan diputuskan oleh MOM dalam tempoh terdekat. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |