Kosmo Online - Negara
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Negara |
- Khidmat wad bersalin digantung
- Hukuman Datuk Wahid ditangguh
- Skuad khas wanita kawal lokasi pelancong
Khidmat wad bersalin digantung Posted: Khidmat wad bersalin digantungINILAH bangunan Hospital Bersalin dan Pusat Perubatan Cina di Jalan Tun Dr. Ismail, Seremban yang digantung perkhidmatan semalam. KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan arahan supaya perkhidmatan pesakit di dalam wad Hospital Bersalin dan Pusat Perubatan Cina (NSCMH) di Seremban, Negeri Sembilan digantung berkuat kuasa serta-merta. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah (gambar kecil) berkata, ini kerana hospital itu didapati melakukan 10 pelanggaran Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 dan peraturannya. Beliau berkata, pelanggaran ini meliputi perkara melibatkan perkhidmatan bagi pesakit di dalam wad dan pesakit luar. "Satu daripada contohnya adalah NSCMH kekurangan doktor residen sepenuh masa dalam bidang teras tertentu dalam lesennya, dengan itu menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan pesakit," katanya dalam kenyataan kepada Bernama di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
Posted: Hukuman Datuk Wahid ditangguhOleh WAZIHA WAHID WAHID (kanan) diiringi anggota dari Jabatan Penjara keluar dari KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Wahid Md. Don yang ditahan di Penjara Kajang selama 23 hari dibebaskan Mahkamah Tinggi semalam selepas membenarkan penangguhan hukuman penjara enam tahun dan denda RM300,000 atas kesalahan menerima rasuah RM60,000 lima tahun lalu. Hakim Datuk Azman Husin turut memutuskan jaminan terhadap Wahid, 61, dinaikkan daripada RM50,000 kepada RM200,000 dengan dua penjamin serta pasport Wahid diserahkan kepada mahkamah. "Selepas meneliti hujahan peguam bela, pemohon dan pihak pendakwaan, mahkamah menganggap kes ini adalah istimewa. Dalam keadaan biasa mahkamah tidak akan membenarkan (penangguhan)," katanya. Beliau turut membenarkan bayaran jaminan dibuat melalui cagaran geran tanah milik keluarga Wahid di Batu Pahat, Johor yang bernilai RM200,000. Peguam bela yang mewakili Wahid, Datuk V. Sithambaran memaklumkan kepada mahkamah, pemohon akan dijamin oleh isteri dan adik iparnya. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
Skuad khas wanita kawal lokasi pelancong Posted: Skuad khas wanita kawal lokasi pelancongOleh NOOR HASLIZA NUSI PASUKAN Ops Cantas Khas Wanita yang dilancarkan di George Town, Pulau Pinang semalam. GEORGE TOWN - Pasukan Ops Cantas Khas Wanita Kontinjen Pulau Pinang kini bersedia menggalas tanggungjawab mengawal lokasi tumpuan pelancong di negeri ini demi menjamin keselamatan kaum wanita. Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, pasukan terdiri dua pegawai berpangkat Asisten Superintendan dan Inspektor serta 18 anggota polis itu akan ditempatkan di beberapa destinasi yang dikunjungi ramai wanita mulai minggu depan. Menurutnya, para pengunjung yang datang ke negeri ini tidak perlu bimbang dengan keselamatan mereka semasa berada di pusat beli-belah, Persiaran Gurney dan Padang Kota memandangkan pasukan terbabit akan bertugas setiap masa. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |