Kosmo Online - Varia
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Varia |
Tanjong gilap bakat pelukis muda Posted: Tanjong gilap bakat pelukis muda
EDISI ke-13 acara tahunan Pertandingan Seni Warisan Tanjong mendapat penyertaan ramai penggiat seni tempatan termasuk penglibatan pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Tahun ini, seramai 1,271 peseta menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh Tanjong plc (Tanjong) berbanding 1,085 tahun lalu. Daripada jumlah tersebut, 490 hasil karya telah dimasukkan dalam senarai akhir yang turut disertai oleh 22 IPT awam dan swasta. Pertandingan tersebut adalah sebahagian daripada usaha tanggungjawab sosial korporat Tanjong dengan menyaksikan peningkatan ketara dalam bilangan peserta, terutamanya pelajar IPT. Pengerusi Tanjong, Datuk Robert Cheim berkata, penganjuran pertandingan itu adalah sebagai wadah untuk membolehkan bakat muda memaparkan karya seni mereka di samping menyumbang kepada kekayaan dan kesinambungan tradisi kebudayaan Malaysia. "Pertandingan ini telah berkembang pesat sejak ia diperkenalkan. Kami gembira melihat kualiti peserta yang mencerminkan pertumbuhannya. Ini satu petanda baik kepada tahap pendidikan seni di Malaysia. Diharap mutu dan kualiti seni pelukis tempatan dapat dikekalkan atau dipertingkatkan pada masa hadapan," ujarnya dalam ucapan perasmian pertandingan baru-baru ini. PEMENANG dipilih berdasarkan kreativiti dalam menghasilkan lukisan berkualiti. Akademi Seni Dasein mencuri tumpuan apabila berjaya memenangi lima kategori utama selain menyandang gelaran juara dalam kategori seni cetak. Salah seorang pemenang yang mewakili akademi itu ialah Lim Zieshan dengan memenangi hadiah utama dalam kategori Lukisan Warna Air dan hadiah sagu hati dalam kategori Minyak/Akrilik. Selain itu, Yong Kang Yun dari akademi sama meraih kemenangan berganda apabila memenangi kedua-dua hadiah sagu hati dalam kategori Lukisan Warna Air. Sementara itu, Kolej Universiti Selatan, Johor yang mengambil bahagian buat kali pertama meraih tempat kedua dalam kategori Lukisan Warna Air menerusi pesertanya iaitu See Ca Dai. Dia menghasilkan karya menggunakan medium cat air yang bertajuk Parade Worshipping Gods. Panel hakim terdiri daripada Prof. Madya Jalaini Abu Hassan, Prof. Madya Fauzan Omar, Elizabeth Cardosa, Dr. Kim Phaik Lah, Wairah Marzuki dan Laurence Loh. Kesemua mereka merupakan penggiat seni yang disegani dalam bidang seni dan warisan. Tanjong dan anak syarikatnya memainkan peranan aktif dalam menyokong pelbagai aktiviti pembangunan seni dan sukan setiap tahun. Melalui penganjuran pelbagai program, Tanjong berharap untuk terus memainkan peranannya sebagai entiti korporat yang bertanggungjawab kepada masyarakat. | |
Seronok mandi bersama Carrie Junior Posted: Seronok mandi bersama Carrie JuniorCHEN (dua dari kiri) yakin lagu Bathtime is Funtime mendapat perhatian kanak-kanak kerana rentak dan mesej yang positif. MUZIK dapat membantu perkembangan emosi kanak-kanak dengan membolehkan mereka meluahkan perasaan gembira atau seronok melalui aktiviti tersebut. Selain itu, muzik juga dapat membantu perkembangan kognitif si kecil. Kemahiran kognitif merupakan kebolehan individu untuk berfikir, berdikari, memberi pendapat, memahami dan mengingati peristiwa yang berlaku di persekitaran mereka. Justeru, Wipro Unza (Malaysia) Sdn. Bhd. (Wipro Unza) mengambil inisiatif melancarkan kempen Bathtime is Funtime yang menggunakan lagu dan tarian sebagai medium baharu bagi mendidik kanak-kanak terhadap kepentingan dan teknik mandi yang betul. Pengurus Pemasaran Wipro Unza, Edward Chen berkata, penggunaan lagu dan tarian membolehkan kanak-kanak menyukai dan menghargai amalan mandian sebagai satu rutin harian. "Bathtime is Funtime adalah sebuah lagu yang cukup menggirangkan untuk dinyanyikan ketika membuat aktiviti kelas atau di rumah. Lagu rancak ini dicipta bagi membina kemahiran dan perwatakan kanak-kanak, di samping menekankan mesej-mesej kebersihan secara jelas. "Gunakan span, baldi dan berlakon seperti ingin mandi. Kami yakin kanak-kanak, ibu bapa dan guru akan menyukainya," katanya ketika ditemui pada acara Bathtime is Funtime di Tadika R.E.A.L Kids USJ 12 di Subang Jaya, Selangor baru-baru ini. Turut hadir ialah selebriti, Sazzy Falak. Dalam pada itu, suasana tadika tersebut bertukar gamat apabila Carrie, maskot jenama Carrie Junior membuat penampilan istimewa dengan menyanyikan lagu tema jenama itu. Kanak-kanak yang hadir tidak melepaskan peluang bergambar bersama maskot gajah berwarna merah jambu itu. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Varia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |