{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Varia

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Varia


Medan asas bakat fotografi

Posted:

Medan asas bakat fotografi

Medan asas bakat fotografi

PARA peserta memulakan persaingan untuk mendapatkan foto-foto menarik berdasarkan tema yang diberikan.


MARATON Foto Canon Malaysia 2013 musim ketujuh yang merupakan acara tahunan Canon Marketing Malaysia Sdn. Bhd. (Canon Malaysia) berlangsung dengan jayanya di pusat beli-belah Berjaya Times Square, Kuala Lumpur pada 16 September lalu.

Lebih 1,000 peserta yang meminati dunia fotografi turut serta dengan harapan merebut hadiah bernilai lebih RM30,000.

Demi melahirkan lebih ramai peminat fotografi tanpa mengira faktor usia, Canon Malaysia buat julung-julung kalinya memperkenalkan kategori junior untuk peserta di bawah usia 18 tahun di samping mengekalkan kategori terbuka yang diperkenalkan sejak tahun 2007.

Pertandingan yang bermula pada pukul 8 pagi itu berlangsung lebih lapan jam dengan menyaksikan para peserta berkumpul di pekarangan pusat beli-belah terkemuka itu seawal pukul 7 pagi. Mereka turut mengenakan baju-T berwarna merah dan bersiap sedia dengan kamera masing-masing.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Canon Malaysia, Melvyn Ho berkata, penganjuran kali ini lebih meriah ekoran pengenalan kategori junior yang mendapat sambutan yang menggalakkan.

"Kami sedar bahawa ramai generasi muda hari ini mempunyai minat dalam bidang fotografi. Ini menjadi faktor utama kami memperkenalkan kategori baharu atau junior.

"Selain bertanding, peserta di bawah usia 18 tahun ini juga didedahkan dengan pelbagai bentuk pengalaman dan pendidikan dalam bidang fotografi," ujarnya ketika ditemui pada pertandingan itu.

Mengulas lanjut, Ho berkata, untuk menjadikan persaingan lebih menarik, pihaknya menyediakan beberapa tema yang dipilih melalui pusingan roda khas dan para peserta harus melunaskan setiap tema itu dengan hasil yang paling kreatif.

Selepas sesi cabutan dilakukan, peserta berhempas-pulas memenuhi setiap tema yang disediakan iaitu Bumi, Hitam dan Putih serta Perkara Kecil yang Bermakna.

Cabaran kreativiti

Ho yang mengakui teruja melihat setiap foto yang dihantar peserta, menyerahkan tugas penghakiman kepada empat juri khas yang berpengalaman untuk memilih setiap pemenang bagi kedua-dua kategori.


PARA pemenang menerima hadiah masing-masing yang nilai keseluruhan lebih RM30,000.


Beliau memberitahu, juri jemputan ialah Presiden Persatuan Fotografi Malaysia, Harry Woo; Editor Foto Kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad, Kamaruddin Ahmad; Penerbit Majalah Kamera Digital Malaysia, Arthur Chen dan Pengurus Jabatan Pengarang Kumpulan Utusan, Syed Agil Syed Jaafar.

Pertandingan yang berakhir pada kira-kira pukul 6 petang itu menyaksikan Juruprogram Komputer, Azril Azam Abdul Rahim, 37, muncul sebagai pemenang utama, sekali gus membawa pulang sebuah kamera Canon EOS 5D Mark III bersama lensa Canon EF 24-70mm F.4L.

Pemenang tempat pertama, Ignatius Kong Hai Yuen pula menerima hadiah sebuah kamera Canon EOS 70D berserta lensa Canon EF 18-135mm STM, manakala tempat kedua diraih Ho Kek Kai yang menerima sebuah kamera Canon EOS 700D berserta lensa Canon EF-S 18-135 mm.

Tempat ketiga kategori terbuka dimenangi Mario Jr. Luna Legaspi yang meraih hadiah berupa sebuah kamera Canon EOS M, lensa EFM 18-55 mm dan Speedlite 90EX.

Azril Azam dan Hai Yuen meraih tempat bagi menghadiri bengkel fotografi kelolaan jurugambar terkemuka, Triston Yeo, di Kansai, Jepun selama lapan hari.

Hadiah kategori junior pula dimenangi pelajar Kolej Saito Petaling Jaya, Ong Kai Wei, 18, yang membawa pulang sebuah kamera Canon EOS 100D berserta lensa Canon EF-S 18-55 mm, tempat kedua oleh Suraya Batrisyia Roslan yang memperoleh sebuah kamera Canon EOS M berserta lensa Canon EF-S 18-55 mm.

Pemenang tempat ketiga, Choong Wai Er pula membawa pulang sebuah kamera Canon PowerShot N.

Perspektif seni rupa di Malaysia

Posted:

Perspektif seni rupa di Malaysia

Perspektif seni rupa di Malaysia

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR
khadijah.mohamadnor@kosmo.com.my


DARI kiri: Beverly, Sabapathy dan Hanim sewaktu pelancaran siri kedua buku Naratif Seni Rupa Malaysia bertajuk Reaksi - Strategi Kritikal Baru di Pasar Seni, Kuala Lumpur baru-baru ini.


SELEPAS lebih setahun melancarkan jilid pertama siri Naratif Seni Rupa Malaysia, RogueArt kini tampil mempersembahkan siri kedua dengan tajuk Reaksi - Strategi Kritikal Baru.

Projek penerbitan siri buku ini mengumpul penulisan-penulisan baharu dan lama berkenaan seni rupa Malaysia yang dihasilkan oleh ahli-ahli akademik, artis, kurator, penulis budaya, wartawan dan pendukung seni dari dalam mahupun luar negara.

Jilid 2: Reaksi - Strategi Kritikal Baru meninjau perubahan-perubahan yang berlaku dari sudut pendekatan dan sikap di dalam penghasilan seni sepanjang 45 tahun lalu.

Ia juga menyorot kaedah-kaedah yang dipakai oleh artis-artis Malaysia untuk memberi respons mereka terhadap peristiwa-peristiwa dan kemelut-kemelut yang terjadi di dalam sejarah sosial dan politik negara.

Jika jilid pertama bertajuk Menanggap Identiti meninjau secara umum landskap seni rupa Malaysia sejak zaman kolonial, jilid kedua pula memaparkan meneliti perkembangan seni rupa pada era sekarang.

"Seni rupa Malaysia telah mengalami banyak peralihan dan perubahan baharu natijah daripada segenap peristiwa yang berlaku beberapa tahun kebelakangan ini.

"Justeru, buku ini membicarakan tentang pengalaman golongan artis dan penulis seni yang mengambil pendekatan lebih kritikal terhadap seni dan hidup secara amnya," ujar Hanim Khairuddin, salah seorang editor untuk jilid kedua ini.

Perbagai pandangan

Ia turut menampilkan suara-suara penting dalam dunia seni rupa Malaysia dari dekad 70-an membawa ke dekad 90-an sehinggalah kepada generasi artis, penulis dan penyelidik yang lebih muda.

Esei-esei dan wawancara-wawancara yang dipaparkan di dalam jilid ini memperlihatkan keterdesakan dan keghairahan yang mendasari serta menunjangi perkembangan seni rupa dan praktis kesenian Malaysia yang kontemporari.

"Projek Naratif Seni Rupa Malaysia ini bertujuan untuk menghidangkan pelbagai pandangan dan perspektif yang berbeza-beza mengenai seni rupa Malaysia," kata seorang lagi editor buku ini, Beverly Yong merangkap Pengarah RogueArt.

Ketika ditanya bila dua buah jilid buku dalam projek tersebut akan diterbitkan, Yong menjawab: "Kami berazam untuk menyiapkan keseluruhan projek ini pada bulan Disember 2014."

Struktur penerbitan sebanyak empat jilid itu dirangka berlandaskan beberapa tema dan topik. Jilid 1 dan 2 memperkatakan tentang penghasilan seni, praktis dan sejarah manakala Jilid 3 menyentuh peranan dan ciri infrastruktur dunia seni rupa Malaysia.

Jilid 4 pula akan menyorot beberapa sudut pandangan berkaitan isu-isu pokok dalam konteks pembacaan serta penafsiran seni rupa Malaysia.

Sebelum ini, buku jilid pertama telah dilancarkan pada 7 Julai 2012 di Balai Seni Visual Negara (BSVN) manakala buku kedua di Galeri Annexe, Pasar Seni, Kuala Lumpur.

Turut hadir, Pengarang Konsultan buku tersebut, T. K. Sabapathy.

Penerbitan buku-buku tersebut berjaya dihasilkan dengan tajaan, sokongan pelbagai badan korporat dan individu. Antaranya, Khazanah Heritage and Art Initiative, BSVN, Bangsar Village, Gudang Damansara, Malakoff Corporation Berhad, Tenaga Nasional Berhad, Libra Invest Berhad dan Helu Trans.

Berharga RM40, buku ini boleh didapati di kedai-kedai buku utama di seluruh negara.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat