Utusan Online - Johor
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Johor |
Posted: 23 Nov 2013 10:07 AM PST Oleh ZULHISHAM ISAHAK SEBAHAGIAN anggota Majlis Gabungan NGO Melayu Negeri Johor yang hadir untuk Menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam Majlis Pengurniaan Darjah Kebesaran dan Pingat Sempena Hari Keputeraan Sultan Johor Ke-55 di Muar, semalam. - MINGGUAN/ISHAK RAHMAD MUAR 23 Nov. - Kira-kira setengah juta ahli Majlis Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Melayu Johor (Gabung) menyatakan sokongan penuh terhadap perisytiharan cuti mingguan kepada Jumaat dan Sabtu yang diumumkan Sultan Johor hari ini. Naib Presiden Gabung, A. Rahman Mahadi berkata, Gabung yang mewakili 368 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di seluruh negeri amat berbesar hati dengan perisytiharan itu dan berharap seluruh rakyat tanpa mengira kaum menerimanya dengan hati terbuka. "Ini adalah satu kebanggaan untuk syiar Islam di negeri ini dalam keadaan agama Islam diperlekeh dan direndah-rendahkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan tidak sedar diri. Jumaat adalah penghulu bagi segala hari. Jadi, tidak ada sebab untuk kita menolaknya. "Kita bukan sahaja berharap dapat memartabatkan Islam tetapi juga memberi kesan positif terhadap pembangunan rohaniah dan fizikal di negeri ini," katanya ketika ditemui pada Majlis Doa Kesyukuran, Majlis Terimaan, Mengadap Takzim dan Majlis Darjah dan Pingat Sempena Hari Keputeraan Sultan Johor di Dewan Jubli Intan, di sini hari ini. Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mencemar duli menyempurnakan majlis tersebut. Turut berangkat Tuanku Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah; Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim; Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim dan anakanda-anakanda Sultan Johor. Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Mohamed Khaled, Noorainee dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa antara yang dikurniakan Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama Datuk Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) yang membawa gelaran 'Datuk'. A. Rahman yang juga Presiden Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM) mengetuai lebih 500 ahli Gabung berkumpul di pekarangan dewan itu bagi menyatakan sokongan terhadap perisytharan tersebut sebelum melaungkan Daulat Tuanku sebanyak tujuh kali. Sementara itu, Presiden Pertubuhan Islam Gabungan Amal (Pertiga), Kamisan Mian berkata, pelaksanaan cuti mingguan itu tidak tertakluk di bawah Perlembagaan Persekutuan dan rakyat Johor tidak perlu terkejut dengannya. Katanya, pelbagai program keagamaan bagi umat Islam dan masyarakat bukan umat Islam dapat dilakukan pada hari cuti tersebut termasuk melakukan aktiviti riadah. "Kita sekarang berada dalam zaman teknologi dan semua pangkalan data boleh diakses dengan hujung jari. Jadi, apa masalahnya? Bagi kami ini adalah satu kebanggaan sebagai rakyat Johor kerana hanya beberapa negeri sahaja yang cuti pada hari Jumaat dan Sabtu," katanya. |
200 ikrar taat setia kepada Sultan Johor Posted: 23 Nov 2013 10:07 AM PST JOHOR BAHRU 23 Nov. - Kira-kira 200 warga bandar raya ini yang terdiri daripada ketua jabatan, kakitangan awam serta wakil pemimpin masyarakat termasuk ketua kampung dan penghulu menghadiri Majlis Ikrar Taat Setia sempena Hari Keputeraan Sultan Johor Ke-55 hari ini. Majlis yang bermula pukul 8.30 pagi itu turut dihadiri oleh Pegawai Daerah Johor Bahru, Amran Abd. Rahman selaku wakil rasmi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Onn Jabbar dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT), Salehuddin Hassan. Pentadbir Tanah Daerah Johor Bahru, Ashari Kasnan dalam ucapannya mewakili semua ketua jabatan dan hadirin yang hadir, turut merafakkan ucapan tahniah serta mendoakan semoga baginda sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Johor To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |