{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Varia

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Varia


Kecekalan bekas penghidap kanser

Posted:

Kecekalan bekas penghidap kanser

Kecekalan bekas penghidap kanser

LALUAN mencabar sepanjang pendakian membataskan pergerakan Nazri (kiri) yang gagal melayakkan diri untuk meneruskan pendakian ke puncak Gunung Kinabalu.


SERAMAI 24 orang peserta, termasuk tiga bekas pesakit kanser, menyahut cabaran dan menyertai pendakian Gunung Kinabalu, Sabah dalam program Klimb for Kancer pada 22 September lalu. Aktiviti itu dianjurkan Majlis Kanser Nasional (Makna) dengan penyertaan pesakit kanser yang telah sembuh, penderma berkala, staf dan sukarelawan daripada setiap peringkat umur.

Zeffereili Helmie, 12, merupakan peserta termuda yang menyertai cabaran itu manakala seorang bekas penghidap kanser, Sagowah Maliban yang kini berusia 58 tahun menjadi peserta tertua program.

Seorang bekas pesakit kanser, Nazri Hamzah, 23, berjaya tiba di pusat pemeriksaan Sayat-Sayat yang berada pada ketinggian 3,668 meter dari paras laut, kira-kira 426 meter lagi untuk tiba ke puncak Kinabalu. Biarpun berdepan kesukaran pergerakan akibat halangan batu-batu granit dan laluan sempit, Nazri tetap bersemangat meneruskan pendakian.

Memulakan cabaran pendakian seawal pukul 2.30 pagi dari Laban Rata memberi tekanan kepada mental dan fizikal Nazri yang kehilangan kaki kanan pada umur 16 tahun akibat penyakit kanser yang pernah dihidapinya.


BARISAN 21 peserta dan tiga bekas pesakit kanser yang menyertai program Klimb for Kancer di Gunung Kinabalu yang diadakan pada bulan September lalu.


"Kesukaran pergerakan akibat cerun yang berbahaya menyebabkan saya dan Nazri tiba di pusat pemeriksaan Sayat-Sayat pada pukul 5.15 pagi.

"Pusat pemeriksaan itu ditutup tepat pukul 5 pagi dan kelewatan 15 minit tersebut secara automatik menggugurkan kelayakan kami untuk meneruskan pendakian ke puncak.

"Tujuh lagi pendaki iaitu Max Chong, Umadevi Govindaraju, Susan Shee, Yunus Sufaat, Aarya Gowri, Sagawoh dan Rozieana Jorun berjaya menawan puncak Kinabalu," ujar Timbalan Pengurus Besar Makna, A. Vemanna.

Sokongan komuniti

Usaha murni itu turut mendapat sokongan daripada pelbagai pihak. Kelengkapan dan peralatan mendaki ditaja sepenuhnya oleh Corezone, manakala baju-T para peserta disumbangkan Global Gases Malaysia Sdn. Bhd.

Klimb for Kancer yang menekankan penggunaan huruf 'K' bagi merujuk kepada Kinabalu merupakan program yang istimewa kepada para pesakit kanser yang terselamat daripada ancaman penyakit berbahaya tersebut.

Kempen itu berjaya meraih sasaran sumbangan bernilai RM50,000 yang akan disalurkan kepada pesakit-pesakit kanser yang sedang berjuang melawan penyakit itu.

AmBank raikan penghuni Yesuvin Mahligai

Posted:

AmBank raikan penghuni Yesuvin Mahligai

AmBank raikan penghuni Yesuvin Mahligai


SYED ANUAR (kanan) menyerahkan sumbangan kepada wakil Pertubuhan Kebajikan Yesuvin Mahligai Selangor.


SYARIKAT perbankan, AmBank Group melalui kelab sukannya, Kelab AmBank Group (KAG) baru-baru ini menganjurkan sambutan Hari Deepavali bagi 84 orang kanak kanak, remaja dan warga emas dari Pertubuhan Kebajikan Yesuvin Mahligai Selangor di Kajang, Selangor.

Majlis amal itu bertujuan menambah keseronokan dan kegembiraan skepada semua kanak-kanak dan warga emas di pusat kebajikan itu sempena sambutan Deepavali.

Menariknya, semua penghuni Yesuvin Mahligai dihargai dengan sesi membeli-belah di pusat beli-belah terdekat, diberi sumbangan wang tunai dan barang-barang keperluan. Selain itu, mereka juga disajikan dengan pelbagai makanan tradisional Deepavali seperti maruku, vadai dan kari ayam. Mereka juga dihiburkan dengan persembahan badut.

"Kami amat berbesar hati untuk menganjurkan sambutan Deepavali yang disertai 54 kanak-kanak dan remaja serta 30 orang warga emas dari Pertubuhan Kebajikan Yesuvin Mahligai Selangor," kata Presiden Kelab AmBank Group, merangkap Pengurus Besar Kanan, Komunikasi Korporat Kumpulan dan Pemasaran Kumpulan AmBank, Syed Anuar Syed Ali.

Beliau menegaskan bahawa aktiviti seperti itu penting sebagai inisiatif berkongsi semangat perayaan bersama mereka yang kurang bernasib baik, sekali gus juga membantu mengeratkan hubungan antara ahli-ahli KAG dan penghuni di rumah kebajikan.

Ia juga selaras dengan matlamat kelab itu untuk menyumbang kepada masyarakat.

"Kumpulan AmBank akan terus memainkan peranan tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk masyarakat umum, tanpa mengira bangsa, agama atau agama, seiring dengan matlamat kami terhadap pembangunan yang mampan masyarakat," ujar Anuar.

Katanya, aktiviti seperti itu juga akan membantu untuk mencapai objektif kumpulan perbankan itu dalam memainkan peranan yang lebih berkesan sebagai warga korporat yang dapat memenuhi tanggungjawab sosial.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat