{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Hiburan

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Hiburan


Fizo Omar, Mawar selamat diijabkabulkan pagi ini

Posted: 09 Nov 2013 06:23 PM PST

Oleh GARRET DAWUM

FIZO Omar mengucup dahi isterinya Mawar Abdul Karim selepas mereka selamat diijabkabulkan di kediaman pengantin perempuan, di Country Heights, Hulu Langat hari ini. - UTUSAN/NOORADZRENE MOHD NOOR

HULU LANGAT 10 Nov. - Pelakon, Fizo Omar, 28, dan model tudung, Mawar Abdul Karim, 24, selamat diijabkabulkan dalam majlis pernikahan pasangan itu di rumah pengantin perempuan, di Counrty Height, di sini pukul 9.30 pagi ini.

Akad nikah disempurnakan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Hulu Langat, Mohd. Arif Abdul Samat yang disaksikan oleh abang Fizo, Wan Zamani Wan Omar.

Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar memberikan mas kahwin RM506 dan tujuh dulang hantaran berupa sepersalinan serta wangian berbalas sembilan dulang daripada pihak perempuan.

Majlis turut disiarkan secara langsung menerusi segmen Nasi Lemak Kopi O di TV9 itu dihadiri ahli keluarga kedua-dua mempelai, rakan-rakan artis serta wakil media.

Rakan artis yang hadir seperti Datuk Rosyam Nor, Kamal Adli, Nazim Othman, Johan As'ari, Fahrin Ahmad, Iqram Dinzly dan Shaheizy Sam bertindak selaku pembawa dulang bagi pihak lelaki. - UTUSAN ONLINE

Zara Zya hapus sifat malu

Posted: 10 Nov 2013 05:06 AM PST

Oleh RASDAN AHMAD
rasdan_utusan@yahoo.com

DRAMA Love You Mr. Arrogant nyata telah mengubah perjalanan seni aktres bernama Zara Zya ini. Bukan sahaja dari segi populariti namun turut mengubah persepsinya terhadap bidang lakonan.

Masakan tidak dalam sekelip mata namanya meledak sejak membintangi drama arahan Eoon Suhaini itu yang telah ditayangkan sejak 25 September lalu.

Mungkin ramai beranggapan gadis berusia 28 tahun ini orang baru dalam industri namun sebenarnya dia pernah membintangi beberapa drama antaranya Tanah Merah, Puisi Cinta Rubiah, Supermak, Tiga Budak Botak, Selipar Jepun Suria dan 3 Janji.

Bagaimanapun dalam tempoh lebih lima tahun bergelar pelakon namanya kurang menyengat sehinggalah dia mendapat watak utama, Zaara Amirah, gadis yang terpaksa berkahwin demi menyelamatkan syarikat suaminya.

Dia sendiri tidak menyangka dengan populariti yang diraih namun tidak menafikan itu menjadi pembakar semangat untuknya terus berada dalam dunia lakonan.

Ini kerana kata Zara Zya atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd. Zainuddin, dulu dia tidak mempunyai keyakinan untuk beraksi depan kamera kerana sifat malu yang menebal.

Malah saya rasa nama saya langsung tidak dikenali kerana mutu lakonan yang teruk. Ketika itu saya sendiri cukup kecewa dengan pencapaian saya," kata lulusan bidang teater dari Akademi Seni Warisan Negara (ASWARA) ini.

Akibat kekecewaan itu, Zara Zya yang cuba berjinak-jinak dengan lakonan selepas menamatkan pengajian bersara seketika daripada dunia seni.

Bertahun juga saya tidak berlakon dan hanya membantu menguruskan perniagaan keluarga," katanya yang akan menjalani penggambaran drama terbaharu, Tiga Hati Ibu tidak lama lagi.

Kikis perasaan

Hanya tiga tahun kebelakangan ini kembali meneruskan minat dalam lakonan, Zara Zya juga amat berterima kasih kepada ibunya yang banyak memberi sokongan dan dorongan.

Malah dalam tempoh itu juga, dia cuba mengikis perasaan malu yang menjadi musuh utamanya apabila bekerja di depan kamera.

Sebenarnya saya nak pandang mata pelakon lain pun saya malu. Itu kelemahan saya yang nyata dan itu juga yang mengagalkan saya dalam dunia lakonan sebelum ini.

Namun saya cuba buang perasaan tersebut sedikit demi sedikit.

Saya mula puas hati dengan mutu lakonan saya ketika membintangi telemovie Puteri Malam arahan Khabir Bakhtiar.

Mungkin dari situ pengarah drama Love You Mr. Arrogant, Eoon Suhaini melihat kemampuan sebenar saya.

Pada mulanya saya agak gementar untuk menerima tawaran Eoon Suhaini sebab saya takut drama ini rosak angkara saya.

Namun saya fikir sekiranya saya tidak terima mungkin saya tidak mendapat peluang dan rezeki seperti ini lagi.

Jadi saya cuba sedaya upaya memberi yang terbaik. Saya sedar tentang kekurangan yang ada pada diri saya, saya gagahkan juga dan Alhamdulillah hasilnya sangat memuaskan.

Ada juga yang kata ini adalah rezeki terpijak saya. Tak kisahlah... Apa yang nyata Love You Mr. Arrogant telah menaikkan nama saya," ujar gadis kelahiran Perak dan dibesarkan di Selangor ini lagi.

Tajaan tudung

Membawakan watak gadis bertudung dalam Love You Mr. Arrogant, bagaimanapun di luar set penggambaran, Zara Zya adalah sebaliknya.

Akuinya, dia mendapat mendapat reaksi berbeza daripada peminat apabila kebanyakan mereka mahu melihat dia mengenakan hijab dalam dunia realiti.

Sehingga ada peminat berharap dia berperwatakan seperti watak Zaara Amirah yang dibawa dan sesetengah pula sanggup menawarkan tajaan tudung untuk dirinya.

Pun begitu kata Zara Zya: Ini adalah diri saya di luar. Kehendak bertudung itu ada namun bagi saya belum tiba masanya lagi.

Saya harap peminat faham, saya bertudung hanya untuk menjayakan watak tersebut sahaja. Insya-Allah sekiranya sudah sampai seru, saya akan lakukannya (bertudung)," jelas Zara Zya tanpa berselindung.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat