{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda maokil - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda maokil - Google Blog Search


Permohonan 645 peneroka <b>Felda Maokil</b> minta ganti rugi ditolak <b>...</b>

Posted: 06 Sep 2013 01:23 AM PDT

KUALA LUMPUR – Mahkamah Persekutuan semalam menolak permohonan kebenaran untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan bagi kes saman 645 peneroka Felda Maokil, Johor dari Felda Maokil 1, 2, 3 dan 4 bagi ganti rugi am dan Kadar Perahan Gred.

Writ Saman telah difailkan pada 12 Jun 2009 mengenai dakwaan menuntut sejumlah RM70 juta serta gantirugi am dan berlakunya penipuan, kecuaian dan konspirasi terhadap kadar perahan minyak ('oil extraction rate') (OER) daripada ladang sawit mereka selama 17 tahun sejak tahun 1991.

Selepas mendengar hujah-hujah daripada kedua-dua Peguam, Mahkamah Persekutuan tidak bersetuju dengan Pemohon/Peneroka di mana mereka gagal untuk membuktikan wujudnya persoalan terhadap undang-undang (failed to raise questions of law) dan tiada merit dalam permohonan tersebut.

Makhamah Persekutuan telah mengeluarkan arahan bahawa sejumlah RM5,000 akan dibayar oleh Pemohon/Peneroka kepada Felda dan FPISB sebagai Kos di Mahkamah Persekutuan.

Fail saman ini telah melalui pelbagai peringkat di Mahkamah Tinggi Johor Bahru, Mahkamah Rayuan Malaysia dan akhir sekali di Mahkamah Persekutuan Malaysia.

Datuk S. Kulasegaran dan Rajendra Kulasegaran menghadiri Mahkamah Persekutuan bagi pihak Felda dan Felda Palm Industries Sdn Bhd (FPISB) manakala Majdah Muda, Yusfarizal Yussoff dan Muhd Azmi Talib mewakili 645 peneroka.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat