Utusan Online - Hiburan
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Hiburan |
Asian Television Awards: ntv7 paling banyak pencalonan Posted: 24 Nov 2013 03:01 AM PST Oleh ABD. AZIZ ITAR KUALA LUMPUR 24 Nov. - Saluran televisyen ntv7 mengungguli Asian Television Awards kali ke-18 apabila menerima pencalonan terbanyak iaitu dalam lapan kategori pada anugerah yang akan diumumkan di Resorts World Sentosa, Singapura pada 5 Disember ini. Menurut Pegawai Perhubungan Awam ntv7, Kamarul Ariffin Ismail, stesen di bawah Media Prima Berhad itu berjaya mengatasi jumlah pencalonan stesen-stesen lain yang disertai 12 buah negara seperti Hong Kong, Korea, Indonesia, India, China, Singapura dan Malaysia. "ntv7 antaranya dicalonkan merebut tiga daripada enam pencalonan dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik dalam Peranan Utama. Antara yang tercalon ialah Lawrence Wong melalui rancangan In Laws yang tercalon buat pertama kalinya, Coby Chong (Summer Brothers) dan Adrian Tan (Lucky Bowl Part 2) yang bersaing bersama pesaingnya yang masing-masing dari Taiwan. "Bagaimanapun, Coby Chong yang pernah memenangi Pelakon Lelaki Terbaik di dalam Golden Awards ke-2 menerusi drama Forget Me Not tetap tidak gentar kali ini. "Tahun lalu menyaksikan ntv7 menerima jolokan Highly Commended Terrestrial Channel Of The Year pada Asian Television Awards yang ke-17. Stesen ini juga telah memenangi anugerah Rancangan Realiti Terbaik menerusi What Men Want pada anugerah yang sama," katanya. Katanya lagi, Majlis Gala anugerah itu bakal dihadiri oleh personaliti-personaliti televisyen popular di rantau Asia. - UTUSAN ONLINE |
Posted: 24 Nov 2013 04:57 AM PST Oleh RASDAN AHMAD ENAM tahun berada dalam industri mungkin terlalu hijau bagi sesetengah orang malah masih ramai yang terkial-kial mencari hala tuju dalam industri seni pada tempoh tersebut. Namun tidak bagi Intan Ladyana apabila sudah menyematkan impian mahu bergelar pengarah filem. Dan dia optimis dengan cita-cita besarnya itu. Mungkin sahaja tidak ada anugerah yang boleh dibanggakan oleh Intan Ladyana sebagai anak seni biarpun dalam kebanyakan filem, dia diberi peluang menggalas watak utama. Malah dia sendiri mengakui awal pembabitannya dalam dunia lakonan, dia kaku beraksi di depan kamera. Dari kosong tanpa pengetahuan dan pengalaman, dia merangkak dan bertatih sebelum mampu berjalan dalam dunia lakonan sehingga namanya kini sebaris dengan para pelakon hebat tempatan yang lain. Nak berjaya bukan sesuatu yang mudah, kita perlu belajar daripada orang yang lebih mahir. Sekarang pun saya masih dalam proses belajar. Saya percaya sekiranya kita belajar dengan baik, lama-kelamaan hasilnya akan kita rasai. Contoh terdekat diri saya sendiri. Dulu saya akui memang agak kaku berlakon namun sekarang saya boleh berpuas hati dengan hasil lakonan dan ini semua adalah kerana ilmu yang saya pelajari selama ini," tegasnya. Intan Ladyana yang popular dengan filem antaranya Adnan Sempit dan Bini-Biniku Gangster ini mengakui, sepanjang bergelar anak wayang dia tidak hanya belajar tentang selok belok malah turut mempelajari teknik-teknik lain dalam proses penggambaran filem. Justeru dia yakin dia mampu menggalas tanggungjawab pengarah biarpun menyedari impian itu bukan mudah dicapai. Seperti dunia lakonan, katanya, proses mencari dan menimba ilmu secara langsung dan tidak langsung akan membolehkannya merealisasikan cita-citanya itu. Tidak mustahil namun memerlukan usaha keras," ujarnya. Malah Intan Ladyana yang terkenal dengan kelembutannya ini mengakui dia menyimpan hasrat untuk mengarah filem-filem berbentuk adiwira seperti Batman, Spiderman dan Superman. Filem-filem begini masih asing dalam industri perfileman kita. Saya mahu pecahkan tradisi filem kita yang terlalu bergantung kepada beberapa tema sahaja seperti filem hantu ataupun komedi," jelasnya. Malah bagi Intan Ladyana, filem berunsur epik dan sejarah juga menjadi keutamaan sekiranya dia mendapat peluang berada di bangku pengarah suatu hari nanti kerana filem-filem seumpama ini membolehkan masyarakat luar lebih mengenali budaya serta sejarah lampau tanah air. Jika kita yang tidak mengenengahkan hal ini, siapa lagi yang akan lakukannya? Sekiranya diberi peluang, saya akan lakukannya dengan sebaik mungkin," ujarnya bersemangat. Jaga diri Walaupun sudah mempunyai nama yang kukuh dalam industri namun Intan Ladyana antara artis yang cukup bijak menjaga hal-hal peribadinya. Ini kerana gadis cantik yang mencecah usia 31 tahun pada Jun lalu boleh dikatakan antara pelakon yang amat jarang dihimpit kontroversi. Berkongsi rahsia tersebut, Intan Ladyana mengakui dirinya amat kurang bersosial malah lebih senang bersendirian dan hanya fokus kepada kerjaya membuatkan dirinya kurang dilanda cerita panas. Malah tegas aktres ini, dia merasakan terlalu banyak bersosial hanya akan merugikan dirinya selain dia sendiri kurang gemar keluar rumah tanpa arah tujuan. Memang saya akui saya cukup jarang kelihatan di majlis-majlis besar kecuali jika perlu. Bukan sombong tetapi itu adalah sikap saya," ujarnya Dia juga tidak menampilkan diri di tempat-tempat hiburan yang biasa dihadiri rakan-rakan artis lain, sebaliknya lebih selesa berada di rumah pada masa terluang. Hanya sesekali sahaja dia mengunjungi pawagam untuk menyaksikan filem baru. Mungkin itu antara sebab saya jarang dilanda kontroversi," ujarnya sambil mengakui tumpuannya hanya kepada perkembangan kerjaya sebagai pelakon. Tambahnya dia juga tiada kawan-kawan yang terlalu rapat dalam kalangan artis yang cukup rapat dengannya, cuma sekadar berkawan biasa sahaja. Pun begitu, Intan Ladyana yang kini muncul dengan filem terbaharu, Aku Pilih Kamu bergandingan dengan aktor Fezrul Khan mengakui bersosial juga perlu untuk meluaskan kenalan dan mendapatkan pengalaman baru. Namun tegasnya perkara itu tidak boleh dilakukan secara berlebihan kerana kemungkinan akan memakan diri serta merosakkan nama seseorang artis itu sendiri . Bukan masa terdekat Umum sudah mengetahui kisah cinta Intan Ladyana dengan aktor Kamal Adli namun berita mengenai mereka berdua nampaknya agak kurang diperkatakan ketika ini. Bukan kerana sudah menemui jalan buntu tetapi pasangan ini cukup pandai menyimpan kisah mereka agar perjalanan cinta mereka tidak dijaja dan dihebohkan. Mungkin ramai peminat yang tertanya-tanya apakah kesudahan kisah cinta yang telah mereka harungi hampir lima tahun itu. Ketika ditanya mengenai hal tersebut, Intan Ladyana cukup bijak menyusun kata-katanya malah dia menyerahkan urusan jodoh kepada pasangannya untuk memberi kata putus mengenai fasa seterusnya dalam kehidupan mereka berdua. Jelasnya, keinginan untuk berumah tangga buat masa ini mungkin masih tiada jawapannya kerana perkara itu masih dalam perbincangan mereka dan keputusan untuk mengakhiri zaman solo masih lagi menjadi tanda tanya. Nak bercerita sangat mengenai hubungan kami ini saya rasa kurang elok sangat, tambahan saya pula di pihak perempuan. Segala keputusan mengenai hal ini berada dalam tangan Kamal. Lebih elok sekiranya tanya Kamal sendiri untuk mengetahui bila kami akan menamatkan zaman bujang masing-masing kerana dia lebih berhak untuk bercakap hal ini. Bohonglah kalau saya kata kami berdua tidak mahu menginjak kepada fasa berumahtangga namun bukan dalam tempoh terdekat ini. Mungkin tahun depan... atau mungkin tahun berikutnya," kata Intan. Buat masa ini mereka masing-masing sibuk dengan kerjaya untuk mengumpul duit terlebih dahulu sebelum memikirkan soal kahwin. Apa yang saya harapkan semua peminat doakan yang terbaik buat kami berdua," jelas Intan Ladyana. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |