{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Johor

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Johor


Lebihan RM2.02 juta

Posted: 07 Nov 2013 10:57 AM PST

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
utusanjohor@utusan.com.my

MOHAMED Khaled Nordin menunjukkan ucapan Bajet 2014 Negeri Johor selepas membentangkan Bajet dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Johor di Nusajaya, Johor, semalam.

NUSAJAYA 7 Nov. - Kerajaan negeri hari ini membentangkan Bajet 2014 dengan lebihan RM2.02 juta berdasarkan anggaran kutipan hasil sebanyak RM1.065 bilion berbanding perbelanjaan mengurus RM1.063 bilion.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, bagi mencapai matlamat itu, kerajaan negeri akan memastikan pengurusan ekonomi negeri terus dipacu dengan terancang dan hasil yang diperoleh diuruskan secara berhemah demi memastikan kesejahteraan rakyat tercapai.

Beliau berkata, Bajet 2014 yang bertemakan 'Muafakat Pembangunan dan Pengagihan' menggariskan empat strategi utama iaitu mencorak ekonomi mapan, meningkatkan kesejahteraan rakyat, memperkasa dan merakyatkan kerajaan dan melahirkan modal insan yang berketerampilan.

Tambahnya, di bawah peruntukan mengurus berjumlah RM1.063 bilion, sebanyak RM403.44 juta adalah bagi emolumen manakala RM261.87 juta akan digunakan untuk perkhidmatan dan perbekalan, pembelian aset sebanyak RM16.06 juta, pemberian dan kenaan bayaran tetap RM360.76 juta dan sejumlah RM20.44 juta untuk perbelanjaan lain.

"Bajet 2014 ini juga menyediakan peruntukan pembangunan dengan anggaran berjumlah RM296.80 juta.

"Kita juga menganggarkan kutipan hasil cukai sebanyak RM398.46 juta manakala hasil bukan cukai RM478.36 juta dan penerimaan bukan hasil RM187.77 juta," katanya semasa membentangkan bajet tersebut dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata, kerajaan negeri juga sedang menjalankan kajian Johor Growth Vision and Strategic Thrust bagi memperkukuh kekuatan ekonomi negeri supaya berupaya menjadi negeri berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Beliau berkata, melalui kajian itu, Johor bakal menjadi sebuah negeri berpendapatan tinggi bukan sahaja menerusi sektor pelaburan malah dari segi pertumbuhan ekonomi mapan yang dipacu penggunaan teknologi tinggi serta infrastruktur moden.

"Kaedah ini juga secara tidak langsung akan melahirkan modal insan berkemahiran tinggi, mewujudkan peluang serta ekosistem perniagaan yang kompetitif, penyediaan perkhidmatan awam efektif dan kualiti kehidupan yang progresif dengan berpegang teguh kepada budaya dan tradisi," katanya.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled berikrar terus membawa Johor kepada pembangunan bersifat inklusif dan bersepakat selain mewujudkan pentadbiran mesra rakyat dan telus.

Dalam masa sama, beliau turut berikrar membentuk dasar-dasar ekonomi serta pembangunan yang mengutamakan pencapaian.

"Konsep pengagihan yang menjadi asas pembangunan kita ialah pembangunan adil dan saksama, bukannya pengagihan sama rata," katanya.

RM400 juta kos naik taraf Hospital Segamat

Posted: 07 Nov 2013 10:57 AM PST

SEGAMAT 7 Nov. - Kerja-kerja menaik taraf Hospital Segamat di sini, yang dijadual bermula awal tahun depan secara berperingkat-peringkat dijangka menelan kos keseluruhan sebanyak RM400 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat (gambar) berkata, projek tersebut melibatkan empat fasa dan fasa pertama adalah menambah baik kemudahan dan prasarana hospital dengan kos RM100 juta yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri.

"Setiap fasa menelan kos RM100 juta menjadikan jumlah keseluruhan pembinaan projek berkenaan adalah sebanyak RM400 juta. Fasa-fasa lain melibatkan pengambilalihan tanah milik Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk dibina pejabat pengurusan dan kuarters kakitangan hospital.

"Urusan pengambilalihan tanah RTM yang terletak bersebelahan hospital berkenaan setakat ini berjalan lancar dan jika tiada sebarang masalah projek ini dijangka siap sepenuhnya pada 2019," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Ayub yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemelah berkata, projek itu merupakan salah satu usaha memenuhi keperluan penduduk di daerah ini sekali gus menawarkan kemudahan kesihatan yang lebih baik.

Menurutnya, selepas ini bilangan doktor pakar juga akan ditambah dari lapan jenis kepakaran sekarang menjadi 18 dalam usaha menjadikan Hospital Segamat sebagai hospital pakar menjelang 2019.

"Di negeri ini hospital yang ada tidak mencukupi untuk menampung jumlah pesakit yang semakin ramai disebabkan pembangunan di sekitarnya lebih cepat berbanding pembangunan hospital.

"Contohnya di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru. Di sekelilingnya sudah maju tetapi hospital tersebut tetap dalam keadaan yang sama," katanya.

Selain itu, Ayub bercadang mengumpulkan kesemua pentadbiran kerajaan di daerah ini di dalam sebuah bangunan bagi memudahkan penduduk melakukan urusan memandangkan bangunan kerajaan sedia ada tidak tersusun.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat