Utusan Online - Luar Negara
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Luar Negara |
Lagi provokasi China di Spratly Posted: 13 Nov 2013 09:32 AM PST HONG KONG 14 Nov. - Sekumpulan aktivis Hong Kong hari ini berlepas ke Kepulauan Spratly dengan alasan ingin melakukan aktiviti memancing, setahun selepas mereka belayar ke sebuah lagi gugusan pulau yang menjadi tuntutan beberapa buah negara bagi mengukuhkan kedaulatan China. Seorang aktivis, Tsang Kin-shing berkata, mereka yang terdiri daripada 13 orang termasuk dua wartawan, akan pergi memancing menggunakan bot Kai Fung No. 2. Jika tiada ikan di Nansha, kami akan pergi ke lokasi di kawasan jajahan China di mana ada ikan, kata seorang lagi aktivis, Lo Chau. Kin-shing bagaimanapun enggan mendedahkan jadual perjalanan dan hanya menyatakan mereka akan belayar ke Kepulauan Spratly yang menjadi tuntutan China dan beberapa negara jiran termasuk Malaysia, Brunei, Vietnam dan Taiwan. - AFP |
Rusia salur dana musnahkan senjata kimia Syria Posted: 13 Nov 2013 09:30 AM PST MOSCOW 14 Nov. - Rusia akan menyalurkan dana sebanyak dua juta euro (RM8.58 juta) dalam usaha untuk menghapuskan senjata kimia milik Syria, selain bersedia untuk menawarkan bantuan pakar kepada badan yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan misi tersebut. Pertubuhan bagi Pencegahan Senjata Kimia (OPCW) setakat ini sudah mengumpul kira-kira 10 juta euro (RM42.91 juta) untuk digunakan bagi melakukan pemeriksaan tersebut, seperti yang termaktub di bawah perjanjian Amerika Syarikat-Rusia pada September lalu. Namun begitu, badan itu memerlukan lebih banyak dana untuk memusnahkan lebih daripada 1,000 tan senjata kimia yang diisytiharkan oleh Syria. - REUTERS |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |