Utusan Online - Luar Negara
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Luar Negara |
Boko Haram serang kampung 27 penduduk maut Posted: 04 Nov 2013 11:35 AM PST MAIDUGURI 5 Nov. - Berpuluh-puluh militan bersenjata Boko Haram yang menunggang motosikal dam menaiki trak pikap menyerang sebuah bandar di timur laut Nigeria, membunuh sebanyak 27 orang dan membakar kira-kira 300 buah rumah. ``Kira-kira 70 penunggang motosikal dan 15 lagi menaiki trak pikap menyerang sebuah kampung Khamis lalu. ``Mereka menembak mati seramai 27 penduduk dan mencederakan 12 yang lain .... Kira-kira 300 buah rumah turut dibakar, kata pegawai kerajaan di Bama, Baba Shehu, semalam. - AFP |
Pengintipan: Indonesia kerjasama bentuk resolusi PBB Posted: 04 Nov 2013 11:35 AM PST JAKARTA 5 Nov. - Indonesia akan bekerjasama dengan Jerman dan Brazil bagi mendesak satu resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap operasi pengawasan antarabangsa yang dilakukan oleh Amerika Syarikat (AS). Menteri Luarnya, Marty Natalegawa selepas melawat ketua polisi luar Kesatuan Eropah, Catherine Ashton berkata, Indonesia juga akan menaja secara bersama resolusi pada Perhimpunan Agung PBB yang akan datang. Katanya, Indonesia setakat ini telah mendapat `maklum balas umum daripada AS dan Australia berhubung laporan itu namun ketiadaan jaminan aktiviti tersebut tidak berlaku membuatkan negara ini menganggap aktiviti pengintipan adalah berlaku. - DPA |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |