{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Jangan main taktik kotor

Posted: 02 Nov 2013 10:47 AM PDT

Oleh OPAT RATTANACHOT
uspetani@utusan.com.my

Ahmad Zahid Hamidi menandatangani plak perasmian Tapak Pusat Khidmat Komuniti Rela Dulang Besar di Yan, Kedah, semalam. Turut hadir Dr. Ahmad Sohaimi Lazim.

JERAI 2 Nov. - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran keras kepada jentera parti agar tidak melakukan provokasi melampau termasuk menggunakan taktik kotor menjelang saat-saat terakhir berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau.

Beliau berkata, amaran tersebut dikeluarkan berikutan wujudnya perbuatan tidak bertanggungjawab menggantung objek berbentuk kaki yang dipercayai mengaitkan bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak di kawasan tumpuan orang ramai.

"Sungai Limau ini merupakan kawasan yang tenang dan kempen berlangsung dalam keadaan baik. Namun, kita mengesan taktik-taktik kotor dimainkan menjelang saat-saat akhir berkempen dan ini sudah tentu tidak baik.

"Justeru, saya ingin berikan amaran agar kedua-dua pihak tidak lakukan provokasi. Polis akan bertindak tegas menyiasat kejadian ini dan kita berikan jaminan akan menangkap mereka yang terlibat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Pusat Khidmat Komuniti Ikatan Sukarelawan Rakyat (Rela) Dulang Besar, di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim; Ketua Pengarah Rela, Datuk Mustafa Ibrahim dan calon BN bagi PRK Sungai Limau, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim.

Ahmad Zahid berkata, buat masa ini polis telah menerima satu laporan polis berhubung insiden gantung objek kaki terbabit.

"Laporan polis dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom selaku Pengerusi BN Bahagian Jerai dan pihak polis telah membuka fail siasatan," katanya.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata, pihaknya sudah biasa dengan pelbagai strategi termasuk provokasi yang dicetuskan pembangkang dalam pilihan raya.

"Namun begitu, UMNO dan BN tidak ada taktik kotor jauh lagi menghina parti lawan. Walaupun dinamakan taktik politik namun, ia tidak haruslah menggunakan taktik memburuk-buruk jauh lagi mengaibkan lawan," jelasnya.

Mukhriz, Khairy kempen bersama

Posted: 02 Nov 2013 10:47 AM PDT

MUKHRIZ Mahathir bersama Khairy Jamaluddin ketika berkempen dalam Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau sempena Majlis Santai BBQ Anak Muda anjuran Pergerakan Puteri UMNO di Jeti Nelayan Kuala Dulang, Jerai, Kedah, kelmarin. - MINGGUAN/NOORADZRENE MOHD. NOOR

JERAI 2 Nov. - Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berganding bahu turun berkempen bersama-sama bagi memastikan kemenangan calon Barisan Nasional (BN) Dr.Ahmad Sohaimi Lazim dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Isnin ini.

Kedua-dua pemimpin muda itu hadir bersama-sama dalam Majlis Santai BBQ Anak Muda anjuran Pergerakan Puteri UMNO di Jeti Nelayan Kuala Dulang, di sini, semalam.

Hari ini pula, Mukhriz dan Khairy menghadiri Himpunan Berani Berhijrah anjuran Pemuda Barisan Nasional (BN) di Sekolah Menengah Dulang, Yan.

Ketika berucap pada Majlis Santai BBQ Anak Muda tersebut, Mukhriz mengucapkan terima kasih kepada jentera Pemuda UMNO diketuai oleh Khairy kerana turun berkempen membantu beliau dan BN Kedah dalam pilihan raya kecil itu.

Mukhriz berharap, pengundi-pengundi akan memberi peluang kepada BN menguasai kerusi DUN Sungai Limau bagi membolehkan usaha-usaha membangunkan kawasan itu dapat dilaksanakan dengan lancar.

"Pilihlah BN kerana saya juga akan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) angkat kepada kawasan ini, saya sendiri akan memastikan segala perancangan membangunkan Sungai Limau berjalan lancar demi kesejahteraan hidup penduduk," katanya.

Menteri Besar Kedah itu juga berkata, beliau akan meneruskan pendekatan politik damai yang dibawa oleh Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak yang ternyata mampu menyatukan umat Islam dan orang Melayu di kawasan itu.

Sementara itu, berucap di majlis yang sama, Khairy menyeru pengundi-pengundi Sungai Limau supaya membantu Mukhriz membantu membangunkan kawasan itu dengan memastikan kemenangan Ahmad Sohaimi dalam pilihan raya kecil tersebut.

"Saya yakin Mukhriz mempunyai kemampuan untuk membangunkan kawasan ini, oleh itu berilah peluang kepada BN berbakti kepada penduduk di sini dengan mengundi Dr. Ahmad Sohaimi," katanya.

Khairy berkata, tawaran Mukhriz untuk menjadi ADUN angkat kepada DUN Sungai Limau menunjukkan betapa seriusnya Menteri Besar Kedah itu hendak membangunkan kawasan tersebut.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat