felda sungai koyan - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda sungai koyan - Google Blog Search |
<b>felda sungai koyan</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA Posted: 02 Dec 2013 12:00 AM PST "Jika beliau bertanding lagi dalam pilihan raya ke 13 ini, kami tidak akan mengundi beliau lagi." CAMERON HIGHLANDS: Selepas Pemuda Umno Cameron Highlands menolak Datuk SK Devamany mempertahankan kerusi parlimen itu, kini kumpulan belia Felda di kawasan tersebut menyuarakan hal sama. Pengerusi Majlis Belia Sungai Koyan, Norfarulrafiq Razali berkata, "dalam keadaan apa sekali pun, kami menolak naib presiden MIC itu." Pada 8 Julai tahun lalu, kumpulan berkenaan menghantar memorandum kepada Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan supaya menggugurkan Devamany dalam pilihan raya umum ke 13. Mereka juga mempamerkan sepanduk yang menyatakan mereka menolak Devamany di Cameron Highlands. Waktu itu Ahmad merasmikan program di Felda Sungai Koyan 3 dekat sini. Norfarulrafiq mendakwa ada 4, 000 pengundi muda di Felda dalam parlimen Cameron Highlands. Beliau mendakwa, pemuda Felda mempunyai kuasa penting kerana kemenangan Devamany dalam pilihan raya umum 2008 kerana sokongan pengundi muda berkenaan. Pemuda MIC juga tolak Devamany "Jika beliau bertanding lagi dalam pilihan raya ke 13 ini, kami tidak akan mengundi beliau lagi. Kami mungkin tidak tidak keluar mengundi atau mengundi pembangkang. "Kami tidak menolak MIC tetapi tidak mahu Devamany. Dia tidak membawa sebarang pembangunan kepada penduduk setempat terutama di DUN Jelai," katanya. DUN Jelai diwakili oleh Ketua Umno Cameron Highlands, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail yang juga exco kerajaan negeri Pahang. "Kami tolak Devamany kerana beliau hanya pandai berjanji tidak mahu menunaikannya. "Beliau juga jarang tunjuk muka kecuali rakyat mengadu atau pemimpin atasan datang ke Cameron Highlands," dakwa Norfarulrafiq. Menurutnya, untuk pilihan raya akan datang Presiden MIC, Datuk G. Palanivel merupakan calon terbaik di Cameron Highlands. Katanya, beliau yakin Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi kaum India akan mendapat undi yang lebih banyak dari Devamany. Sementara itu, Ketua Pemuda MIC Cameron Highland, M Veloo turut sama menolak Devamany sebagai calon parlimen kawasan tersebut. "Beliau tidak memberikan peruntukan wang untuk aktiviti pemuda," kata Veloo. Veloo turut mengalu-alukan kehadiran Palanivel bertanding di Cameron Highland. Turut baca: Pemuda Umno: Singkirkan Devamany dari Cameron Highlands |
You are subscribed to email updates from felda sungai koyan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |