{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda sungai koyan - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda sungai koyan - Google Blog Search


<b>felda sungai koyan</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA

Posted: 02 Dec 2013 01:12 PM PST

Setelah jalan baru Ringlet-Sungai Koyan FT102 dibuka pada tahun 2010, orang-orang Pahang tidak lagi perlu untuk keluar dari negeri Pahang untuk ke Cameron Highlands. Namun, sebelum sampai ke jalan tersebut, anda perlu terlebih dahulu melalui Jalan Sungai Koyan C5/FT1503 dari Raub ke Felda Sungai Koyan; bagi mereka dari Kuala Lipis pula, anda boleh menggunakan Jalan Negeri Pahang C156 dari Kampung Berchang di Jalan Persekutuan 8 dekat Kuala Lipis.

Satu perkara yang saya kurang berkenan sebaik tiba di bandar Raub ialah ketiadaan papan tanda bagi arah perjalanan ke Cameron Highlands melalui Felda Sungai Koyan. Arah ke Felda Sungai Koyan itu ada pula. Akibatnya, sudah tentulah ramai orang Pahang yang langsung tidak tahu mengenai kewujudan Jalan Ringlet-Sungai Koyan FT102, berikutan kurangnya papan tanda yang membantu. Nasib baiklah ada papan tanda penunjuk arah ke Cameron Highlands pada saat-saat akhir di Felda Sungai Koyan. Rugilah kalau mereka tidak mencuba jalan FT102 yang sebegitu bagus. Oleh itu, saya ingin menggesa JKR Raub agar memasang papan tanda penunjuk arah ke Cameron Highlands melalui Felda Sungai Koyan agar dapat membantu para pelancong untuk melawat Cameron Highlands.

Jalan Felda Sungai Koyan C5/FT1503 ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu bahagian jalan negeri (dari Raub ke Kampung Chin) dan bahagian jalan persekutuan (dari Kampung Chin ke Felda Sungai Koyan. Kebanyakan peta masih lagi melabel keseluruhan jalan ini sebagai C5, walaupun sebenarnya jalan ini ada bahagian persekutuan dan negeri. Satu-satunya tanda sebagai penentu bahagian jalan persekutuan dan negeri ialah papan tanda sempadan penyelenggaraan oleh Roadcare. Maka, adalah sukar untuk membezakan antara jajaran persekutuan dan jajaran negeri.

Secara amnya tiada apa-apa yang menarik sepanjang jalan ini. Seperti tanah rancangan Felda yang lain, keadaan di Jalan Felda Sungai Koyan adalah lebih kurang sama sahaja - lebar lorong purata ialah sekitar 3 m (JKR R3). Setelah menempuh perjalanan 52 km dari Raub, kami akhirnya tiba di Felda Sungai Koyan. Sebelum memulakan pendakian ke Cameron Highlands, kami terlebih dahulu singgah sebentar di Restoran Nasi Ayam Gemas untuk makan tengah hari. Setelah perut sudah diisi, kami memenuhkan tangki minyak pula walaupun minyak masih lagi banyak kerana pendakian ke Cameron Highlands melalui Jalan Ringlet-Sungai Koyan FT102 pastinya menjadikan jentera-jentera kami menjadi pelahap.

Untuk galeri penuh gambar, sila klik sini.

Simpang ke Cheroh dan ke Felda Sungai Koyan sebelum meneruskan perjalanan ke Cameron Highlands

Pekan Cheroh

Laluan alternatif bagi memintas kesesakan Jalan Persekutuan 8 di Raub, Benta dan Kuala Lipis melalui FT1498

Jom kita makan nasi ayam Gemas sebelum memulakan pendakian yang panjang!

Simpang ke Jalan Sungai Koyan-Kampung Berchang C156

Bersedia untuk memulakan pendakian di Jalan Ringlet-Sungai Koyan

<b>felda sungai koyan</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA

Posted: 01 Dec 2013 01:07 PM PST

"Jika beliau bertanding lagi dalam pilihan raya ke 13 ini, kami tidak akan mengundi beliau lagi."

CAMERON HIGHLANDS: Selepas Pemuda Umno Cameron Highlands menolak Datuk SK Devamany mempertahankan kerusi parlimen itu, kini kumpulan belia Felda di kawasan tersebut menyuarakan hal sama.

Pengerusi Majlis Belia Sungai Koyan, Norfarulrafiq Razali berkata, "dalam keadaan apa sekali pun, kami menolak naib presiden MIC itu."

Pada 8 Julai tahun lalu, kumpulan berkenaan menghantar memorandum kepada Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan supaya menggugurkan Devamany dalam pilihan raya umum ke 13.

Mereka juga mempamerkan sepanduk yang menyatakan mereka menolak Devamany di Cameron Highlands.

Waktu itu Ahmad merasmikan program di Felda Sungai Koyan 3 dekat sini.

Norfarulrafiq mendakwa ada 4, 000 pengundi muda di Felda dalam parlimen Cameron Highlands.

Beliau mendakwa, pemuda Felda mempunyai kuasa penting kerana kemenangan Devamany dalam pilihan raya umum 2008 kerana sokongan pengundi muda berkenaan.

Pemuda MIC juga tolak Devamany

"Jika beliau bertanding lagi dalam pilihan raya ke 13 ini, kami tidak akan mengundi beliau lagi. Kami mungkin tidak tidak keluar mengundi atau mengundi pembangkang.

"Kami tidak menolak MIC tetapi tidak mahu Devamany. Dia tidak membawa sebarang pembangunan kepada penduduk setempat terutama di DUN Jelai," katanya.

DUN Jelai diwakili oleh Ketua Umno Cameron Highlands,  Datuk Wan Rosdy Wan Ismail yang juga exco kerajaan negeri Pahang.

"Kami tolak Devamany kerana beliau hanya pandai berjanji tidak mahu menunaikannya.

"Beliau juga jarang tunjuk muka kecuali rakyat mengadu atau pemimpin atasan datang ke Cameron Highlands," dakwa Norfarulrafiq.

Menurutnya, untuk pilihan raya akan datang Presiden MIC, Datuk G. Palanivel merupakan calon terbaik di Cameron Highlands.

Katanya, beliau yakin Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi kaum India akan mendapat undi yang lebih banyak dari Devamany.

Sementara itu, Ketua Pemuda MIC Cameron Highland, M Veloo turut sama menolak Devamany sebagai calon parlimen kawasan tersebut.

"Beliau tidak memberikan peruntukan wang untuk aktiviti pemuda," kata Veloo.

Veloo turut mengalu-alukan kehadiran Palanivel bertanding  di Cameron Highland.

Turut baca:

Pemuda Umno: Singkirkan Devamany dari Cameron Highlands

Full content generated by Get Full RSS.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat