felda chini - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda chini - Google Blog Search |
GWGF <b>Felda</b> Gugusan <b>Chini</b> Bantu Warga <b>Felda</b> Sedar <b>...</b> Posted: 10 Dec 2013 06:20 AM PST GWGF Felda Gugusan Chini Bantu Warga Felda Sedar Keistimewaan Jadi Anak FeldaFELDA CHINI 1 – Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) Felda Gugusan Chini terus mengorak langkah memastikan warga peneroka menyedari keistimewaan mereka sebagai ahli keluarga Felda, seterusnya melahirkan generasi muda berkualiti. Penolong Pegawai Perhubungan GWGF Wilayah Kuantan, Shalihin Mohammad berkata, program ceramah dan jalinan silaturahim yang diadakan bertujuan memberikan penerangan mengenai fungsi serta tanggungjawab GWGF membantu masyarakat Felda dari pelbagai sudut. Menurutnya, selain menerap pemahaman yang lebih luas, program itu juga memberi pendedahan mengenai kebaikan dan kelebihan menjadi warga Felda. "Kita perlu sentiasa teguh dengan objektif utama penubuhan GWGF iaitu mengkaji dan meneliti peranan utama generasi Felda bagi meningkatkan taraf hidup generasi kedua serta meningkatkan penglibatan mereka dalam bidang ekonomi, sosial dan pendidikan. "GWGF sentiasa berusaha memastikan kesinambungan pembangunan masyarakat Felda kepada generasi peneroka seterusnya, selain mengenal pasti peluang-peluang yang boleh diberikan kepada generasi kedua Felda yang berkemampuan dan berkemahiran dalam bidang masing-masing," katanya ketika merasmikan majlis ceramah itu, di sini. Turut hadir, Pengarah Penerangan GWGF, Dr Ilyas Harun; Penolong Pengurus Felda Chini 1, Mohd Amizi M Ghani; Penolong Pengurus Felda Chini 2, Hamidi Hassan dan Pengerusi GPW Felda Chini 1, Patimah Khamis. Hadir sama, Pegawai Perhubungan GWGF Wilayah Kuantan, Azdri Bahtiar Abdul Aziz; ahli Seranta Felda, Norazian Md Arif dan Yusnita Che Ahmad; Imam Felda Chini 2, Ariffin Hassan; wakil Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung/Rancangan, wakil GPW, wakil belia serta sukarelawan GWGF. Sementara itu, Dr Ilyas dalam ceramahnya meminta warga peneroka sentiasa bersyukur kerana menjadi ahli keluarga Felda, di mana banyak kemajuan sudah dikecap sehingga dapat melahirkan ramai generasi Felda yang berjaya dalam pelbagai bidang. Menurutnya, ramai peneroka sudah mampu memiliki kenderaan sendiri, malah ada keluarga yang mampu memiliki lebih daripada sebuah kereta. "Terdapat peneroka Felda yang dilantik menjawat jawatan sebagai ahli lembaga pengarah Felda, KPF dan anak-anak syarikat Felda, malah ada juga peneroka dan anak peneroka yang menang dalam pilihan raya menjadi Adun atau Ahli Parlimen. "Dari sudut keusahawanan pula, kita boleh lihat ada generasi Felda yang berjaya menjadi usahawan berjaya seperti Tan Sri Rozali Ismail. Beliau adalah anak peneroka Beliau berkata, mengimbas kembali sejarah penubuhan, GWGF dirasmikan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 23 Ogos 2002 di Universiti Islam Antarabangsa, Gombak, di mana majlis bersejarah itu dihadiri 6,000 warga Felda seluruh negara. "Saya berharap Felda tidak terus dicemuh kerana pelbagai aktiviti sosial buruk seperti penagihan dadah dan lain-lain yang sering dilaporkan, seterusnya meninggalkan kesan buruk kepada warganya serta nama Felda itu sendiri. "Sudah sampai masanya masyarakat perlu berubah demi kebaikan dan meneruskan kelangsungan generasi yang berkualiti serta mempunyai nilai murni dan berteraskan kecemerlangan," katanya. – Sinar Harian NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com Artikel disiar pada December 11, 2013 - 3:45 am oleh Nor Azlina Shaari |
You are subscribed to email updates from felda chini - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |