Kosmo Online - Dunia
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Dunia |
- Pesta tangkap ikan di Tasik Chagan, China
- Israel diserang roket dari Lebanon
- Kapal Rusia terkandas di Antartika
Pesta tangkap ikan di Tasik Chagan, China Posted: Pesta tangkap ikan di Tasik Chagan, China
CHANGCHUN - Sejumlah penduduk etnik Mongolia menangkap ikan dengan menggunakan teknik yang diamalkan 1,000 tahun lalu. Mereka menebuk lapisan ais sebelum menggunakan jaring untuk menangkap pelbagai jenis ikan antaranya, ikan kap di Tasik Chagan di wilayah Jilin pada Sabtu lalu. Suhu di kawasan itu ialah - 22 darjah Celsius. Ikan pertama yang dapat ditangkap dianggap bertuah dan dijual pada harga kira-kira AS$47,000 (RM154,545). Suasana di kawasan tasik itu seperti sebuah pesta apabila ribuan orang yang mengambil bahagian untuk menangkap ikan. Tasik itu mempunyai 70 spesies ikan. Orang ramai yang menangkap ikan itu memakai topi yang diperbuat daripada bulu haiwan dan baju kulit kambing. - AFP | |
Israel diserang roket dari Lebanon Posted: Israel diserang roket dari LebanonSEORANG askar Lebanon memegang serpihan bedilan artileri di sempadan negaranya dengan Israel. BAITULMUQADDIS - Beberapa buah roket dilancarkan dari Lebanon ke utara Israel semalam yang turut diiringi dengan bunyi dentuman yang kuat. Penduduk di bandar Kiryat Shmona, utara Israel terjaga daripada tidur apabila mereka mendengar bunyi yang kuat ekoran serangan roket tersebut. Namun, jurucakap polis Israel, Micky Rosenfeld berkata, tiada laporan tentang kecederaan dan kemusnahan akibat serangan itu. Sejurus selepas serangan itu, tentera Israel menyatakan bahawa tembakan meriam dilepaskan ke arah lokasi serangan roket tersebut. Menurut sebuah agensi berita Lebanon, sempadan negara itu dihujani dengan bedilan artileri tentera regim Zionis. Lebih 20 bedilan artileri tentera Yahudi dihalakan ke arah sempadan Lebanon dengan Israel di Rachaya. Menteri Pertahanan Israel, Moshe Yaalon berkata, pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan serangan tersebut. Beliau menyatakan, kerajaan dan tentera Lebanon bertanggungjawab terhadap serangan itu. Sempadan Lebanon dengan Israel tenang sejak peperangan berlangsung selama sebulan melibatkan kedua-dua negara pada tahun 2006. Namun, terdapat insiden yang berlaku pada awal bulan ini apabila seorang penembak tepat tentera Lebanon mati dibunuh seorang askar Israel. - AP | |
Kapal Rusia terkandas di Antartika Posted: Kapal Rusia terkandas di AntartikaGAMBAR yang disiarkan semalam menunjukkan bahagian depan kapal Akademik Shokalskiy yang terkandas di Antartika Timur. PERTH - Lapisan ais yang menyebabkan sebuah kapal Rusia yang membawa 74 orang terkandas di Antartika Timur semakin merekah semalam sekali gus memberi harapan bahawa mereka akan dapat diselamatkan. Rekahan itu membolehkan sebuah kapal pemecah ais milik Australia menghampiri kapal tersebut untuk melakukan kerja-kerja menyelamat. Kapal yang terkandas itu, Akademik Shokalskiy meninggalkan New Zealand pada 28 November lalu bagi melakukan ekspedisi untuk meraikan ulang tahun ke-100 pelayaran ke benua tersebut yang diketuai pengembara dari Australia, Doughlas Mawson. Namun, kapal tersebut terkandas pada 24 Disember lalu. Para penumpang kapal itu terdiri daripada saintis dan pelancong yang kebanyakannya dari Australia. Sebelum ini, sebuah kapal pemecah ais dari China tidak dapat memecah ais yang tebal untuk mendekati kapal Akademik Shokalskiy. "Terdapat rekahan pada lapisan ais," kata seorang penyelaras misi menyelamat itu, Lisa Martin dari Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia. Para penumpang dan kru kapal tersebut berada dalam keadaan baik. "Kami menunggu kapal Aurora (kapal penyelamat) untuk membawa kami keluar," kata seorang profesor dari Australia, Chris Turney. - Agensi |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |