Kosmo Online - Negara
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Negara |
Pelajar Singapura maut di Gunung Stong Posted: Pelajar Singapura maut di Gunung StongOleh ADHAM SHADAN dan SAMSUL BAHARI MOHAMED
KUALA KRAI – Keterujaan 23 pelajar Universiti Nasional Singapura untuk menikmati panorama indah dari Kem Baha, Gunung Stong, Dabong dekat sini bertukar menjadi igauan ngeri apabila salah seorang daripada mereka maut terjatuh dari tebing gunung itu petang kelmarin. Sebelum kejadian pada pukul 7 petang, mangsa Lee Jun Jie, 23, tergelincir semasa berada di tepi tebing untuk melihat pemandangan indah matahari terbenam. Mangsa terus terjunam ke dalam kolam semula jadi Kolam Tok Merah di kawasan Air Terjun Jelawang dari ketinggian 10 meter. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Posted: Tiga sahabat maut dalam gelapOleh NORLIDA AKMAR IDROS dan KIRI: Muhammad Syahid, Muhamad Amirul, Mohd. Akbar KUALA NERANG - Niat seorang pekerja kedai memproses getah sekerap untuk menghantar makanan yang dibeli di pasar malam buat ibu tersayang terkubur apabila dia maut bersama dua rakannya dalam kemalangan membabitkan tiga buah motosikal yang ditungganginya bersama rakan-rakan. Dalam kejadian pukul 9 malam kelmarin di Kilometer 8, Jalan Kuala Nerang-Jitra di Kampung Kurung Hitam di sini itu menyebabkan mangsa, Muhammad Syahid Salim, 21, dan dua rakannya iaitu Mohd. Akbar Sanusi, 18, dan Muhamad Amirul Akbar Jaafar, 20, maut di tempat kejadian. Jarak rumah Muhammad Syahid dan Mohd. Akbar yang juga pekerja kedai proses getah sekerap di Kampung Nai Teh di sini dengan lokasi kemalangan kira-kira lima kilometer. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Posted: Kena kerja terus sampai matiKUALA LUMPUR - Kedatangan tahun baharu 2014 bukanlah suatu perkara yang menggembirakan bagi golongan pekerja di seluruh dunia yang kini berdepan dengan krisis persaraan global. Satu tinjauan yang dibuat oleh agensi berita antarabangsa Associated Press (AP) mendapati krisis persaraan global kini semakin membebankan pekerja di pelbagai peringkat umur. Krisis tersebut menyebabkan kebanyakan pekerja terpaksa bekerja sehingga melebihi umur persaraan yang ditetapkan iaitu pada umur 65 hingga 70 tahun ataupun lebih. Menurut AP, ini berikutan krisis kemelesetan ekonomi dan kewangan pada tahun 2008 yang menjejaskan kedudukan sosioekonomi seluruh pekerja di dunia. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |