{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Banjir: Tentera bersiap sedia

Posted: 30 Dec 2013 10:25 AM PST

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my

MOHD. Shukuri Ahmad (kiri) dan Mohamad Zaki Hamzah (kanan) beramah mesra dengan keluarga tentera yang terkorban dalam Ops Daulat di Markas 8 Briged, Kem Pengkalan Chepa, Kelantan, Kota Bharu, semalam.

KOTA BHARU 30 Dis. - Semua anggota tentera yang berkhidmat di negeri ini bersiap sedia sepenuhnya untuk menghadapi gelombang kedua bencana banjir yang dijangka berlaku pada bila-bila masa.

Panglima Dua Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Mohd. Shukuri Ahmad berkata, kesemua anggota terlibat ditugaskan untuk membantu mangsa banjir di seluruh negeri ini sekiranya bencana alam itu berulang.

Beliau berkata, pada masa yang sama, pihaknya turut menempatkan kelengkapan logistik seperti bot dan kenderaan di lokasi-lokasi yang dijangka ditenggelami air seperti Pasir Mas, Tumpat, Bachok dan Kuala Krai.

"Persediaan ini telah dibuat bagi memudahkan anggota untuk membantu mereka yang terlibat malah semalam saya sempat meninjau di kawasan-kawasan yang dijangka dinaiki air di negeri ini.

"Selain Kelantan, kita turut menempatkan anggota di negeri-negeri lain yang terlibat dengan bencana tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan kepada perwira Ops Daulat Lahad Datu di Wisma Perwira Markas 8 Briged di sini hari ini.

Yang turut hadir, Panglima 8 Briged Infantri, Brigedier Jeneral Datuk Mohamad Zaki Hamzah.

Dalam majlis tersebut, Mohd. Shukuri menyerahkan sumbangan RM30,000 daripada Kerajaan Pulau Pinang kepada keluarga Allahyarham Koperal Ahmad Hurairah Ismail dan Koperal Ahmad Farhan Ruslan.

Ahmad Hurairah menyertai Ops Daulat pada 5 Mac lepas di Lahad Datu, Sabah, terkorban dalam pertempuran dengan pengganas Sulu di Kampung Sungai Nyamuk, berhampiran Kampung Tanjung Batu pada 12 Mac.

Ahmad Farhan pula terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 37, Lahad Datu-Tungku ketika menghantar makanan untuk anggota keselamatan dalam operasi itu.

Kedua-dua perwira tersebut masing-masing berasal dari Pasir Tumboh di sini dan Kampung Bayu Lalang, Pasir Mas.

Sementara itu, Mohd. Shukuri berkata, pusara kedua-dua perwira itu akan dijadikan sebagai anak angkat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka.

"Pusara ini akan dibersihkan dan dijaga oleh anggota-anggota kita. Pada masa yang sama kita akan membantu keluarga perwira-perwira yang gugur mempertahankan kedaulatan negara ini.

"Jika ada masalah, datang berjumpa kami kerana kami sentiasa terbuka untuk membantu setakat mana yang mampu," katanya.

Bomba Kelantan cadang lantik pesara bomba jadi duta kecil

Posted: 30 Dec 2013 10:25 AM PST

AZMI Osman (depan, empat dari kiri) beramah mesra dengan sebahagian daripada kakitangan bomba yang bersara dalam Majlis Jasamu Dikenang Budi Disanjung di Kota Bharu, Kelantan, semalam.

KOTA BHARU 30 Dis. - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Kelantan bercadang untuk melantik pesara bomba sebagai 'Duta Kecil' jabatan berkenaan mulai 2014.

Pengarahnya, Azmi Osman berkata, pesara berkenaan akan bertindak sebagai penyampai maklumat kepada masyarakat berkaitan aspek pencegahan bahaya kebakaran.

Beliau berkata, langkah berkenaan secara tidak langsung mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai langkah-langkah pencegahan bahaya kebakaran.

"Hasrat kita, mahu ilmu berkaitan dengan bahaya kebakaran yang dimiliki oleh pesara bomba ini dikongsikan kepada masyarakat di luar sana, sekali gus ia mampu mengurangkan risiko.

"Pengalaman ketika bertugas merupakan satu aset penting buat pesara bomba dan pihak jabatan mahu kelebihan tersebut dimanfaatkan sebaik mungkin untuk kepentingan masyarakat.

"Mereka akan diberikan tugas khusus sebagai duta kecil jabatan walaupun telah meninggalkan kerjaya sebagai anggota bomba," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam Majlis Jasamu Dikenang di Pejabat JBPM Negeri di Tunjong dekat sini malam tadi.

Dalam majlis tersebut, beliau turut menyampaikan sijil penghargaan kepada warga media Kelantan yang telah banyak memberikan kerjasama kepada jabatan berkenaan sepanjang tahun 2013.

Dalam perkembangan lain, Azmi turut memuji pihak media negeri ini yang disifatkan banyak membantu jabatan dalam memupuk kesedaran tentang bahaya kebakaran kepada masyarakat di negeri ini.

Katanya, sumbangan yang diberikan oleh pihak media sepanjang membuat liputan berhubung tugas- tugas bomba telah mengubah tanggapan masyarakat terhadap bidang tugas jabatan itu.

"Saya akui, peranan yang dimainkan oleh pihak media cukup besar. Harapan saya agar jalinan kerjasama antara media dan jabatan akan lebih kukuh selepas ini," ujarnya.

Projek Bachok Perdana di Pantai Irama

Posted: 30 Dec 2013 10:25 AM PST

MOHD. Amar Abdullah (dua dari kanan) menerima replika cek RM8.7 juta daripada wakil Markz Industries Sdn. Bhd. dalam Majlis Menandatangani Perjanjian Pembangunan Hartanah PT 18 dan PT 19, Mukim Perupok Bachok di Kota Bharu, Kelantan, kelmarin.

KOTA BHARU 30 Dis. - Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) menyerahkan tanah miliknya seluas 10 hektar kepada sebuah syarikat untuk dibangunkan di bawah projek 'Bachok Perdana' yang membabitkan kos sebanyak RM348 juta.

Tanah yang terletak di kawasan Pantai Irama, Bachok itu akan dibangunkan dengan pelbagai projek mega oleh Markz Industri Sdn. Bhd. (MISB).

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Abdullah berkata, perbadanan itu akan mendapat pulangan sebanyak RM8.7 juta hasil daripada projek tersebut.

"Pulangan ini akan diberi secara tunai dan selepas itu kita akan mendapat 10 peratus daripada keuntungan daripada keseluruhan jualan premis di kawasan Bachok Perdana," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Pembangunan Hartanah PT 18 dan PT 19, Mukim Perupok Bachok di sini semalam.

Yang turut hadir, Presiden MISB, Marzuki Zain serta dua pengarahnya, Mahathir Marzuki dan Danial Marzuki.

Mohd. Amar berkata, projek yang menggunakan sistem kawalan kawasan berpagar itu akan dilaksanakan dalam dua fasa untuk tempoh terdekat ini.

Katanya, fasa pertama melibatkan pembinaan perumahan eksklusif dan kondominium manakala fasa kedua pula meliputi pembinaan hotel bertaraf empat bintang.

"Projek fasa pertama akan bermula dalam tempoh terdekat dan dijangka siap dalam masa dua hingga tiga tahun. Untuk kedua-dua fasa ini, kesemua projek dijangka siap sepenuhnya pada 2019," katanya.

Antara komponen projek yang akan dibangunkan di atas tanah tersebut adalah empat blok apartmen kediaman sebanyak 272 unit, 16 unit penthouse, 32 unit vila berkembar dan sebuah hotel bertaraf empat bintang mengandungi 250 bilik.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memaklumkan kerajaan negeri telah meluluskan kawasan untuk projek pembinaan kilang simen di Gua Musang.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat