{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda gedangsa - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda gedangsa - Google Blog Search


<b>felda gedangsa</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA

Posted: 02 Dec 2013 12:00 AM PST

Bertempat di Stadium Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam Selangor pada 29hb November 2013 jam 4 hingga 7 petang, Kelab Eksplorasi 7 Benua (KE7B) telah melakukan ujian saringan yang dinamakan "Bleep Test" bagi memilih 17 orang peserta yang layak untuk meneruskan latihan bagi Misi Penjelajahan KE7B Malaysia Greenland 2014 (KE7BMG2014).

Daripada hampir 29 juta orang rakyat Malaysia, hanya 117 orang telah hadir pada sesi pemilihan pertama manakala 13 daripadanya adalah anak FELDA.

36 orang peserta bertuah telah berjaya terpilih daripada 117 yang hadir pada pemilihan pertama, pemilihan berikutnya pula 26 orang mampu bertahan dan kini hanya 17 yang terpilih untuk meneruskan perjuangan.

Apa yang paling menarik adalah misi penjelajahan ke Greenland oleh KE7B ini turut menarik perhatian anggota unit beruniform seperti Angkatan Tentera Malaysia, Tentera Laut DiRaja Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.

7 anggota PDRM dari pasukan "Elit" iaitu Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman menyertai pemilihan pertama dan yang menariknya adalah 2 anggota UTK berkenaan adalah anak FELDA.

13 orang anak FELDA telah menyertai sesi pemilihan pertama namun hanya 2 orang sahaja yang berjaya melayakkan diri pada Jumaat lepas dan kedua-duan anak FELDA ini adalah anggota UTK Bukit Aman.

Anggota UTK Bukit Aman yang kekal hingga hari ini untuk meneruskan cabaran adalah seramai 3 orang termasuk 2 orang anak FELDA yang penulis nyatakan diatas.

2 orang anak FELDA yang penulis nyatakan adalah Muhamad Shaiful Hisyam Bin Abd Aziz, 24, yang berasal dari Felda Gedangsa, Hulu Selangor dan Yanizam Bin Mohamad Supiah, 28, dari FELDA Keratong, Muadzam Shah, Pahang.

Cerita awal mereka semasa pemilihan pertama boleh dibaca di SINI.

Terus ikuti www.feldavoice.com untuk kenali mereka dengan lebih dekat lagi.

IMG-20131130-WA0017

Shaiful Hisyam (belakang pertama dari kiri) dan Yanizam (belakang kedua dari kiri)

IMG-20131130-WA0015

IMG-20131130-WA0016

IMG-20131130-WA0018

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat