Utusan Online - Kesihatan
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Kesihatan |
Kemurungan dedah risiko penyakit Posted: 29 Dec 2013 05:13 AM PST Bersama PROFESOR Dr. Nik Hazlina Nik Hussain Soalan - Zura, Melaka. JAWAPAN Kemurungan adalah penyakit mental yang menyebabkan perasaan (mood) seseorang itu menjadi semakin menurun. Kemurungan yang tidak diberi rawatan sewajarnya boleh menyebabkan seseorang bertindak agresif sehingga berkeinginan membunuh diri. Terdapat pelbagai faktor yang dapat meningkatkan kemurungan iaitu tekanan, kurang yakin pada diri sendiri dan perasaan kendiri yang rendah, kehilangan daya kawalan ke atas perlakuan individu, pengalaman sosial yang menyakitkan seperti kematian orang tersayang, perceraian atau gagal dalam peperiksaan. Pengaruh emosi seperti tekanan hidup seringkali juga menjadi punca kemurungan. Selain itu, faktor biologi boleh jadi penyebab kemurungan antaranya ketidakseimbangan bahan kimia di dalam otak. Keadaan itu dipanggil neurotransmiter serotonin. Serotonin terlibat dalam proses pemikiran dan mengawal emosi. Apabila berlaku ketidakseimbangan bahan kimia tersebut, otak tidak lagi mampu menyelaraskan proses pemikiran dan emosi dengan baik. Apabila perkara ini berlaku, ia akan menjejaskan proses pengeluaran kata-kata, ingatan dan daya tindak seseorang manusia yang akhirnya wujudlah masalah kemurungan. Kemurungan juga berlaku lebih kerap kepada seseorang yang mempunyai ahli keluarga yang pernah menghidapnya. Oleh itu ada kemungkinan kemurungan boleh diwarisi melalui genetik atau keturunan. Ia juga boleh disebabkan sesetengah ubat darah tinggi. Sekiranya hal ini berlaku, kemurungan akan beransur hilang dengan sendirinya apabila ubat-ubatan tersebut diberhentikan. Jika seseorang sedang mengambil ubat-ubatan, pastikan dengan doktor terlebih dahulu sama ada ubat-ubatan tersebut punca kemurungan ataupun tidak. Sepanjang mendapatkan rawatan, emosi pesakit akan bertambah baik dan kesakitan fizikal dialaminya juga berkurang. Ahli keluarga memainkan peranan membantu memulihkan pesakit murung dengan memahami keperluan dan manfaat ubat. Ramai pesakit dan ahli keluarga tidak sedar bahawa memberhentikan pengambilan ubat secara tiba-tiba menyebabkan kemurungan menyerang semula. Ini bermakna risiko pesakit mengalami kemurungan selepas berhenti mengambil ubat adalah sangat tinggi. Setelah tanda-tanda penyakit dapat dikawal dengan mengambil ubat secara teratur, pelan pemulihan yang lengkap dan komprehensif harus diatur supaya pesakit dapat kembali berfungsi di dalam masyarakat seperti sediakala. |
Posted: 29 Dec 2013 05:13 AM PST PEMAKANAN yang berkhasiat, berzat dan seimbang bukan sahaja mencegah berlakunya masalah jantung dan kanser tetapi turut merangsang otak yang subur. Saintis telah melakukan pelbagai kajian bagi membuktikan bahawa pemakanan mempunyai kaitan langsung dengan kesuburan otak. Pensyarah dalam bidang neurosurgeri di University of California, Los Angeles (UCLA), Profesor Fernando Gomez Pinilla telah bertahun-tahun membuat kajian tentang kesan pemakanan, senaman dan tidur ke atas otak dan beliau dapati pemakanan yang sesuai dapat menyuburkan dan membantu fungsi otak, lalu mengurangkan stres dan gangguan emosi. Ramai ibu bapa yang mungkin terlepas pandang betapa pemakanan mempunyai kesan langsung terhadap tingkah laku anak-anak. Satu penyelidikan telah dilakukan oleh Dr. Hemamali Perera, yang bertugas di Jabatan Psikologi, Universiti Colombo, Sri Lanka. Beliau memberikan kanak-kanak sekolah yang ada masalah tumpuan dan hiperaktif (ADHD) rawatan menggunakan ubat-ubatan standard namun tiada sebarang peningkatan positif dari segi tingkah lakunya. Kanak-kanak ini kemudiannya diberikan asid lemak setiap hari selama enam bulan. Hasil kajiannya mendapati peningkatan positif yang ketara dari segi keresahan, agresif, melengkapkan kerja, dan peningkatan prestasi akademik anak-anak ADHD ini. Malah pada 2009, kajian yang dijalankan oleh Unit Psikiatri, Universiti Of Bristol, UK, mendapati anak-anak yang diberikan makanan ringan seawal usia empat tahun menyumbang kepada masalah tingkah laku dan hiperaktif. Cemerlang Maka jelas sekali bahawa pemakanan yang baik penting bagi melahirkan anak-anak yang cemerlang. Menurut, pakar motivasi, Dr. Tengku Asmadi T. Mohamad yang telah 20 tahun menjalankan program untuk pelajar, terdapat beberapa syarat bagi memastikan anak-anak fokus dan cemerlang dalam pelajaran iaitu pemakanan yang baik, sikap yang positif, teknik dan strategi belajar yang mantap serta guru yang cemerlang. Namun, kesan pemakanan adalah yang paling utama kerana ia berkaitan langsung dengan kesuburan otak lalu menentukan keupayaan otak untuk mencerap dan memproses maklumat. Menyedari akan kepentingan pemakanan dan kaitan langsungnya dengan otak maka beliau telah menghasilkan satu produk yang menggabungkan bahan-bahan daripada pemakanan sunah dan juga pemakanan herba yang secara saintifik terbukti bagus untuk otak yang dipanggil sebagai JuzQ30. Produk minda JuzQ30 terdiri daripada bahan-bahan terbaik dan disebut dalam al-Quran iaitu madu, kurma, habatussauda, delima, gam Arab (manna), zaitun, zaffaran dan telah diadunkan bersama dengan bahan-bahan yang terbukti secara saintifik bagus untuk otak seperti gingko biloba, badam, pegaga, zaktar dan kismis. Produk ini juga menggunakan air zamzam yang telah digunakan untuk membasuh Zaffaran yang telah dijadikan dakwat untuk menulis 6,236 huruf al-Quran. Kalau sebelum ini ibu bapa mengambil ikhtiar dengan memberikan anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan minum air kosong yang telah dibacakan dengan Surah Yasin, kini dengan adanya JuzQ30, ia bukannya air kosong tetapi kandungan pemakanan yang mengandungi lebih daripada 10 bahan yang bagus untuk otak dan diterapikan pula dengan 30 juz al-Quran. Antara kesan pengambilan JuzQ30 yang berterusan antara tiga ke enam bulan ialah: - Menyuburkan sel-sel otak. - Meningkatkan daya fokus dan tumpuan. - Menstabilkan frekuensi minda. - Memberikan ketenangan dan - Meningkatkan keupayaan mengawal emosi. - Terang hati dan mudah faham. - Melembutkan hati yang degil. - Cepat ingat dan pantas berfikir. - Meningkatkan semangat belajar. - Memudahkan hafalan. - Membantu melancarkan perjalanan darah. JuzQ30 ini boleh diambil pada semua peringkat usia kerana ia adalah pemakanan dan bukannya ubat-ubatan. Malah ia sangat baik kepada ibu-ibu mengandung kerana bayi sedang membesar dan sel-sel otaknya sedang terbina. Sebaiknya diambil ketika perut kosong terutamanya sebelum tidur agar nutrisi dan zat jus ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya ketika tidur. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Kesihatan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |