{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Pahang

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Pahang


Belia mesti berwaspada

Posted: 31 Dec 2013 12:22 PM PST

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanktn@gmail.com

ABDUL Rahman Mohamad (duduk barisan kedua, tiga dari kiri) bersama ahli jawatankuasa Gerakan Belia 4B Lipis di Kuala Lipis, Pahang, kelmarin.

KUALA LIPIS 31 Dis. - Golongan belia diminta berwaspada sambil memiliki kekuatan mental, pengetahuan dan jati diri supaya tidak dirosakkan oleh pihak tertentu yang mendokong idealisme bercanggah dengan nilai Islam serta dasar kerajaan.

Ahli Parlimen Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad berkata, pada masa ini, terdapat pihak tertentu menggunakan idealisme daripada luar yang dikhuatiri mempengaruhi belia.

Menurutnya, golongan itu memperalatkan pertubuhan tertentu untuk meracuni belia dan seterusnya melaksanakan kegiatan yang bercanggah dengan nilai Islam dan undang-undang negara.

"Saya berharap para belia mencontohi perjuangan pemimpin dan persatuan masing-masing sejak era 1960-an dengan pengisian pembangunan pasca merdeka di samping menyuburkan nilai patriotisme supaya tidak mudah dihasut.

"Mereka perlu mengisi peluang selaku pemacu atau pemain dalam semua sub bidang transformasi pembangunan kerajaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Gerakan Belia 4B (GB4B) Lipis di sini semalam.

Yang turut hadir Pengerusi Belia GB4B Pahang, Ahmad Daniar Ismail dan Pengerusi GB4B Lipis, Azhari Rose.

Dalam majlis itu, Abdul Rahman menyampaikan sijil penghargaan kepada bekas Ahli Jawatankuasa GB4B Lipis sesi lalu dan melancarkan pasukan sukarelawan Skuad 4B Prihatin Lipis.

Menurut Abdul Rahman, segala dakyah pihak tertentu yang bertentangan dengan nilai Islam dan undang-undang negara perlu ditangkis.

"Sebagai belia, pengetahuan dan kemahiran perlu dipraktikkan untuk menghadapi cabaran akan datang khususnya persediaan dalam bidang profesional yang boleh menjana pendapatan keluarga.

"Belia wajar mengikis hasutan atau dakyah pihak tertentu sekaligus bersama membantu pemimpin Barisan Nasional (BN) setempat untuk melaksanakan pembangunan di kawasan masing-masing," katanya.

Empat pelajar cemerlang dapat anugerah khas

Posted: 31 Dec 2013 12:22 PM PST

ROSDI Ismail (dua dari kanan) sambil diperhatikan oleh Ismail Mohamed Said (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada Nurhanis Anis Fadzilah di SMK Kuala Krau, Pahang, baru-baru ini.

KUALA KRAU 31 Dis. - Empat pelajar, termasuk Orang Asli dan orang kurang upaya (OKU) merupakan antara 416 pelajar cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang menerima anugerah kecemerlangan pendidikan Parlimen Kuala Krau di sini baru-baru ini.

Mereka menerima hadiah berupa wang tunai dan sijil yang disumbangkan oleh Yayasan Pahang (YP) dan UMNO Bahagian Kuala Krau dengan nilai keseluruhan RM51,900 dalam majlis yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Krau.

Pelajar Orang Asli, Nurzimah Sabaruddin, 15, menerima Anugerah Khas Parlimen Kuala Krau apabila memperoleh 7A dalam PMR tahun ini.

Nurzimah yang bersekolah di SMK Kuala Krau dan tinggal di Kampung Pasu merupakan antara calon anak Orang Asli terbaik peringkat kebangsaan.

Seorang pelajar OKU, Norhanis Arif Fadzilah, 15, yang mendapat 6A dalam PMR turut menerima anugerah tersebut.

Dua pelajar SMK Jengka 18, Noratikah A. Aziz, 15, dan Siti Syamila Anis Md. Salleh, 15, yang memperoleh 8A juga menerima anugerah tersebut yang disampaikan oleh Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said.

Ismail ketika ditemui berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) telah meletakkan asas pendidikan terbaik kepada rakyat melalui bajet tahunan.

"Infrastruktur pendidikan negara adalah antara yang terbaik di dunia dan patut dimanfaatkan sebaik mungkin oleh rakyat kerana perkara itu menjadi asas kepada kejayaan akademik," katanya.

Yang turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jenderak, Datuk Mohamad Jaafar dan Pengarah Pelajaran Pahang, Rosdi Ismail.

Kerjasama Rela, masyarakat banteras jenayah

Posted: 31 Dec 2013 12:22 PM PST

JERANTUT 31 Dis. - Penduduk di kawasan Felda Wilayah Jengka diminta memberi kerjasama dan menyertai Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) Pahang untuk membantu pihak berkuasa mengurangkan kes jenayah termasuk kerja kemasyarakatan di tanah rancangan itu.

Pengurus Besar Wilayah Jengka, Datuk Shaari Din berkata, sumbangan secara moral dan khidmat sukarela menjamin kawasan tanah rancangan bebas daripada sebarang kegiatan jenayah.

Menurutnya, kehadiran pasukan itu di setiap tanah rancangan Wilayah Jengka serta negeri ini amnya merupakan mekanisme terbaik kerajaan dalam mengurangkan kes jenayah dan pada masa sama menyemai nilai perpaduan supaya lebih kukuh.

"Saya yakin sebanyak 6,047 anggota Rela di 37 tanah rancangan Wilayah Jengka mampu menjadi benteng pertahanan keselamatan tempat tinggal masing-masing di samping bersiap siaga menghadapi tugas pada waktu kecemasan.

"Hasrat kerajaan adalah untuk memenuhi aspirasi penugasan Rela lebih cemerlang dan penuh integriti, maka pasukan sukarelawan berkenaan akan mempunyai sebuah Pusat Khidmat Komuniti Rela (PKKR) di tempat masing-masing," katanya dalam Majlis Perasmian Premis PKKR Platun Felda Padang Piol di sini kelmarin.

Premis pentadbiran PKKR Platun Felda Padang Piol yang bernilai RM48,000 dirasmikan oleh Pengarah Rela Pahang, Mohd. Shah Rizal Zainal.

Menurut Shaari, PKKR merupakan pusat pentadbiran Rela di tanah rancangan itu dan menjadi sebuah mercu tanda kepada usaha menjaga keselamatan penduduk.

"Sehingga kini, sebanyak 50 unit PKKR dibina di Wilayah Jengka, manakala 12 premis tersebut telah siap dan sudah beroperasi sebagai pusat pentadbiran dan latihan anggota platun Rela kawasan berkenaan," ujarnya.

Sehubungan itu katanya, Felda dan Rela Pahang akan bekerjasama untuk membina serta menaik taraf premis berkenaan di Wilayah Jengka dengan menyediakan kemudahan dataran kawat, pagar dan keperluan lain.

"Kejayaan pengurusan PPKR Rela Felda Wilayah termasuk kepelbagaian kegiatan kemasyarakatan membolehkan kawasan tanah rancangan menjadi sebuah lokasi aman serta merancakkan sektor pertanian berasaskan sawit, getah dan tanaman lain," ujarnya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat