{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Rencana Utama

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Rencana Utama


Berita utama sepanjang tahun

Posted:

Berita utama sepanjang tahun

Berita utama sepanjang tahun

TIRAI tahun 2013 berlabuh hari ini dengan pelbagai kisah suka duka dan pahit manis yang semuanya akan dikenang dalam satu lagi lipatan sejarah sepanjang 365 hari yang telah dilalui.

Insiden berdarah pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah, kes tembak yang berleluasa, fenomena jerebu dan kisah seorang wanita Malaysia yang dijadikan hamba selama 30 tahun di London antara peristiwa besar yang menjadi tajuk utama akhbar tahun ini.

Pengganas Jamalul Kiram ceroboh Lahad Datu

KIRA-KIRA 150 pengganas Sulu menceroboh daerah Lahad Datu di Sabah sejak 12 Februari. Penceroboh dari selatan Filipina itu dipimpin Raja Muda Agbimuddin Kiram atas arahan Jamalul Kiram III yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu.

Selepas rundingan secara baik gagal, pasukan keselamatan negara telah melancarkan Ops Daulat pada 5 Mac bagi mengusir kumpulan pengganas berkenaan keluar dari pusat lokasi persembunyian mereka di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Sepanjang dua bulan tempoh konflik berkenaan, seramai 67 anggota kumpulan pengganas maut manakala sembilan orang anggota keselamatan negara gugur.

Mereka ialah Asisten Supritendan (ASP) Zulkifli Mamat, 29; Sarjan Sabaruddin Daud, 46; Asisten Komisioner Ibrahim Lebar, 52; ASP Michael Padel, 36; Sarjan Abdul Azis Serikon, 48; Lans Koperal Mohd. Azrul Tukiran, 27; Sarjan Detektif Baharin Hamit, 49; Sarjan Salam Togiran, 42; Koperal Ahmad Hurairah Ismail, 24, dan Koperal Ahmad Farhan Ruslan, 21.

Pada 7 Mac, kerajaan mengumumkan penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) bagi memantapkan lagi pasukan Angkatan Tentara Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia dan Imigresen.

Jamalul Kiram meninggal dunia di Manila pada 20 Oktober akibat kegagalan fungsi organ.


KUANTAN, Pahang hampir lumpuh akibat banjir besar.


Musibah banjir hujung tahun

AWAL Disember lalu, bencana banjir yang melanda negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Melaka dan Johor bukan sahaja menyebabkan kemusnahan harta benda, tetapi juga kehilangan nyawa.

Malah, direkodkan seramai 64,272 mangsa terpaksa berlindung di lebih 200 pusat pemindahan banjir di seluruh negara. Selain itu, tiga orang terkorban akibat banjir iaitu Mohamad Ashraf Mohd. Nor, 17 yang lemas di Kemaman, Terengganu serta dua beranak, Megat Mohd. Nazli Jamali, 17, dan bapanya, Jamali Jani, 45. Kedua-dua mereka lemas selepas bot yang dinaiki terbaik di Sungai Isap, Kuantan, Pahang.

Darurat jerebu jejas 1.46 juta pelajar

FENOMENA jerebu yang melepasi bacaan 300 Indeks Pencemaran Udara (IPU) iaitu kategori tahap bahaya memaksa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, mengisytiharkan Darurat Bencana Jerebu di beberapa negeri pada 23 Jun. Berikutan itu, sebanyak 1,817 buah sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka dan Johor ditutup selama beberapa hari. Seramai 1.46 juta pelajar terlibat dalam penutupan sekolah itu.

Jalinan peristiwa

Posted:

Jalinan peristiwa

Jalinan peristiwa


TEROWONG ini ditemui di Kampung Kalai, Jeli, Kelantan pada Februari lalu.


RANGKAIANperistiwa yang melewati tahun 2013 banyak mewarnai kehidupan rakyat Malaysia.

Penghargaan kerajaan Turki yang membenarkan seorang pelajar Malaysia yang meninggal dunia di negara itu dikebumikan di makam para sahabat Nabi Muhammad antara detik sangat mengharukan.

Pembukaan Muzium Diraja di Istana Negara lama di Kuala Lumpur juga menjadi detik bersejarah yang akan dikenang.

Terowong lama Kampung Kalai ditemui

SEBUAH terowong yang ditemui di Kampung Kalai, Jeli, Kelantan pada bulan Februari lalu dipercayai digali sebelum kedatangan British. Laluannya juga dikatakan mampu menembusi sehingga ke sempadan Thailand.

Terowong tersebut turut didakwa dijadikan laluan oleh pelarian Pertubuhan Pembebasan Bersatu Pattani yang berhijrah ke Kelantan untuk bersembunyi tetapi sebahagian daripada terowong itu telah dibom bagi menyekat kemaraan pelarian.


VILLA NABILA di Johor Bahru telah mencetuskan misteri selama lebih 40 tahun.


Banglo misteri Villa Nabila cetus kegemparan

SEBUAH banglo terbiar dikenali sebagai Villa Nabila di Jalan Skudai, Johor Bahru menjadi tumpuan ramai apabila seorang remaja lelaki dilaporkan 'hilang' selepas memasuki premis itu bersama beberapa rakannya pada awal pagi 18 November.

Mohamad Izzat Izzudin Husin, 16, tidak pulang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Hajah Hasnah Majidee sejak tiga hari sebelumnya. Berita itu menarik minat orang ramai yang berpusu-pusu melawat tapak banglo di atas bukit tersebut tetapi Mohamad Izzat kemudian didapati selamat kerana dia sebenarnya tidur di rumah kawan.

Penjenayah semakin gila

Posted:

Penjenayah semakin gila

Penjenayah semakin gila



MANUSIA penjenayah kini semakin kejam dan tidak diduga. Pembunuhan pegawai bank di Subang Jaya, Selangor dan kejadian amuk di LRT Ampang antara buktinya.

'Tuhan Harun' kena tangkap

PADA 21 November, seorang lelaki dikenali sebagai 'Tuhan Harun' atau nama sebenarnya, Harun Mat Saat, 47, bersama isteri ketiganya, Azida Mohd. Zol, 30, dan pemandunya, Nor Hairi Harun, 41, direman seminggu.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Tuan Ruzuaini Tuan Lah bagi membolehkan siasatan kes tembak mati seorang pegawai Jabatan Agama Islam Pahang dijalankan ke atas mereka.

Pegawai AmBank ditembak

SEORANG pegawai operasi AmBank, Norazita Abu Talib, 37, maut akibat ditembak dari jarak dekat di bahagian kepala oleh pengawal keselamatan bank itu sendiri dalam rompakan di premis tersebut di Jalan USJ Sentral 2, Subang Jaya pada 23 Oktober. Lapan belas hari selepas kejadian, polis berjaya menahan suspek di Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor.

Pathmanabhan bersalah bunuh Sosilawati

BEKAS peguam, N. Pathmanabhan dan tiga pekerjanya dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 24 Mei selepas disabitkan bersalah membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga yang lain di Ladang Gadong, Banting pada malam 30 Ogos 2010.

Hakim Datuk Akhtar Tahir memutuskan demikian selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan terhadap kes yang dihadapi kesemua tertuduh.

Selain Pathmanabhan, 44, tiga tertuduh lain ialah T. Thilaiyalagan, 21, R. Matan, 22, dan R. Kathavarayan, 32.


PASUKAN forensik melakukan siasatan di lokasi kejadian yang membabitkan seorang lelaki mengamuk menggunakan pisau Rambo di Kuala Lumpur pada 25 Oktober lalu.


Amuk di stesen LRT

PADA 25 Oktober, dua maut manakala dua lagi cedera parah setelah ditikam menggunakan pisau Rambo oleh seorang lelaki yang dipercayai berada di bawah pengaruh dadah di stesen transit aliran ringan Gombak dan Taman Melati.

Muhammad Zamri Yusof, 26, kemudian dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan membunuh penjual alat tulis, Lee Kah Ghee, 48, antara pukul 11 pagi dan 12 tengah hari 24 Oktober lalu di hadapan Stesen LRT Taman Melati, Persiaran Pertahanan, Wangsa Maju.

Pada hari dan masa sama, tertuduh didakwa membunuh seorang penuntut kolej, Kwan Chun Thai, 25, di tepi tiang LRT bernombor P24/55, Kampung Wira Jaya Luar, Jalan Tumbuhan, Wangsa Maju.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat