{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda jengka - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda jengka - Google Blog Search


Blog Jengka: di <b>felda jengka</b> 24 - Google Blog Search - Laman utama

Posted: 13 Dec 2013 07:08 PM PST

URL Sumber Asal :-

Blog <b>Jengka</b>: <b>di felda jengka</b> 21 - Google Blog Search - Laman utama

Posted: 01 Dec 2013 03:26 PM PST

URL Sumber Asal :-

Blog <b>Jengka</b>: <b>di felda jengka</b> 2 - Google Blog Search - Laman utama

Posted: 24 Nov 2013 01:30 PM PST

URL Sumber Asal :-

Blog Jengka: <b>di felda jengka 2</b> - Google Blog Search - Laman utama

Posted: 08 Nov 2013 01:02 PM PST

URL Sumber Asal :-

Blog <b>Jengka</b>: <b>di felda jengka</b> 3 - Google Blog Search - Laman utama

Posted: 27 Oct 2013 10:08 PM PDT

URL Sumber Asal :-

Blog <b>Jengka</b>: <b>di felda jengka</b> 4 - Google Blog Search - Laman utama

Posted: 16 Oct 2013 03:10 PM PDT

URL Sumber Asal :-

Blog <b>Jengka</b>: <b>di felda jengka</b> 3 - Google Blog Search

Posted: 02 Oct 2013 09:10 PM PDT

URL Sumber Asal :-

Blog Jengka: <b>di felda jengka 3</b> - Google Blog Search

Posted: 24 Sep 2013 09:33 PM PDT

URL Sumber Asal :-

Blog Jengka: <b>di felda jengka 3</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Sep 2013 09:33 PM PDT

URL Sumber Asal :-

Dua Sahabat Maut Nahas <b>Di Jengka</b> Tiga Dekat Maran

Posted: 07 Sep 2013 04:48 PM PDT

JENGKA - Hasrat dua wanita untuk pulang ke Seremban, Negeri Sembilan tidak kesampaian apabila keduaduanya maut dalam satu kemalangan melibatkan sebuah MyVi dan sebuah pacuan empat roda Hilux di KM29 jalan Bandar Tun Abdul Razak Jengka menuju ke Maran. Mangsa yang juga pemandu, Norbaizura Abdullah, 28, dan Quratu'aini Zaid Sofian, 21, meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi penumpang, Alif Amri Amran, 20, cedera parah dan dihantar ke Hospital Bandar Jengka. Difahamkan dalam kejadian pada jam 5.30 petang kelmarin itu, Norbaizura dan Quratun'aini dalam perjalanan dari Maran ke rumah Alif Amri di Felda Jengka 3. Ketua Ibu Pejabat Polis Daerah Maran, Pemangku Superitendan Sulaiman A Hamid berkata, dipercayai Myvi yang dipandu Norbaizura memasuki lorong kanan jalan sebelum melanggar Hilux dari arah bertentangan. "Kedua-dua kenderaan dipercayai cuba mengelak antara satu sama lain, namun bagaimanapun kedua-duanya bertembung di bahu jalan antara Felda Jengka 6 menuju Felda Jengka 3," katanya. Menurutnya, berdasarkan maklumat diperoleh, Norbaizura dan Quratu'aini dikatakan mahu pulang ke Seremban, Negeri Sembilan sebaik selesai melakukan urusan perniagaan di sini. Ketua Operasi Bomba, Balai Bomba Jengka, Shamsuddin Teh berkata, sebuah jentera bomba dan lima anggota dikerahkan ke tempat kejadian. "Pemandu MyVi tersepit dan mengambil masa selama 10 minit untuk dikeluarkan. Seorang lagi mangsa yang meninggal bagaimanapun telah dikeluarkan oleh orang ramai. "Pemandu Hilux hanya mengalami cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar," katanya. #sumber

Pakat-Pakat Kalih: Peneroka <b>Felda</b> Membuat Bantahan Depan <b>...</b>

Posted: 18 Sep 2013 11:20 PM PDT

18 September 2013 - Lebih 150 peneroka di lapan tanah rancangan Felda Wilayah Jengka, di sini mengadakan himpunan bantahan penurunan kadar perahan gred (KPG) sawit yang dihantar ke Kilang Sawit Felda Jengka 3, pagi semalam.

Himpunan di hadapan kilang itu membabitkan peneroka Felda Jengka 2, 3, 4, 5, 6, 7, Felda Ulu Jempol dan Felda Bukit Tajau.
Seorang peneroka Felda Jengka 2, Mohd Nasir Abu Hussin, 70, berkata, penurunan KPG itu berlaku lebih sebulan lalu yang mana sebelum ini, KPG dinilai sekitar 20 peratus dan ke atas.
Menurutnya, ada dalam kalangan peneroka memiliki KPG sebanyak 16 hingga 18 peratus sahaja sekali gus menyebabkan mereka mengalami kerugian.
"Selama lebih 15 tahun saya hantar buah ke kilang terbabit, belum pernah lagi KPG turun sehingga ke tahap ini.
"Jika jumlah KPG 18 peratus, didarab dengan harga ditetapkan bagi setiap perahan seperti hari ini (semalam) RM24, jumlahnya RM432. Jumlah terbabit didarab pula dengan jumlah tan sawit yang digredkan," katanya.
"Kalau KPG 20 peratus, bolehlah kami dapat RM480, jadi di situ kami rugi RM50. Jika tiga tan sawit, kami rugi RM150," katanya.
Dia berkata, segelintir peneroka memperoleh pendapatan bersih RM300 sebulan sedangkan mereka terpaksa menanggung upah pekerja, baja dan pelbagai keperluan lain.
Seorang anak peneroka Felda Jengka 7, Shamsuri Senapi, 32, berkata, hanya kilang terbabit sahaja mempunyai kadar perahan rendah daripada 20 peratus.
"Ada rakan maklumkan saya KPG di Felda Jengka 21 sebanyak 21 peratus, jadi kenapa KPG di sini sedikit sedangkan kualiti pokok dan buah adalah sama.
"Dalam resit, alasan buah ditolak tidak masuk akal seperti kadar hujan, serangan tikus, bahan asing dan sebagainya sedangkan kualiti buah yang kami hantar adalah sama setiap bulan, tapi kenapa bulan ini kadarnya lebih rendah?" katanya.
Sehubungan itu, peneroka terbabit menuntut pihak kilang menaikkan kadar peratus perahan, selain meminta buah yang ditolak pihak kilang dikembalikan semula kepada peneroka.
Pihak kilang juga diminta mengambil buah yang dihantar peneroka tanah rancangan Felda sahaja.
Difahamkan, lapan tanah rancangan ini tidak dibenarkan menghantar hasil mereka selain dari kilang yang ditetapkan dan jika berbuat demikian mereka akan dikenakan tindakan pihak Felda.
Sebahagian peneroka yang menyertai bantahan penurunan kadar peratus KPG di Kilang Sawit Felda Jengka
Masa ada peluang hangpa tak mau tukar la nie dok bantah pasai apa terima saja la.. Isa Samad kan Adooooo.. 
Bila harga sawit nak naik? 

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat